Kurang beberapa hari sahaja lagi filem animasi yang menjadi kegilaan seluruh dunia pada tahun 2013 akan kembali dengan sekuelnya, Frozen II! Frozen II bakal ditayangkan pada 22 November 2019 di semua pawagam di seluruh Malaysia. Untuk menambahkan lagi kehangatan filem animasi ini, Sunway Pyramid membawakan sebuah acara khas untuk para peminat Frozen daripada 8 November hingga 1 Disember 2019.
Sertai pelbagai aktiviti menarik bersama watak-watak Frozen II iaitu Elsa, Anna, Kristoff dan Olaf yang comel dengan mengembara ke Kingdom of Arendelle. Pengembaraan di kerajaan ini adalah demi mencari jawapan kepada asal usul kuasa magik yang dimilki Elsa. Jom sertai aktiviti-aktiviti di bawah bersama anak-anak Mama untuk merasai pengalaman kuasa magik dan dunia ajaib Elsa & Anna!
Klik Frozen II “Event Album” untuk maklumat lanjut mengenai acara ini.
LG2 Orange Concourse Sunway Pyramid | 8 November – 1 Disember 2019
Living Rocks yang Berwarna-warni
Pengembaraan anda akan berpandukan satu laluan istimewa yang disediakan bersama sebuah kompas Vegvisir. Di sini, para pengunjung hanya perlu menggerakkan tangan anda dan lihat bagaimana Living Rocks berubah warna bersama lampu-lampu interaktif.
The Valley of the Living Rock
Selepas Living Rock, Mama dan keluarga bakal disambut dengan keindahan hutan musim luruh dan masuk ke The Valley of the Living Rock. Di valley atau lembah ini, anda hanya perlu menggunakan pensil warna untuk selesaikan laluan maze yang disediakan, mengenalpasti perbezaan, dan menguji daya ingatan dengan bermain permainan memori Frozen II.
River Cave
Perjalanan ajaib anda diteruskan di River Cave yang dihiasi indah dengan unjuran cahaya interaktif. Anda juga berpeluang untuk ‘berkenalan’ dengan teman Elsa yang baru, Nokk, seekor Kuda Air Ajaib yang bertanggungjawab menjaga rahsia hutan melalui kuasa lautan.
Snap, snap, snap! Berhenti untuk bergambar!
Setelah anda sudah puas menikmati kecantikan musim luruh dan gua di River Cave tersebut, jangan lupa untuk bergambar di atas bot Olaf yang comel, serta selfie bersama patung Elsa & Anna yang dihasilkan sama besar seperti saiz sebenar! Dah ambil gambar tu jangan lupa untuk kongsikan di laman sosial, biar rakan-rakan yang lain iri hati!
Sekiranya anda berjaya menyelesaikan semua aktiviti-aktiviti di atas dengan aplikasi mudah alih Sunway Pyramid, anda berpeluang untuk MEMENANGI sebuah gift set eksklusif barangan Frozen II!
Barangan Eksklusif Frozen II di Sunway Pyramid
Mama sekeluarga juga boleh mendapatkan produk-produk Frozen II yang esklusif dan edisi terhad daripada Walt Disney Animation Studios di ruang legar LG2 Orange Concourse Sunway Pyramid. Barangan Frozen II juga boleh didapati di kedai-kedai yang ada di Sunway Pyramid seperti Parkson, AEON, Cotton On, Toys ‘R’ Us, Store Certified LEGO®, Pandora, Swarovski, H & M, Pull & Bear, Popular, Uniqlo dan Smiggle.
Klik Frozen 2 Merchandise Album untuk info lebih lanjut tentang merchandise.
Pengalaman menyertai acara Frozen II serta membeli-belah di Sunway Pyramid juga menjadi lebih mudah kerana Sunway Pyramid menyediakan pelbagai kemudahan yang mesra keluarga. Tandas mesra kanak-kanak ‘Leo’s Junior Kids Toilet dan bilik bayi ada disediakan di aras LG1 (belakang Marry Merry), bilik-bilik bayi di aras yang lain, stoller, tempat pemanas susu, serta tempat letak kereta khas untuk mereka yang bekeluarga. Mama juga boleh mendapatkan child wristband, wristlink atau tatu dengan talian kecemasan untuk si manja Mama di kaunter concierge sepanjang anda berada di Sunway Pyramid.
Jadi tunggu apa lagi? Tambah keterujaan anak Mama (dan Mama sendiri!) bersama Frozen II di Aras LG2 Orang Concourse Sunway Pyramid dari 8 November hingga 1 Disember 2019!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Sunway Pyramid, Facebook dan juga Instagram. Sebelum itu, jangan lupa untuk muat turun aplikasi mudah alih Sunway Pyramid di sini.