Bila baca resepi-resepi kek, sup cendawan, inti tart dan sebagainya, kita akan biasa nampak nama bahan seperti cream pelbagai ini. Apabila kita ke pasaraya untuk membeli, kita mudah confuse mana satu fresh cream mana satu whipping cream kan terutama sekali apabila hanya salah satu sahaja yang masih ada di atas rak kedai ketika itu.
Jom Mama Siti kongsikan apakah perbezaan fresh cream dan whipping cream untuk kegunaan di dapur.
Variasi Jenis Krim
Terdapat 3 jenis krim yang biasa digunakan dalam masakan dan baking yang dibezakan oleh peratusan lemak susu di dalamnya. Jumlah lemak susu inilah yang memberi sifat berbeza selepas krim ini diputarkan. Itulah asas perbezaan antara jenis-jenis krim ini. Lepas dah tahu semua ni mesti Mama dah dapat bezakan antara jenis krim ini dan kegunaannya.
1. Fresh cream
Fresh cream paling mudah didapati di pasaraya berbanding jenis cream yang lain. Krim ini didapati daripada susu lembu yang kemudian diproses. Yang membezakan di antara jenis krim ni adalah, jumlah kandungan lemak dalam dia.
Bagi krim segar ni kandungan lemaknya adalah kurang 25% samalah seperti kotak berlabel cooking cream yang Mama selalu nampak pada rak jualan. Ya keduanya ni kiranya fungsi dia sama.
Disebabkan kandungan lemaknya rendah, maka jenis krim ni tak berapa stabil untuk diputarkan (whipped) dengan mesin pemutar atau tangan, dibentukkan menjadi topping dan sewaktu dengannya.
Fresh cream ni dia tebal, lebih tebal sedikit daripada santan pekat yang segar. Tapi kalau ada resepi yang gunakan santan, Mama boleh gantikan dengan fresh cream ni jika mahu. Namun santan sebenarnya lebih sihat, dan santan pekat juga boleh gantikan tugas fresh cream.
Fresh cream atau cooking cream boleh digunakan untuk memekatkan kuah, membuat sup cendawan, quiche, masakan kuah pasta, ais krim dan pelbagai lagi asalkan bukan sebagai topping yang dibentuk di atas kek dan seumpamanya.
2. Whipping cream
Whipping cream juga berasal daripada susu lembu yang diproses dan mempunyai jumlah lemak sekurang-kurangnya 30% ke atas yang menyebabkan ia lebih licin dan boleh diputar kembang ketika krim ini masih sejuk. Namun dengan jumlah lemak susu ini, whipping cream adalah lebih ringan dan tidak bertahan begitu lama selepas diputar dan dibentuk. Sesuai digunakan untuk topping ringan ataupun filling.
Krim putar ini biasanya dimaniskan dengan gula dan apabila diputar, ia tidak meninggalkan kesan berbiji pada tekstur krim ini. Ia juga boleh diwarnakan dan diperisakan seperti coklat dan sebagainya. Selain dijadikan topping untuk kek, ia juga digunakan sebagai penghias minuman, dimakan bersama scones dan salad buah-buahan serta pelbagai lagi.
3. Heavy cream
Dalam banyak jenis krim, heavy cream ini yang paling tidak dikenali. Fresh cream digunakan untuk memekatkan masakan, whipping cream pula digunakan untuk hiasan kek, tapi apa pula kegunaan heavy cream? Heavy cream juga datang daripada susu lembu namun dengan kadar kandungan lemak yang lebih tinggi, iaitu lebih daripada 36%.
Ada dua kegunaan utama heavy cream ini iaitu untuk membuat sos berkrim dan juga krim putar. Apa beza heavy cream dan whipping cream ini? Oleh sebab peratus kandungan lemak dalam heavy cream lebih tinggi daripada whipping cream, maka apabila diputar, heavy cream dapat bertahan lebih lama dan lebih stabil. Antara kelebihan lain heavy cream adalah apabila dimasukkan dalam masakan, heavy cream tidak mudah pecah atau berketul berbanding krim lain yang lebih ringan.
Heavy cream mempunyai rasa yang tebal, berlemak dan lebih berkrim. Jika digunakan sebagai hiasan kek atau filling, maniskan dengan sedikit gula supaya topping berasa lebih lemak manis. Jika digunakan untuk memasak sebraang sup atau sos berkrim, rasanya akan lebih bold.
4. Non-dairy whipping cream
Krim putar tanpa tenusu ini dibuat daripada minyak sayuran dan tidak mengandungi laktosa. Oleh kerana ia dibuat daripada minyak sayuran, rasanya tidak lemak berkrim seperti krim lain yang berasal daripada susu lembu, namun krim jenis ini sesuai untuk mereka yang alah produk tenusu.
Teksturnya juga tidak selicin dan gebu seperti krim yang berasal daripada susu lembu. Tapi ia adalah pilihan yang baik untuk mereka yang menghidapi alahan. Ia juga dapat bertahan lebih lama dan agak murah.
Perbezaan Fresh Cream dan Whipping Cream
Jadi jelas dah di sini perbezaan ketara adalah whipping cream boleh digunakan untuk dijadikan krim putar gebu kembang sebagai hiasan kek atau muffin, pelengkap minuman, filling dan pelbagai lagi. Manakala fresh cream sesuai ditambah dalam masakan untuk memekatkan atau membuat sup berkrim. Lepas ni bolehlah cuba banyak lagi resepi menggunakan pelbagai krim ni kan?
Selamat explore resepi baru dan selamat memasak di dapur, Mama!