KelabMama

5 Formula Mudah (Dan UTAMA!) Untuk Mama Menjaga Kulit Wajah

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Definisi cantik bagi setiap orang juga berbeza. Bagi sesetengah individu, mereka melihat kecantikan dengan rapinya bentuk kening. Ada pula yang melihat indahnya seorang wanita apabila dia memiliki bibir yang mungil. 

Cantik itu sangat subjektif ya, jadi, Mama Siti nasihatkan untuk tidak terlalu judge seseorang hanya berdasarkan rupa paras dan bentuk fizikal badan sahaja. Pada Mama Siti, kesihatan kulit jauh lebih penting dari segala perkara lain. Penjagaan kulit muka yang sempurna dapat melambatkan penuaan, kedutan, dan juga kulit kusam. 

Jangan risau, tips ini juga bukan khusus untuk wanita sahaja ya. Yang lelaki dan remaja pun boleh amalkan tips ini sebelum mencecah usia yang lebih tua. Sangat mudah dan ringkas kerana hanya perlu perhatikan beberapa perkara utama sahaja. 

Kulit Wajah Pasti Lebih Sihat Dengan 5 Tips Ini

1. Sentiasa gunakan pelindung UV (sunscreen/sunblock)

Disebabkan lapisan ozon kita semakin menipis, tabiat penggunaan sunscreen menjadi kewajipan pada semua. Kita dinasihatkan untuk menggunakan sunscreen setiap hari, selepas memakai pelembab muka dan reapply setiap 3,4 jam pada siang hari, sebanyak dua ruas jari Mama.

Turutan dalam penjagaan muka hendaklah dimulakan dari cleanser, exfoliator, toner, moisturizer dan barulah sunscreen. Kenapa perlu reapply? Ini kerana, kita mungkin berpeluh, kerap menyentuh muka, mengambil wuduk bagi umat Islam, dan sinaran UV juga lebih kuat pada waktu tengah hari. Jadi, keberkesanannya semain berkurang seiring masa dan jika kita membasuh kulit wajah kita.

Kedengaran leceh, tetapi, itulah hakikatnya demi memastikan kulit muka tidak berjeragat, mengurangkan bintik hitam dan kesan penuaan dalam jangka masa panjang.

Kredit gambar: Pexels

Kalau boleh amalan sunscreen ini jangan ditinggalkan walau apa sekali pun. Pelindung UV mengelakkan keradangan kulit seperti rasa pedih terutamanya yang ada ekzema dan psoriasis.

2. Kenali jenis kulit wajah

Setiap manusia ada jenis kulit wajah yang berbeza iaitu kulit normal, kering, berminyak, kombinasi dan sensitif. Kepentingan mengetahui jenis kulit wajah masing-masing adalah supaya kita lebih mahir untuk mengawal masalah kulit dan menggunakan produk penjagaan wajah yang sesuai.

Berikut merupakan jenis-jenis kulit wajah – kering, kombinasi tetapi lebih kepada kering, kombinasi tetapi lebih kepada berminyak, dan kulit wajah yang sangat berminyak.

Kredit gambar: Ohana.my

Mama boleh ikuti formula di bawah untuk mencari produk yang diperlukan kulit Mama: 

Jenis KulitJenis Pencuci MukaToner (Kandungan)Pelembap (Kandungan)
Normal Gel/susuVitamin CDimethicone
Kering Susu/krim/micellar/tanah liat Minyak rosehip/jojoba
Peptides
Glycolipid
Glycerin
-Dimethicone
-Glycolic acid
-Vitamin A, E, dan C
-Minyak zaitun
-Jojoba oil
-Avocado oil
Shea butter
Kombinasi Gel/susuLactic acid -Antioksidan
Hyaloronic acid
Ceramide 
Non Comedogenic
Sensitif Micellar/susu/krimAntioksidan -Salicylic acid
-Niacinamide 
-Non-comedogenic
Berminyak GelBentonite clay
-Minyak pokok teh
-Hyaluronic acid 
-Glycolic acid 
-Aloe vera 
-Niacinamide
-Alpha-hydroxy acid (AHA)
-Non-comedogenic

3. Kebaikan penggunaan gel aloe vera

Kalau ada yang masih belum pandai mencari produk dan memahami kandungan seperti jadual diatas, tak mengapa. Mama boleh mulakan dengan pencuci muka dan gel aloe vera sahaja. Sama ada menggunakan gel tersebut terus dari pokok lidah buaya atau daripada produk yang mengeluarkan gel aloe vera ini.

