Hampir semua wanita di muka bumi ini akan menjadi seorang ibu, kalau bukan ibu kepada seseorang pun, ibu kepada haiwan peliharaan. Sebagai ibu baru pun, Mama akan melalui pelbagai rintangan seperti menyediakan diri dengan mental dan fizikal untuk menjadi seorang ibu. Senarainya mungkin berjela-jela hingga Mama pun pening nak fokuskan dekat Mama terlebih dahulu.
Sebelum bayi lahir, Mama kena siap sediakan kesihatan dan pemakanan yang seimbang untuk bayi lahir sihat dan kuat. Segala jenis vitamin dan nutrien perlu disediakan. Selepas si manja lahir pun, Mama harus memenuhi segala keperluan mereka.
Tetapi semua orang akan menjadi ibu pertama kali dan semuanya pengalaman baru untuk Mama. Jom tengok beberapa rintangan yang Mama akan lalui untuk menjadi seorang ibu.
“Kehidupan seorang ibu adalah kehidupan seorang anak: kamu adalah dua kuntum pada satu cabang.”
—Karen Maezen Miller
Adakah Info Yang Mama Cari Adalah Sahih?
Terdapat pelbagai info dan maklumat tentang keibuan, ilmu keibubapaan yang boleh diperoleh di internet. Google apa-apa pun, terus keluar jawapan. Tetapi tidak semua info adalah sahih untuk ibu pertama kali. Sebab itulah pentingnya membaca. Dan semua maklumat itu mungkin akan menjadi keterlaluan untuk Mama hadam dan fahamkan.
Nasib baik Mama ada Motherhood.com.my! Motherhood sentiasa berada dengan Mama sebelum, semasa dan selepas perjalanan kehamilan Mama. Motherhood sentiasa menyediakan info terkini dan sahih tentang keibuan sebab kita faham akan rintangan seorang ibu baharu.
Pelbagai jenis info yang Mama akan dapat jika membaca di blog Motherhood seperti:
Dan macam-macam lagi. Motherhood juga pentingkan kesihatan Mama, sebab tulah mereka menyediakan pelbagai panduan untuk Mama. Bukan setakat membaca, terdapat video temu bual eksklusif seperti AskMeDoctor dan MoneySmartMama yang dapat membantu Mama memiliki semua info yang Mama perlu tahu. Dengan video pun Mama dapat serap lebih banyak info yang diberikan.
Bak kata orang sekarang, informasi dihujung jari sahaja!
Mencari Geng Ibu-Ibu
Selain itu, disini juga banyak sharing yang dikongsikan oleh para Ibuencers seperti menceritakan pengalaman unik dan menarik mereka menjadi seorang ibu. Memang Mama akan rasa sedikit keseorangan sebab perjalanan untuk menjadi seorang ibu adalah sukar yang tidak dapat dibandingkan.
Dengan mengikuti group para ibu, Mama dapat kaitkan pengalaman Mama bersama mereka yang melalui rintangan dan cabaran yang sama. Motherhood Facebook dapat membantu Mama untuk dapatkan info yang terkini tentang keibuan dan keibubapaan. Perasaannya tiada tandingan dengan berhubung dengan orang yang faham akan struggles Mama.
Ikuti sekarang untuk mendapatkan petua daripada ibu-ibu yang berpengalaman kerana setiap pengalaman adalah berbeza.
Apa Yang Perlu Dibeli Untuk Si Manja
Eh, mesti pening nak beli yang mana satu kan Mama? Dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan, Mama mestilah nak yang terbaik kan? Kita pasti inginkan barangan yang dipercayai dan bagus untuk kesihatan dan perkembangan anak-anak kita.
Motherhood menyediakan pelbagai jenis jenama yang dapat Mama terokai. Bukan sahaja jenama besar, Mama juga dapat membeli-belah barangan bayi mengikut umur mereka. Motherhood sentiasa memenuhi keperluan anda sepanjang masa dengan tawaran dan pilihan yang berlipat ganda.
Dimanakah Untuk Kita Cari Semua Ini?
Alamak! Mana nak cari semua ini? Haa, Mama boleh layari halaman utama Motherhood untuk mendapatkan semua barangan tersebut yang bukan sahaja terhad kepada bayi dan kanak-kanak, tetapi, untuk Mama pun ada tau!
Daripada barangan mandian, dengan tawaran yang terbaik di pasaran, sehingga kelas-kelas menarik untuk Mama! Motherhood turut menawarkan kelas-kelas untuk Mama seperti kelas antenatal sebagai sebahagian daripada program ParentCraft Motherhood dimana Mama akan mempelajari cara untuk menjadi ibu bapa terbaik untuk si manja nanti!
Pilihan Terbaik Semestinya Dari Mama!
Dengan pelbagai pilihan yang ada di pasaran, Mama mesti perlukan pertolongan untuk membuat pilihan yang terbaik kan? Siapa yang kita perlu percaya kalau bukan dari Mama sendiri kan? Daripada banyak-banyak pilihan itu, kita dapat kurangkan pilihan supaya Mama tidak pening lagi.
Sebab itulah Motherhood mengadakan ‘Motherhood Choice Awards 2022‘ untuk membantu ibu-ibu membuat pilihan yang terbaik dalam pembelian mereka. Jangan tunggu lagi Mama! Hantarkan undi Mama untuk Motherhood Choice Awards tahun ini sekarang dan bantu mak-mak lain memilih produk dan barangan terbaik untuk si manja mereka.
Bukan itu sahaja Mama! Kita ada tawaran yang menarik untuk Mama. Selepas Mama mengundi, Mama akan mendapat e-baucar bernilai RM10 untuk Mama berbelanja di Motherhood.com.my. Dapatlah diskaun bila Mama add to cart tu~ Jangan lengah masa lagi Mama, jom vote sekarang juga!