Sedar tak sedar dah lebih 2 tahun sejak seluruh dunia dilanda wabak COVID-19. Bila tengok anak-anak, teringat pengalaman membesarkan anak bongsu yang baru sahaja dilahirkan pada 2019 dan kemudian, kehidupan kita semua terus berubah bermula tahun 2020.
Pada Mama Siti, cabaran membesarkan anak-anak yang dilahirkan right before atau semasa pandemik agak lain daripada anak-anak yang lain. Contohnya anak bongsu Mama Siti sendiri—mudah menangis bila jumpa orang ‘baru’, tak berani nak berlari bermain dengan rakan sebaya lain dan kalau berada di luar, nak melekat dengan saya atau ayahnya sahaja. Senang cakap, dia menjadi seperti takut berhadapan dengan orang ramai atau mengalami ‘Social Anxiety Disorder (SAD)’.
Tapi, yang paling mencabar adalah bab makanan. Betul, saya sendiri banyak masak semasa musim PKP dan memilih sendiri sumber pemakanan dan sebagainya, namun, anak bongsu saya seperti lebih teliti dalam pemilihan makanan—ada sahaja yang tak disukanya. Pening Mama Siti dibuatnya kerana risaukan dia kekurangan nutrisi-nutrisi penting untuk perkembangannya sendiri.
Syukur kita akhirnya sudah memasuki fasa endemik dan inilah masanya untuk Mama semua melakukan sesuatu yang boleh boost perkembangan ‘anak-anak pandemik’ ini. Hasil daripada perbincangan dan perkongsian dengan mak-mak yang mempunyai cabaran yang sama, ramai di antara mereka mencadangkan tips berikut untuk meningkatkan perkembangan anak-anak ketika fasa ini.
Tips Meningkatkan Perkembangan Anak-anak di Fasa Endemik
#1 Membawa mereka ke taman permainan atau taman rekreasi
Walaupun kita masih berada dalam langkah berjaga-jaga dan berwaspada dengan keadaan sekeliling di fasa endemik, namun, kita harus cuba untuk biasakan diri dengan kehidupan normal baharu.
Untuk membantu perkembangan anak-anak, Mama boleh bawa mereka ke taman permainan yang terbuka atau taman rekreasi yang berdekatan. Mama boleh biarkan si kecil Mama berlari berkeliaran (tapi masih dibawah pengawasan Mama ya) dan berikan mereka ruang untuk meneroka keadaan sekeliling.
Mama boleh bawa anak-anak ke kawasan ini pada setiap hujung minggu untuk membiasakan mereka berada di tempat awam, tetapi dengan pengudaraan yang baik dan kawasan yang lapang. Lama-kelamaan, pasti anak-anak terbiasa berada dalam kalangan orang ramai.
#2 Tingkatkan kreativiti anak-anak
Selain itu, Mama boleh mengajak anak-anak untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan kreativiti mereka di rumah mahupun di luar. Jadikan sebagai rutin mingguan atau harian, Mama dan Papa harus bersama-sama lakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti kreatif seperti DIY di rumah, mewarna, atau melukis.
Pastikan aktiviti tersebut banyak menggunakan tangan dan mengasah minda kreatif mereka. Nak lebih menarik, Mama boleh lakukan aktiviti tersebut dengan menggunakan makanan seperti mengenal warna melalui sayur-sayuran atau menyediakan lunchbox yang comel dan berwarna-warni bersama si kecil Mama.
Aktiviti yang melibatkan tekstur sesuatu bahan pun sangat bagus untuk mereka. Mama hanya perlu jadi lebih kreatif dan cuba aktiviti-aktiviti ini untuk anak Mama. Tetapi ingat, jangan pula lakukan aktiviti yang melibatkan gajet ya.
Objektif utama aktiviti ini adalah supaya anak Mama lebih banyak berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang sekeliling, disamping meningkatkan kreativiti mereka.
#3 Nutrisi, nutrisi & nutrisi!
Ini yang lebih penting! Walau bagaimana susah sekali pun, Mama harus pastikan anak-anak mendapat nutrien penting yang mencukupi, terutamanya bagi anak-anak yang sangat memilih makanan.
“Susah betul anak-anak nak makan, macam mana nak make sure dia masih dapat nutrisi yang penting?”
Apa yang Mama boleh lakukan ialah dengan menerapkan pemakanan penting dan tinggi kandungan nutrien pada anak-anak sejak kecil lagi. Mama Siti perasan semasa anak pertama dan kedua masih menjadi picky eaters, Mama Siti cuba untuk mempelbagaikan bahan-bahan dan gaya hidangan makanan. Tapi, ada masanya tak menjadi trick ini.
Kemudian, ada kawan Mama Siti cadangkan untuk sentiasa berikan sekurang-kurangnya segelas susu tepung rumusan untuk kanak-kanak dalam sehari. Ini adalah untuk memastikan anak-anak masih mendapat nutrisi yang lengkap kerana susu mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
Buat Mama yang masih pening fikirkan susu apakah yang sesuai untuk anak Mama, Mama Siti syorkan Mama cuba berikan segelas Morinaga Chil-kid pada anak Mama setiap hari.
Nak tahu kenapa? Teruskan pembacaan Mama.
Lebih Lengkap dan Oishi dengan Morinaga Chil-kid!
Buat pengetahuan Mama, produk Morinaga telah lama memasuki pasaran Malaysia, iaitu sejak tahun 1968 dan telah terbukti menghasilkan produk yang berkualiti tinggi untuk sekurang-kurangnya 3 generasi di Malaysia! Haa lama kan? Sejak zaman mak ayah kita tu!
Morinaga Chil-kid juga telah menggunakan rumusan Jepun yang disokong oleh institut R&D Morinaga di Jepun dengan sejarah lebih 100 tahun inovasi. Ia diformulasikan dengan nisbah yang seimbang, iaitu dengan lebih 45 nutrien penting seperti AA, DHA, GOS, Nukleotida, Omega 3&6 LCP, Kalsium, Zat Besi, dan 27 nutrien utama untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.
Yang lebih menarik (dan menjadi salah satu sebab pilihan Mama Siti dan anak-anak) ialah, Morinaga Chil-kid ini kurang manis dengan rasa vanila yang lembut, menjadikan susu lebih oishi (sedap) untuk anak-anak!
Mama juga tak perlu risau dengan pembuatannya kerana Morinaga Chil-kid 100% dihasilkan dan dibungkus dalam keadaan terkini di Belanda dan menjalani pemeriksaan produk yang ketat iaitu sebanyak dua kali sebelum dieksport ke negara kita.
Anak saya sekarang yang tak lama lagi baru nak berusia 3 tahun, dah pandai ‘Oishi’ ‘oishi’ setiap kali nak susu. Sedap dan sangat membantu dalam penerimaan nutrisi penting untuk tumbesarannya.
Kini Mama boleh mendapatkan 4 kotak Morinaga Chil-kid 600g atau 3 tin Morinaga Chil-kid 900g hanya di Motherhood.com.my – siap dapat 1 Morinaga Airtight Jar PERCUMA lagi tau!
Kalau Mama baru nak cuba berikan pada anak, Mama boleh dapatkan pek percubaan Morinaga Chil-kid 600g pada harga RM20 sahaja, melalui laman web ini dan jangan lupa untuk layari laman rasmi Morinaga di sini.