Kedudukan dalam keluarga boleh mempengaruhi sikap dan personaliti seseorang. Ianya disebabkan oleh kematangan ibu bapa dalam mendidik anak, taraf ekonomi dan pengaruh adik-beradik. Inilah beberapa fakta mengejutkan tentang anak keempat yang mungkin Mama tidak sangka sebelum ini.
Senarai Fakta Anak Keempat
Fakta yang Mama Siti kongsikan ini mungkin tidak wujud sepenuhnya pada anak keempat. Disebabkan keunikan mereka, menjadikan anak keempat seorang yang lain berbanding adik-beradik dan rakan-rakan seumurnya.
#1 Merahsiakan Percintaan
Anak keempat jarang berkongsi perihal hubungan kepada orang lain. Mereka akan meletakkan sempadan berkaitan hubungan peribadi daripada berkongsi kepada semua ahli keluarga.
#2 ‘Goal Achiever’
Putus asa tidak ada dalam kamus hidup anak keempat. Cuma sahaja caranya berbeza dari kebiasaan. Selagi belum dicapai, selagi itu mereka tidak berhenti.
#3 Takut Serlahkan Diri
Anak keempat sentiasa dituntun untuk menjadi seperti abang atau kakaknya. Ada kalanya permintaan orang sekeliling tidak bersesuaian dengan personaliti mereka.
Disebabkan itu, anak keempat sering menghindarkan diri kerana takut gagal sekali lagi.
#4 Ambil Berat
Anak keempat ialah anak yang melihat ahli keluarganya yang lebih tua melayani ahli keluarga. Jadi, mereka juga terikut-ikut dengan sifat mengambil berat seperti yang dilakukan ahli keluarga lain.
#5 Suka Barang Percuma
Disebabkan sering menggunakan pakaian dan barang-barang daripada adik-beradik yang lebih tua. Maka sifat itu berlanjutan sehingga menjadikan mereka sukakan barangan percuma.
#6 Mesra
Anak keempat dilahirkan dengan personaliti peramah. Sifat semula jadi ini memberikan kelebihan soft skill kepada anak keempat.
#7 Penyayang
Tidak dinafikan anak keempat memang seorang yang penyayang terutamanya dengan ibunya sendiri.
Bahkan, ikatan anak keempat dengan ibunya lebih dekat berbanding anak sulung dan anak bongsu.
#8 Pelupa
Walaupun tidak berlaku kepada semua anak keempat, fakta ini adalah kerana mereka mempunyai tabiat meremehkan sesuatu perkara.
#9 Penghibur Terbaik
Merupakan seorang ‘mood changer’ yang berupaya menghiburkan seseorang. Disebabkan karakternya yang mudah bergaul, anak keempat inilah anak keempat disenangi ramai.
#10 Berdikari
Anak keempat mempunyai keazaman yang kuat terhadap apa yang mereka mahukan. Mereka lebih memilih berusaha sendiri berbanding meminta sesuatu kepada orang lain.
#11 Sukar Difahami (Unpredictable)
Ada kalanya emosi mereka sukar dijangkakan. Ada masa sangat baik dan ada juga masa menjadi sensitif.
Oleh kerana itu, ramai yang sukar memahami mood anak keempat. Ada kalanya mereka selalu disalahkan pada perkara yang mereka tidak lakukan.
#12 Ceria
Sesetengah anak keempat merupakan seorang yang sangat ceria. Mereka sangat jarang mendedahkan perasaan sedih sebaliknya hanya memendam nya sendiri.
#13 Kerja Keras
Anak keempat tidak mudah patah semangat, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diinginkan.
Nilai peribadi anak keempat yang satu ini membantu melancarkan proses kehidupannya.
#14 Sensitif
Pada sisi negatifnya, anak keempat seorang yang reaktif dan mudah terasa. Namun di sisi positifnya, mereka boleh menjangkakan perubahan mood orang sekeliling.
#15 ‘Burung Hantu’ (Nocturnal)
Anak keempat suka tidur lewat kerana otak mereka lebih aktif di waktu malam berbanding waktu siang.
#16 Fleksibel
Apabila ada keadaan yang tidak berlaku seperti yang dirancang, anak keempat lebih suka berkata, “oh, baiklah.”
Mereka tidak ingin merumitkan keadaan dengan menyalahkan orang atau keadaan.
Memang tidak dinafikan, setiap individu dan setiap kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia mempunyai personaliti yang unik dan berbeza antara satu sama lain.
Semoga perkongsian ini membantu kita lebih memahami fakta-fakta anak keempat.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan lebih banyak tips keibubapaan dan rumah tangga di SINI!