KelabMama

Gayakan Anak-Anak Mama Dengan Barisan Mama ‘Fashionista’ Ini

Bergaya semestinya masa kegemaran Mama bersama anak-anak yang tercinta. Fesyen tidak semestinya mengayakan pakaian yang ‘glamour’ ataupun ‘over the top’ yang menarik terlebih perhatian. Tetapi ia adalah satu bentuk ungkapan untuk kreativiti Mama sekeluarga.

Disini Mama Siti ada senarai ‘Ibuencers’ yang aktif mengayakan anak-anak mereka di media sosial yang Mama Siti love sangat!

Mari kita lihat macam mana barisan Mama gayakan anak-anak mereka!

5+ Mama ‘Fashionista’ Yang Mama Must Follow !

#1 Sporty Mama

Dengan gaya yang menarik, Mama Sarah Illyas tidak pernah mengecewakan! Gaya dengan tempat dan masa yang sesuai, pasti Mama akan rasa sangat menarik dengan gaya mereka yang digayakan. Gaya yang ‘laid back’ dan warna tona yang menarik. Ia memberi gaya yang ‘sporty’ dan selesa untuk anak-anak Mama! Lebih-lebih lagi ia sesuai untuk bergaya dengan satu keluarga! Barulah nampak kekeluargaan yang akrab!

#2 Pastel Mama

Kecomelnya yang terlebih dengan dua adik-beradik ini! Mama Narisa Soraya, kongsikan gaya anak-anaknya, dengan baju yang mudah, selesa dan juga ‘trendy’ untuk kanak-kanak kecil. Puteri-puteri Mama Narisa memakai pakaian yang sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia ini! Syabas Mama Narisa kerana memikirkan keselesaan mereka. Warna juga ‘pastel’ yang menarik, bersih dan ‘fresh’ untuk anak perempuan Mama!

#3 MatchyMatchy Mama

Abang dan adik semestinya sangat cute dengan baju kembar mereka pada bulan syawal ini! Mama yang sering memikirkan koordinasi hingga ke pakaian mereka. Warna biru sangat tenang, dan ‘blend’ dengan latar belakang alam semula jadi mereka. Boleh juga Mama ambil inspirasi untuk gayakan anak kembar Mama. Kasut mereka pun sangat sesuai dengan cuaca panas! Senang kata, keseluruhan pakaian mereka sesuai dengan kondisi Malaysia yang sangat panas ni! Tolong bagitahu Mama Siti mana nak dapat pakaian kembar ni!? Mama Siti love sangat!

#4 Clean & Simple Mama

Dengan warna yang ‘earthy tones’ Mama sangat memikirkan gaya selesa untuk anak-anaknya. Walaupun anak 3, Mama Wandocha suka akan warna yang lembut yang dapat ‘compliment their skin tones’ macam itu. Ketiga-tiga anaknya sangat bergaya di tepi pantai yang berangin sepoi-sepoi bahasa. Love the combination! Jangan lupa koordinasi hingga ke stokin juga ya! Kasut pun perlu selesa semasa berada pantai!

#5 Kembar Bersama Mama Dan Papa

Bila anak Mama dan Papa sorang sahaja, mesti lah nak bergaya dengan satu keluarga kan? Koordinasi bersama cik suami, dan anak semestinya dapat memberi inspirasi kepada Mama sekeluarga. Mungkin cik suami dan anak boleh mengayakan warna yang sama, tetapi Mama? Mesti nak warna fun sikit kan? Boleh lihat Mama Wei Zhi untuk inspirasi lebih lanjut. Mama Wei Zhi memakai warna yang lebih cerah dan bercorak yang memuji keseluruhan penampilan mereka sebagai sebuah keluarga yang happy!

#6 Cool Mama

Comel betul anak Mama Anzalna Nasir ni! Gaya yang sangat sesuai bersama motor klasiknya. Mama Anzalna gayakan seorang puteranya dengan cardigan, t-shirt putih dan seluar jeans bersama kasut yang matching dapat melengkapkan gayanya yang simple tetapi mudah untuk digayakan. Siapa sangka dengan kombinasi pakaian sebegini dapat nampak cool walaupun anaknya masih kecil! Likelikelike! Mama Siti pun nak motor klasik tu, mana nak cari ya?

Selepas tengok gaya-gaya Mama ‘Fashionista’ dan anak mereka, Mama Siti pun in the mood for fashion! Tak sangka banyak betul gaya ‘fashionista’ Mama ni! Mama Siti confirm jika Mama nak cari inspirasi untuk gayakan anak-anak Mama, boleh lah follow mereka!

Selamat mencuba gaya-gaya baru!

Pesan Mama Siti:

Bergaya dapat merangsangkan kreativiti anak-anak Mama pada masa kelak. Mungkin susah sikit untuk nampak bergaya degan cuaca yang panas tetapi dengan Ibuencers ini, mama dapat pilih gaya-gaya yang trendy dan cool!