KelabMama

First Time Mom? Ini Petua Orang Lama Nak Tahu Jantina Bayi

First Time Mom? Ini Petua Orang Lama Nak Tahu Jantina Bayi

“Tahniah, cik mengandung 3 minggu. Kalau cik nak tahu jantina bayi, kena tunggu kandungan dah 5 bulan ye.”

Mama mesti seronokkan bila dengar berita macam ni? First time dapat tahu yang kita akan dapat anak merupakan momen yang paling manis dan menggembirakan bagi pasangan yang berkahwin.

Lebih-lebih lagi kalau cahaya mata tu memang dah lama sangat ditunggu-tunggu. Bermacam preparation kita buat walaupun tak tau apa jantina bayi. Dia punya teruja tu setinggi langit!

Teruja Sangat!

Bila dah mengandung ni, kita mestilah teruja. Tapi kena ingat, bukan kita saja yang akan rasa seronok. Keluarga dan rakan sekeliling juga kadang-kadang tu excited lebih dari ibu yang mengandung.

Macam-macam soalan dia tembak dekat kita contohnya: “Dah berapa bulan?”“Bila due?” dan soalan yang paling popular mestilah “Baby boy ke girl?”. Kita pun kadang sampai naik bosan dengan pertanyaan dia. Mana taknya, tiap kali jumpa saja, pertanyaan tu lah yang keluar dari mulut dia.

Scan 3D/4D

Kalau mama nak dapatkan keputusan yang jelas dan cepat tentang jantina bayi dalam kandungan, cubalah kaedah 3D/4D scan di hospital. Bayarannya agak mahal tapi kalau nak tahu sangat apa salahnya melabur duit sikit kan?

Antara option yang mama boleh pilih untuk ketahui jantina bayi adalah dengan menggunakan imbasan ultrasound.

Kalau mama jenis yang tak rushing sangat nak tahu jantina bayi mama, Mama Siti nak kongsi beberapa cara dan kaedah orang lama dalam menentukan jantina bayi dalam kandungan. Tak sabar? Ha, jom cepat kita tengok cara-cara nak tentukan mama dapat baby boy ke baby girl.

Tanda Mama Hamil Baby Boy

Kalau mama mengandung anak lelaki, Mama Siti ada list cara nak tahu mama hami anak lelaki:

Ada juga petua yang menggunakan cincin perkahwinan dimana ia diikat pada benang lalu digantung di atas perut untuk ketahui si manja mama lelaki atau perempuan.

Tanda Mama Hamil Baby Girl

Tapi kalau mama hamil anak perempuan, lain pula tandanya:

Akhir Kata

Senarai yang Mama Siti kongsikan tu adalah sebahagian dari petua dan kaedah untuk tahu jantina si manja mama. Sesetengah ibu mengandung mungkin mengalami tanda-tanda ni, sesetengah lagi mungkin tidak.  Jadi mama tak bolehlah percaya 100% terhadap tanda-tanda yang Mama Siti kongsikan ni. Apa yang mama kena tahu, segalanya adalah kuasa dan ketentuan Allah S.W.T.

Bayi lelaki atau perempuan, mama kena bersyukur kerana mereka adalah rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Baby boy ke baby girl, tak penting pun semua tu. Sebab apa yang paling penting adalah bayi yang bakal dilahirkan nanti sihat dan sempurna. Semoga perkongsian dari Mama Siti ni bermanfaat tu untuk kegunaan ibu-ibu di luar sana ye!

Sumber: SirapLimau

BACA JUGA KHAS UNTUK MAMA: PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU 1 HINGGA MINGGU 40

Pesan Mama Siti:

Dahsyat betul petua orang tua-tua ni. Yalah, zaman dulu mana ada nak scan baby dalam perut. Semua pakat guna cara tradisional untuk pantau perkembangan bayi dalam kandungan. Biasa la orang dulu-dulu ni dia punya pengamatan memang tinggi. Tapi, kalau nak diikutkan ni semua kuasa Tuhan, jadi kalau tilik punya tilik rasa dapat anak perempuan tapi bila bersalin dapat anak lelaki, janganlah mama kecewa pula!