“Abang, tengok ni, macam makin merah je kulit princess kita ni. Risau saya dibuatnya.”
Sama seperti bayi yang dilahirkan dengan kulit yang sensitif dan memerlukan lebih perhatian dan penjagaan rapi, anak bongsu Mama Siti pun tidak terkecuali. Ada masa, kulitnya menjadi kemerah-merahan, gatal, dan mengelupas.
Risau saya dan suami dibuatnya kerana kami tahu adakalanya dia sebenarnya berada dalam kesakitan atau kepedihan kerana kulitnya yang kering dan sensitif. Jadi, banyak kajian, konsultasi, tips dan rawatan yang telah kami lakukan untuk memahami dan mengurangkan kekeringan kulit sensitif si manja.
Untuk memudahkan dan membantu Mama dan Papa yang sedang melalui keadaan yang sama, izinkan saya kongsikan beberapa info dan fakta menarik tentang kulit sensitif bayi dan bagaimana anda dapat membantu si manja anda.
Punca Utama Kulit Si Manja Sensitif
- Tahap Sensitif Kulit Bayi
Tahap sensitiviti kulit bayi adalah sangat berbeza, justeru mereka memerlukan penjagaan pembersihan yang sangat lembut dan tidak mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan kulit mereka lebih terdedah kepada kekotoran dan jangkitan kuman.
Secara umumnya, kulit mempunyai tiga lapisan kulit iaitu epidermis, dermis dan lemak manakala permukaan yang paling atas dan paling terdedah dipanggil stratum corneum.
Jika lapisan stratum corneum terjejas, ia akan menyebabkan kulit tidak dapat menyimpan kelembapan dan mudah terdedah kepada kuman yang mengundang ketidakselesaan kulit kepada bayi.
- Persekitaran
Dalam pada itu, faktor persekitaran juga turut memainkan peranan, terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar. Hal ini kerana udara dan keadaan di kawasan pertumbuhan pesat kota metropolitan yang berhabuk mudah memudaratkan kesihatan kulit bayi.
Jika kulit si manja mudah mengalami kemerah-merahan, ia mungkin disebabkan bayi Mama sebenarnya alah kepada mana-mana kotoran yang dibawa oleh angin.
- Faktor lain dan Produk Pembersihan
Faktor lain termasuklah seperti tindak balas peluh, susu ibu, air liur dan juga kesan najis yang boleh mempercepatkan iritasi berlaku pada kulit bayi.
Produk pembersihan badan si manja juga merupakan salah satu faktor utama alergen yang biasa menyebabkan kulit bayi sensitif. Sebenarnya, tak semua produk yang dihasilkan untuk bayi baru lahir mahupun kanak-kanak mengambil kira penggunaannya pada bayi dengan kulit sensitif.
Produk-produk ini mungkin mengandungi bahan pengawet, pewangi, dan juga minyak pati yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit si manja. Oleh itu, penggunaan produk yang betul dapat membantu mengekalkan kelembapan dan membantu memulihara kulit si manja.
Jika kulit anak Mama sensitif seperti anak bongsu Mama Siti, jangan gunakan sebarang sabun atau produk pembersih yang mengandungi wangian, bahan pewarna atau bahan kimia yang membahayakan.
Sebaliknya, Mama boleh menggunakan produk mandian bayi yang lembut seperti QV Baby Gentle Wash.
QV Baby Gentle Wash – Pilihan Ibu-ibu Untuk Kulit Sensitif Si Manja
Setelah beberapa penggunaan, Mama Siti boleh katakan QV Baby Gentle Wash yang amat sesuai untuk kulit sensitif si manja saya. QV Baby Gentle Wash mengandungi vitamin B3, bebas bahan pewarna dan pewangi, dan mengandungi pH yang seimbang, khusus untuk kulit sensitif si manja.
Tambahan pula, 99% ibu-ibu di Malaysia setuju bahawa QV Baby Gentle Wash dihasilkan dengan formulasi yang sangat lembut sehingga mereka boleh menggunakannya pada bayi mereka dari Head-To-Toe*.
*Kajian dijalankan oleh Buchanan bagi pihak Ego Pharm Malaysia Sdn Bhd, 22 Oktober – 27 November 2020, ke atas 279 bayi di Malaysia. Ulasan diberikan oleh ibu-ibu yang menerima dan mencuba QV Baby Gentle Wash pada bayi mereka yang berumur 0-36 bulan selama 7 hari.
QV Baby Gentle Wash juga adalah ‘soap-free’ yang membersihkan dan melembapkan kulit si manja setiap hari. Mama Siti pun rasa seronok setiap kali memandikan si manja dengan QV Baby Gentle Wash yang lembut ini, disamping mengeratkan hubungan dan ikatan kami berdua, melalui sentuhan kulit ibu ke kulit anak tersayang.
Mama hanya perlu sapukan QV Baby Gentle Wash pada kulit basah si manja, kemudian, sambil Mama bersihkan kulitnya, jangan lupa untuk urutkan badan si manja dengan perlahan-lahan. Kemudian bilas bersih dan keringkan.
QV Baby Bath Oil
Sekiranya kulit si manja Mama sangat kering, mengelupas, dan/atau jenis yang terlalu sensitif, Mama Siti syorkan produk pembersih QV Baby yang lagi satu, iaitu QV Baby Bath Oil. QV Baby Bath Oil adalah non greasy dan diformulasikan tanpa bahan-bahan berbahaya yang boleh menyebabkan iritasi dan melembapkan sambil membersihkan kulit si manja.
Kandungan vitamin E dalam QV Baby Bath Oil pula membantu memelihara ‘skin barrier’ semula jadi si manja dan memberikan kelembapan dan perlindungan, menjadikannya pilihan sesuai bagi si manja dengan kulit yang sangat kering atau sensitif.
Mama boleh tambah 1 penutup QV Baby Bath Oil ke dalam bathtub si manja atau tuangkan di atas tangan dan kemudian tambahkan sedikit air dan sapukan pada badan si manja. Bersihkan dan lap kering.
Setiap Sentuhan Membawa Bahagia & Meninggalkan Memori Indah
Yang penting, sambil Mama membersihkan kulit si manja, Mama boleh lakukan sedikit urutan bagi memperkuatkan rasa kasih dan sayang Mama pada si manja kerana setiap sapuan membawa bahagia.
Walaupun mungkin hanya dalam beberapa minit, namun saat-saat indah begini dapat mengeratkan hubungan kita dengan cahaya mata kita dan seterusnya meninggalkan memori yang tak dapat dilupakan. Nanti bila anak dah besar, pasti kita rindu momen indah kita mandikan si manja kita semasa mereka kecil.
Kalau Mama tak percaya, Mama boleh lihat review Mama lain yang sudah menggunakan QV Baby Gentle Wash menerusi program #MamaCubaTry bersama Motherhood.com.my DI SINI. Mama juga boleh mendapatkan info lanjut mengenai QV Baby Gentle Wash dengan melayari laman rasmi QV Baby Gentle Wash hari ini.