KelabMama

Keras Kepala! 11 Fakta Menarik Anak Kelima Yang Mama Perlu Tahu

fakta anak kelima

Anak kelima lahir dengan pelbagai fakta yang mungkin tidak ada pada anak-anak lain. Mereka memiliki banyak kelebihan dalam peribadinya. 

Namun, tak kurang juga dengan perangai yang tidak disukai orang-orang. Apa agaknya yang membuatkan orang mendekat dan menjauh dengan anak nombor lima ini. 

Semuanya ada dalam perkongsian kali ini. 

11 Fakta Anak Kelima Dalam Keluarga

#1 Perihal Cinta

Kredit gambar: iStock

Anak kelima ialah orang yang sering mendapat nasib baik dalam percintaan. Mereka tergolong di kalangan orang-orang yang setia. 

Namun begitu, acapkali juga cinta mereka dikhianati oleh kekasihnya. Sebagai ganti, anak kelima mendapat kasih sayang tak terbanding daripada ahli keluarganya.

#2 Mencari Perhatian

Dilahirkan sebagai anak bongsu dengan ramai adik-beradik, anak kelima ini suka mencari perhatian orang sekeliling. 

Mereka melakukan pelbagai cara supaya dirinya mendapat perhatian yang diperlukan. Sama ada itu dari ahli keluarga, rakan-rakan atau teman istimewa.

#3 Berdikari

Anak kelima ini lebih suka melakukan segala-galanya sendiri selagi mampu. Contohnya, ketika mereka berjalan jauh. 

Semuanya dilakukan sendiri, mereka akan membuat persiapan sebelum memulakan perjalanan. 

#4 Rapat dengan Ibu Ayah

Kredit gambar: iStock

Mereka cenderung berkongsi apa sahaja dengan ibu dan ayahnya. Boleh kata, ibu dan ayah ialah sahabat karib yang akan diberitahu apa yang mereka lalui pada hari itu.

Oleh itu, anak kelima juga merupakan orang yang manja antara adik-beradiknya yang lain. Ibu dan ayah ialah orang yang mereka paling percaya seumur hidupnya. 

#5 Kuat Pendirian

Satu perkara yang kita semua perlu sabar jika berhubungan dengan anak kelima ialah mereka sangat cerewet. 

Dia mempunyai logik dan penilaiannya sendiri yang dianggap benar pada dirinya. Namun begitu, mereka tetap terbuka dengan pendapat orang lain asalkan ianya dilakukan dengan cara yang betul. 

#6 Suka Bersendiri

Kredit gambar: Adobe Stock

Pada satu-satu masa, anak kelima perlukan masanya sendiri. Apabila ada perkara rumit yang perlu diselesaikan, anak kelima akan menjauhkan diri dari orang ramai dan berusaha mendapatkan jalan penyelesaian. 

#7 Mengambil Berat

Anak kelima akan menjadi orang terawal memberi pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan. Disebabkan peribadi dirinya itu, dia kadang-kala menjadi ‘people pleaser’ iaitu mendahulukan orang lain sehingga mengabaikan dirinya sendiri. 

#8 Susah ‘Move On

Kredit gambar: Vecteezy

Mereka orang yang setia. Kasih-sayang yang diberikan kepada rakan, pekerjaan dan kekasihnya tulus dari hati. 

Oleh kerana itu, apabila ada perpisahan mereka perlukan masa tambahan untuk mengembalikan diri dan pulih dari kesakitan itu. 

#9 Keras Kepala

Seiring dengan fakta yang anak kelima merupakan seorang yang kuat pendirian. Dia juga seorang yang keras kepala. 

Kalau putih katanya, putih lah. Cara untuk melembutkan hati mereka ialah memberikan logik dan kajian sahih terhadap sesuatu perkara. 

#10 Ego

Dia lebih suka melakukan apa yang difikirkannya betul dan tidak mahu mendengar cakap orang lain. Sifat pentingkan diri anak kelima malah sudah sebati dan menjadi ciri utama anak kelima ni tau.

Perangai mereka yang satu ini membuatkan orang tidak selesa dan menjauhkan diri darinya. 

#11 Ceria

Walaupun ada beberapa fakta tentang anak kelima dianggap negatif, ketahuilah mereka sebenarnya seorang yang ceria. 

Dia seorang yang mudah terhibur, mudah ketawa dan mudah membuat orang tersenyum. 

Kredit gambar: iStock

Sebenarnya anak kelima merupakan anak yang baik. Mungkin disebabkan faktor sekeliling yang menyebabkan mereka memiliki fakta yang lain dari lain. 

Semoga perkongsian ini membantu Mama mengukuhkan hubungan persahabatan, kekeluargaan dan percintaan dengan anak nombor lima. 


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan lebih banyak tips keibubapaan dan rumah tangga di SINI!