“Masa mula-mula bagi ‘solid food’ laju je buka mulut dan makan. Bila dah semakin membesar ni dah pandai pula main-main masa makan.”
Sebenarnya, anak mama tu bukan sengaja main-main masa makan. Tapi teknik seperti itu dipanggil ‘Baby Led Weaning’ . Itu bermakna si manja mama dah melangkah ke lagi satu fasa dimana dia ingin makan sendiri. Pengenalan ‘finger food’ bagus supaya si manja dapat mengenali pelbagai jenis makanan. Selain itu, ia juga mampu menrangsang daya sentuhan si manja tau!
TIPS POTONG FINGER FOODS UNTUK BAYI
Ramai ibu bapa yang risau sebenarnya untuk mula perkenalkan Finger Foods kepada anak2. Takut anak tercekik dan takut rumah bersepah.
Sebenarnya Finger Foods ni sangat bagus untuk development motor skils baby tambah2 di bahagian extremities seperti tangan, jari. Sebab tu jangan takut untuk perkenalkan Finger Foods ni kepada mereka.
So, macam mana potongan yang terbaik untuk fasa anak2 ni?
Korang boleh klik di gambar, kakwa dah share info di setiap gambar.
Ingat, sentiasa berada bersama dengan anak bila mereka tengah makan supaya kita dapat pantau dan enjoy moment mereka ?
Semoga bermanfaat ?
6 bulan
Waktu ni anak baru ja lagi berkenalan dengan solid food, fasa explore baru bermula.
Diorang masih belum mampu lagi nak pegang makanan menggunakan jari. Jadi diorang akan pegang menggunakan keseluruhan tapak tangan.
So, bagi memudahkan diorang untuk pegang, potong makanan ikut size jejari, panjang2 dan nipis. So diorang masih lagi boleh pegang menggunakan tapak tangan ?
8-10 bulan
Bila anak dah boleh pegang menggunakan jari, dah boleh mula potong finger foods kepada size yang lebih kecik. Tapi pastikan makanan tu cukup lembut dan kita sentiasa ada untuk memantau.
Seronok sebenarnya bila anak dah pandai makan ni. Macam-macam jenis makanan mama boleh eksperimen. Tapi kena pastikan yang sesuai dengan anaklah. Lembut, mudah telan, mudah gigit. Pastikan saiz potongannya betul okay? Selamat mencuba!
Sumber : Nur Najwa Hamali
BACA LAGI TEKSTUR MAKANAN YANG BETUL BOLEH BANTU BAYI CEPAT BERCAKAP
Pesan Mama Siti
Apa pun finger food yang mama beri pada si manja, pastikan mama ada bersama dengan si manja. Bukan apa, ini bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya perkara yang tak diingini. Jika anak tercekik sekurang-kurangnya mama ada disitu untuk buat sesuatu. Betul tak?