KelabMama

“Betul ke?” Fakta & Mitos Mengenai Susu Ibu Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

“Eh, anak asyik you meragam jerr, mesti lapar ni!”

Mama:

“Hmm, tapi I dah bagi susu badan cukup sampai dia sendiri yang stop sebab dah kenyang.”

“Oh, kalau macam tu susu you tak cukup nutrisi sebab tu anak tak kenyang lama. Maybe you kena topup susu formula biasa since susu badan you kurang khasiat.”

Biasa tak Mama dengar pendapat begini? Ini antara mitos mengenai kualiti susu ibu yang sering dikaitkan dengan tahap immunity seseorang bayi pada seorang ibu yang menyusu atau breastfeeding.

Apabila bayi mudah jatuh sakit, maka ibu itu akan dituduh seolah punca daripada susu ibu yang dianggap tidak berkhasiat. Hakikatnya, tiada susu badan yang mempunyai kandungan tidak baik atau kurang memberi khasiat kepada anak-anak.

Malah, kajian membuktikan susu ibu adalah minuman terbaik di dunia yang tidak boleh ditandingi dengan mana-mana susu lain di pasaran.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa mitos sering dikaitkan dengan bayi, susu badan dan si ibu hingga menimbulkan kebimbangan untuk para ibu yang menyusu secara terus.

4 Mitos Berkenaan Susu Ibu & Fakta Sebenar

1. Susu Mengandungi Angin Sekiranya Ibu Makan Makanan Yang Berangin

Antara menu yang sering dikaitkan dengan punca tubuh berangin adalah ubi kayu, buah nangka, buah cempedak dan beberapa lagi menu lain.

Justeru, makanan ini adalah dilarang untuk ibu menyusu kerana bimbang si kecil akan kembung perut atau tubuh juga berangin lantaran penghasilan susu berasaskan makanan tersebut.

FAKTA: Faktanya adalah, susu ibu TIDAK mengandungi angin dan ia selamat untuk bayi walaupun ibu itu hanya makan ubi kayu, ubi kentang dan seumpamanya. Yang berangin hanyalah tubuh si ibu, dan ia tidak menjejaskan susu badan itu sekalipun.

2. Kualiti Susu Ibu Terjejas Jika Ibu Makan Sumber Tak Sihat

FAKTA: Menurut perkongsian daripada Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Professor Dr Imelda Balchin berkata, khasiat susu ibu TIDAK terjejas meskipun ibu itu makan junk food. Kualiti susu badan tetap paling terbaik berbanding susu formula.

Bagaimanapun ujar beliau, makanan yang tidak sihat harus dielakkan bagi menjaga kesihatan si ibu dan serta amalan gaya hidup sihat.

3. Jika Susu Ibu Cair, Maka Ia Tiada Khasiat

Sama seperti point di atas, tiada susu lain yang boleh menandingi khasiat susu ibu. Maka, adalah tidak relevant sekiranya susu yang cair (foremilk) dianggap tidak bernutrisi untuk si kecil.

Proses pengeluaran susu badan adalah bermula daripada jenis foremilk dahulu sebelum disusuli susu hindmilk di pertengahan sedutan bayi hingga susu itu habis. Maka, susu hindmilk mempunyai kandungan sedikit pekat dan warna putih asli, berbanding foremilk yang berwarna putih kejernihan seperti air kelapa.

Bagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat foremilk adalah tidak berkhasiat dan menyarankan si ibu untuk membuang susu yang cair itu terlebih dahulu sebelum memulakan feeding session ketika susu hindmilk mula mengalir.

FAKTA: Faktanya adalah, foremilk mengandungi air dan laktosa yang tinggi dimana penting untuk tenaga, perkembangan otak bayi serta membantu menghilangkan rasa dahaga bayi.

Manakala hindmilk pula membantu proses tumbesaran dan menjadikan bayi kenyang disebabkan kandungan lemak penting yang terkandung di dalamnya.

Jadi kekurangan foremilk boleh membuatkan bayi mengalami dehidrasi dalam badan dan tidak cukup susu hindmilk pula sudah tentu menjejaskan tumbesaran bayi. 

4. Susu Kiri Kanji, Susu Kanan Air

“Eh jangan biarkan baby minum one side jer, kalau boleh biar balance bagi susu tu both sides. Kalau dia dah kenyang, you kena pujuk jugak minum sikit dari another side supaya anak dapat khasiat daripada kedua-duanya.”

Antara mitos yang popular adalah mengatakan bayi yang banyak menyusu di posisi kiri berisiko terlebih kanji dan akan kekurangan air dalam tubuh kerana nutrisi air berada di breast kanan.

FAKTA: Menurut fakta daripada laman web Hello Doktor, kedua-dua belah payudara menghasilkan jenis susu badan yang sama, iaitu terdiri daripada jenis kolostrum, foremilk dan hindmilk.

Tidak wujud istilah menyusukan bayi dengan payudara belah kanan lebih baik dari belah kiri atau sebaliknya kerana kedua-duanya sama penting di dalam proses penyusuan.

Kalau ada lagi yang ‘nasihat’ mitos-mitos penyusuan ni dekat Mama, Mama boleh ignore je. Kalau Mama rasa ragu-ragu, jangan malu untuk mendapatkan nasihat pakar.


Kredit gambar: Motherhood.com.my

Bagi Mama yang masih aktif menyusukan si manja, jom sama-sama kita sertai acara Breastfeeding Pledge TERBESAR yang dianjurkan Motherhood.com.my di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor.

Jangan lupa untuk pledge dan tunjukkan sokongan anda mengenai breastfeeding bersama mak-mak yang lain. Setiap pledge bakal menerima sijil penyertaan dan mereka yang dapat menghadirkan diri di Tropicana Gardens Mall nanti akan turut menerima sebuah goody bag bernilai RM100*!

Daftarkan penyertaan dan ikrar Mama sebagai seorang breastfeeding mom di SINI hari ini.

*Tertakluk kepada terma & syarat


Dapatkan lebih banyak tips penyusuan yang lain di SINI.