KelabMama

Gaya Riang Raya Dalam Dunia Morocco Hanya di Malaysia!

Pernah tak Mama bayangkan Mama bergaya (dan ‘beraya’) sakan seperti berada di Morocco, TETAPI, sebenarnya hanya di Malaysia? 

Bayangkan Mama sedang melangkah masuk sebuah pasar atau Souk yang moden, melintasi pintu gerbang yang unik dan berwarna-warni, penuh glamor dan berseni.

Ditambah pula dengan pakaian yang bersesuaian dengan tema ala-ala Maghribi. Kemudian, Mama sempat mengambil gambar berlatarbelakangkan persekitaran tersebut dan kongsikan di media sosial Mama – wah, pasti menarik!  

Silap hari bulan, ada antara kenalan Mama yang meninggalkan komen “eh tengah holiday dekat Morocco ke?!” dek gambar-gambar yang Mama kongsikan tersebut. 

Untuk merasai pengalaman seolah-olah berada di Morocco atau Maghribi ini, jom beramai-ramai ke Sunway Pyramid, bermula 8 Mac 2024 hingga 14 April 2024

Bersempena dengan Ramadan dan Raya yang bakal menjelma, Sunway Pyramid gah dihiasi dengan rekaan dan seni bina gaya Morocco. 

Sebaik sahaja anda melangkah masuk, para pengunjung akan terpukau dengan corak berwarna-warni pada dinding Souk moden berlatarbelakangkan pokok palma, dan permaidani yang menghidupkan gaya ala Maghribi. 

Motif dan seni bina Islam yang digabungkan dengan seni reka bentuk yang berwarna-warni, menonjolkan suasana gembira serta melambangkan budaya Malaysia yang unik dan pelbagai.

Mama Siti pasti Mama dan para pengunjung akan bergambar di setiap sudut ruangan Gaya Riang Raya yang akan diadakan di aras LG2 Orange Concourse Sunway Pyramid nanti!

Tingkatkan ‘Happy Hormone’ Dengan Menyertai Pelbagai Aktiviti Menarik 

Jangan asyik terpegun dengan kecantikan ruang LG2 Orange Concourse tersebut je Mama. 

Rehatkan diri anda dan boost hormon gembira Mama dan seisi keluarga dengan menyertai beberapa aktiviti menarik yang disediakan di Gaya Riang Raya. Yang penting, RSVP slot anda melalui Sunway Malls App terlebih dahulu. 

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah: 

Sertai bengkel membuat Mosaic Coaster cantik yang diilhamkan oleh musim perayaan. Anda akan dibantu oleh beberapa tenaga pengajar untuk membuat coaster anda yang tersendiri, sesuai dihadiahkan buat yang tersayang atau untuk dihias di rumah anda.

Gunakan peluang ini untuk memiliki bath bomb dengan bauan aroma mewah dan warna tersendiri, disamping menikmati suasana gembira bersama peserta lain. 

*Tertakluk pada terma & syarat

Jangan Lepaskan Promosi Buka Puasa & Shopping Raya! 

Sambil Mama bergambar di ruang Gaya Riang Raya, jangan lupa untuk membeli-belah dan berbuka puasa di pelbagai pilihan kedai berjenama dan restoran di Sunway Pyramid. 

Bersempena dengan musim perayaan ini, terdapat pelbagai tawaran dan promosi menarik yang ditawarkan khas buat pengunjung Sunway Pyramid. 

Inilah masa dan peluang terbaik untuk Mama dan seisi keluarga mendapatkan barangan khas menyambut Aidilfitri bagi tahun ini seperti pakaian raya, kasut raya, dekorasi rumah, barangan elektrik, bekas kuih raya, dan sebagainya. 

Mama juga boleh merancang untuk berbuka puasa di mana-mana restoran di Sunway Pyramid yang turut menawarkan harga promosi bersempena bulan Ramadan. 

Sebelum pulang, Mama jangan lupa untuk periksa jumlah pembelian Mama di Sunway Pyramid. 

Shopping & Rebut Hadiah Eksklusif

Bersempena dengan kempen Gaya Riang Raya di LG2 Orange Concourse Sunway Pyramid, setiap pembelian dengan jumlah minima tertentu melayakkan anda untuk menebus beberapa hadiah saguhati eksklusif daripada Sunway Pyramid: 

Nikmati pengalaman berbuka puasa dan membeli-belah untuk Aidilfitri ala Maghribi di Sunway Pyramid bermula 8 Mac 2024 hingga 14 April 2024. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Sunway Pyramid, Facebook, dan Instagram Sunway Pyramid hari ini.