Betullah orang cakap bila dah menjadi emak dan ayah, tanggungjawab itu sangat besar – tersangatlah besar. Dari segi pemakanan, kesihatan, sehinggalah kewangan seisi keluarga, ia akan terus menjadi perkara utama dalam dunia keibubapaan.
Satu perkara yang Mama Siti belajar dari emak saya sendiri adalah perancangan kewangan bagi diri dan keluarga.
Sebelum kahwin lagi emak sudah kongsikan bagaimana setiap pasangan harus merancang kewangan keluarga dengan betul, seawal perkahwinan.
Dan perancangan kewangan itu bukan sahaja dari segi penyimpanan wang, tetapi ia termasuklah cara mengurus, tracking, dan juga mengembangkan kewangan tersebut.
Mama Siti sangat bersyukur dengan perkembangan teknologi yang semakin moden dari hari ke hari. Kini, dengan adanya aplikasi MAE oleh Maybank, kita sebagai mak ayah sekarang boleh save, grow, and track dengan mudah, di mana sahaja.
Berikut merupakan fungsi menarik aplikasi MAE yang boleh digunakan untuk seisi keluarga:
4 Ciri Utama Aplikasi MAE Untuk Seisi Keluarga
1. Tabung
Sejujurnya daripada pengalaman sendiri, ciri Tabung ini sangat berguna dan membantu. Ini adalah kerana Mama boleh tetapkan sendiri jenis Tabung yang Mama inginkan seperti tabung kecemasan, percutian, servis kereta, dan sebagainya.
Kemudian, Mama boleh tetapkan berapa goal untuk setiap Tabung tersebut, dan juga berapa amaun yang akan terus ditolak daripada akaun Mama setiap minggu atau bulan.
Bukan satu Tabung sahaja, Mama juga boleh buka sehingga 10 tabung sekaligus. Mama juga boleh buka Group Tabung kalau nak menabung bersama ahli keluarga.
Sebelum ini, Mama Siti, suami dan anak mama yang berumur 15 tahun buka satu Group Tabung untuk percutian kami ke Langkawi. Lebih mudah untuk menguruskan bajet yang diperlukan untuk percutian tersebut!
Tak percaya? Rujuk laman ini untuk maklumat lanjut.
2. Expenses
Bagi ciri Expenses pula, Mama boleh track perbelanjaan Mama setiap bulan. Di sini Mama boleh tahu pada kategori mana yang Mama telah belanja, terlebih berbelanja mahupun kurang, dan sebagainya.
Mama juga boleh lihat bagaimana sedikit daripada perbelanjaan Mama masuk ke Tabung yang telah Mama tetapkan seperti yang dikongsikan di atas.
Dalam pada Mama sendiri menggunakan fungsi Expenses, Mama juga boleh gunakan peluang ini untuk mengajar anak-anak remaja Mama cara untuk mereka melihat dan track perbelanjaan mereka dengan betul.
Senang cakap, Expenses membantu Mama dan Papa untuk banyak belajar menjaga kewangan dengan lebih teratur dan mengajar anak-anak menguruskan perbelanjaan mereka. Yelah kalau nak pupuk tabiat kewangan yang baik kepada anak-anak, haruslah bermula dari awal bukan?
3. Akaun Yippie/-i* Maybank & fungsi Junior
Haa, Mama Papa yang ada anak di bawah usia 18 tahun dah ada Akaun Yippie/-i* Maybank ni ke belum?
Sebagai ibu bapa, seeloknya kita buka akaun simpanan untuk anak-anak dengan lebih awal untuk menjamin masa depan mereka. Kita juga dapat memupuk tabiat menyimpan dengan lebih awal demi kesejahteraan masa depan meraka.
Nak bukakan Akaun Yippie/-i* Maybank ini pun mudah; dalam hanya 10 minit* je! Dengan hanya menggunakan sijil lahir anak yang asal, Mama boleh mengikut cara buka Akaun Yippie/-i Maybank* yang dikongsikan melalui artikel INI.
*Hanya untuk rakyat Malaysia yang mempunyai Akaun Semasa/-i atau Akaun Simpanan/-i Maybank dengan anak warganegara Malaysia.
*Tertakluk kepada terma & syarat.
**Dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit.
4. Maybank Goal-Based Investment
Setiap dari kita ada impian kewangan yang tersendiri. Dengan serendah RM200, Mama dan Papa boleh melabur dengan Maybank Goal-Based Investment pada aplikasi MAE demi mencapai impian dan matlamat yang ada.
Mama Papa boleh tetapkan goal pelaburan tersebut untuk pendidikan anak-anak, untuk semasa persaraan nanti, mahupun hanya untuk menggandakan kewangan anda sendiri.
Sekiranya Mama kurang pasti berapa yang perlu dilabur setiap bulan tetapi tahu goal pelaburan untuk pendidikan anak-anak, Mama Papa boleh menggunakan simulasi yang tersedia untuk ketahui berapa jumlah bulanan yang perlu dilabur.
Mama juga boleh menikmati pelaburan fleksibel tanpa tempoh terkunci, mempunyai dana patuh Shariah bagi umat Islam, dan juga boleh melabur secara dalam talian sahaja.
Untuk maklumat lanjut, Mama boleh rujuk SINI atau tonton video di bawah:
Daftar MAE Wallet Hari Ini dan Dapatkan RM10 Percuma!
MAE Wallet adalah solusi ideal untuk Mama Papa yang beralih ke transaksi tanpa tunai dan memudahkan Mama untuk track perbelanjaan.
Jangan risau! MAE Wallet mematuhi prinsip syariah, menjadikan pengurusan dan transaksi kewangan Mama Papa lebih beretika dan bebas daripada unsur-unsur keraguan.
Daftar dengan kod JOMMAE dan dapatkan RM10 secara automatik! Tawaran ini sah dari sekarang hingga 21 November 2024. Mama Papa hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah melalui aplikasi MAE Wallet dan nikmati tawaran menarik ini*!
Tambahan pula, MAE wallet boleh mengajar anak-anak remaja tentang literasi kewangan, tabiat berbelanja dan menabung, serta memupuk tanggungjawab kewangan yang lebih baik.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Sudah Tentu, #ItsGottaBeMAE!
Siapa sangka dengan hanya satu aplikasi, Mama dan Papa boleh melakukan pelbagai perkara secara atas talian sahaja?
MAE membantu Mama dan Papa dari segi perancangan masa depan kewangan diri dan keluarga, serta mengajar Mama Papa agar lebih celik kewangan, dan juga membuka peluang untuk mendidik dan memupuk tabiat kewangan sihat untuk anak-anak dengan lebih awal.
Aplikasi MAE oleh Maybank ini mempunyai pelbagai ciri yang sangat berguna untuk sesiapa sahaja, pada setiap fasa kehidupan.
Jadi, jom buka aplikasi MAE, simpan, kembangkan dan jejaki kewangan keluarga anda dengan MAE hari ini!