Sejak pertama kali Mama Siti tahu mengenai kesihatan kulit zaman muda remaja dahulu, Mama Siti hanya mengamalkan peggunaan gel aloe vera ini, yang diambil terus daripada daun lidah buaya. Ianya terbukti berkesan! Tetapi, Mama haruslah menggunakannya setiap hari tau.

Sebenarnya, aloe vera boleh digunakan untuk semua jenis kulit. Kini, aloe vera boleh didapati dalam bentuk face mask, spray, minyak, kapsul dan krim. 

Lidah buaya adalah ejen pelembab terbaik untuk kulit manusia. Ekstrak tumbuhan ini mampu mencerahkan kulit, merawat luka seperti parut jerawat dan akhir sekali ia mampu membaiki iritasi kulit terbakar. Gunakan dalam kadar yang secukupnya sesuai dengan saiz muka Mama, sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Oh ya, pastikan Mama pakai sebelum mengaplikasikan sunscreen ya.

Kredit gambar: Helthdestiny.com

4. Senaman muka 

Bagaimana senaman dapat menjanjikan kulit kita kekal sihat dan berseri? Sebenarnya, struktur muka kita mempunyaiotot dan setiap pergerakkan akan mempengaruhi bentuk muka seseorang.

Jom cuba senaman dan urutan muka untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih berseri, sihat dan anjal seiring usia seperti perkongsian Nur Alwani di laman Facebook ini:

Langkah Senaman dan Urutan Muka

  1. Urutkan dari bahagian leher ke arah dagu menggunakan kedua belah tangan secara berselang-seli.
  2. Urut dari rahang bawah ke arah cuping telinga.
  3. Urut dari bahagian dagu ke arah cuping telinga.
  4. Sudut luar bibir ke arah telinga.
  5. Bahagian hujung hidung hingga ke pelipis.
  6. Ulang langkah 2 hingga 5 di bahagian kanan wajah.
  7. Urut di sekitar hidung hingga ke batang hidung.
  8. Jangan lupa untuk urutkan dahi ke arah atas .
Kredit gambar: Facebook Nur Alwani Spa Bahau

Apakah kebaikan daripada urutan ini? Menurut perkongsian tersebut, kulit akan menjadi semakin lembut dan licin. Kedua, membantu peredaran darah. Seterusnya, menegangkan otot dan membantu merehatkan saraf di wajah. Akhir sekali, dapat membantu melegakan sengal tulang

Yang penting, Mama harus amalkan secara kerap untuk hasil yang lebih ketara. 

5. Makan sayuran dan buahan

Walaupun tips ini kedengaran cliche dan sering dikongsikan di mana-mana sahaja, rata-rata pakar pemakanan dan kecantikan pun akan sarankan kita menitikberatkan dua kategori makanan ini – untuk kesihatan kulit wajah dan semestinya tubuh badan.

Kredit gambar: Unsplash

Kepentingan sayur adalah kerana ianya mempunyai kandungan serat yang tinggi, dan pelbagia vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh. Contohnya sayur bayam dan kangkung yang kaya dengan antioksidan dan membantu pengeluaran kolagen dalam tubuh. Kolagen inilah yang membuatkan wajah kelihatan awet muda kerana kita akan kehilangan kolagen seiring usia. Kolagen melambatkan pembentukan garisan halus dan kedutan di muka.

Daripada Mama mengambil suplemen kolagen yang mungkin mengandungi kandungan gula yang tinggi, lebih baik Mama mengamalkan sayuran dan buahan dalam diet seharian bukan? Lebih sihat, lebih terjamin kandungannya, dan semestinya lebih menjimatkan!

Diharap lima kaedah penjagaan kulit wajah ini membantu Mama mendapatkan hasil yang diinginkan. Ingat, perkara paling utama adalah untuk melakukannya secara rutin. Mama boleh mulakan dengan cara paling ringkas agar tidak merasa terbeban. Mama juga boleh cuba tips ini untuk kelihatan lebih menawan walau tidak pandai bersolek.