Energizer Malaysia memperkenalkan bateri syiling litium pertama di dunia dengan teknologi tiga lapisan untuk keselamatan kanak-kanak ke pasaran Malaysia, yang memberikan tahap keselamatan yang tinggi untuk rumah anda.
Menjadikan rumah selamat untuk kanak-kanak adalah keutamaan, namun terdapat bahaya tersembunyi dalam ruang harian, seperti bateri-bateri kecil yang digunakan dalam barangan-barangan di rumah.
Tetapi sebesar manakah bahaya yang boleh disebabkan oleh sesuatu yang kecil seperti bateri? Menurut satu kes di Malaysia, kecederaan teruk boleh berlaku kerana diagnosis yang tertangguh, kerana kebanyakan pesakit jabatan kecemasan yang telah menelan bateri tidak menunjukkan gejala atau hanya tanda-tanda yang tidak jelas dan tidak spesifik1.

Memahami risiko ini, Energizer Malaysia mengekalkan komitmennya terhadap keselamatan bateri dengan pelancaran kempen “Know The Risks, Protect Your Kids” dan memperkenalkan bateri sel syiling litium terbaharunya dengan sistem keselamatan 3-dalam-1 Child Shield™ untuk perlindungan tambahan di rumah-rumah Malaysia.
“Energizer adalah jenama bateri pertama di dunia yang memperkenalkan pembungkusan kalis kanak-kanak untuk bateri sel syiling litiumnya, menampilkan tiga lapisan sistem keselamatan kanak-kanak yang direka khusus untuk menawarkan perlindungan tambahan terhadap risiko-risiko seharian. Inovasi kami termasuklah teknologi amaran warna pertama di dunia, yang direka untuk membantu penjaga mengenal-pasti jika ada kemungkinan bateri ditelan dan perlu mendapatkan rawatan perubatan segera. Sebagai peneraju industri, kami di Energizer ingin mempertingkatkan keselamatan bateri secara berterusan. Kami akan terus mengetuai perbincangan-perbincangan mengenai pencegahan kemalangan di rumah dan melindungi kanak-kanak,” kata Diane Lee, Pengarah Perniagaan, Malaysia & Singapura, Energizer Holdings Inc.

Di majlis pelancaran bateri ini, Dr Wong Yee Ming, Pakar Perunding Pediatrik dari Columbia Asia Hospital Bukit Jalil, berserta Diyana Hashim, Pauline Tan, dan Chelsea Ng, ibu bapa anak-anak kecil, telah mengambil bahagian dalam perbincangan panel untuk berkongsi cabaran sebenar yang dihadapi apabila kanak-kanak tertelan benda yang berbahaya, apa yang perlu dilakukan semasa kecemasan perubatan akibat tertelan objek, dan berkongsi penyelesaian praktikal untuk mewujudkan ruang yang lebih selamat untuk kanak-kanak di rumah.
Dr. Wong Yee Ming, Pakar Perunding Pediatrik dari Columbia Asia Hospital Bukit Jalil berkongsi, “Terdapat banyak bahaya yang tersembunyi di isi rumah, menjadikannya penting untuk meningkatkan kesedaran tentang potensi risiko untuk kanak-kanak. Objek-objek kecil, seperti bateri syiling litium, boleh menyebabkan kemudaratan yang serius jika tertelan. Kecederaan teruk boleh berlaku akibat kelewatan diagnosis, justeru insiden sedemikian perlu diberi perhatian perubatan dengan segera. Langkah-langkah seperti menyimpan barang berbahaya di luar jangkauan dan memilih produk yang selamat untuk kanak-kanak boleh memberikan perbezaan yang ketara.”
Sistem keselamatan 3-dalam-1 Child Shield™ daripada Energizer kini tersedia di seluruh rangkaian Ultimate Lithium Coin Battery 2032, 2025 dan 2016 dan telah direka bentuk sebagai pilihan bagi mereka yang ingin melindungi rumah mereka.
Sistem keselamatan 3-dalam-1 Child Shield™ baharu direka untuk membantu mencegah risiko bateri syiling litium kepada kanak-kanak dengan menggabungkan tiga ciri keselamatan utama ini:
- Pembungkusan Kalis Kanak-kanak: Energizer ialah jenama pertama yang melancarkan pembungkusan tahan kanak-kanak, yang menyediakan ciri keselamatan untuk membantu menghalang kanak-kanak daripada mengakses bateri dalam bungkusan.
- Salutan Pahit Tidak Toksik: Rasa pahit untuk keselamatan yang lebih baik, bateri syiling lithium Energizer kini mempunyai salutan pahit tidak toksik pada selnya untuk menghalang ia ditelan.
- Teknologi Amaran Warna BAHARU: Inovasi pertama dunia yang memperkenalkan keselamatan yang anda boleh lihat. Teknologi amaran warna baharu diaktifkan sebaik sahaja bateri berinteraksi dengan air liur, menyebabkan mulut menjadi biru dengan jelas dalam beberapa saat sahaja untuk memberi amaran kepada penjaga supaya mereka boleh mendapatkan rawatan perubatan dengan lebih cepat, mengikut keperluan.
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk mempromosikan keselamatan kanak-kanak, Energizer Malaysia juga akan mempamerkan inovasi terbaharunya di ekspo bayi terbesar di Malaysia, TCE Baby Expo, di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC) di Kuala Lumpur dari 17 hingga 20 April 2025 dan Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 26 hingga 28 September ini.
Keluaran terbaharu Energizer merangkumi kuasa teknologi untuk mengutamakan keselamatan kanak-kanak. Teknologi 3-dalam-1 Child Shield™ akan dilancarkan untuk seluruh rangkaian Energizer® Ultimate Lithium Coin Battery dan boleh didapati di pasar raya terkemuka dan dalam talian. Untuk maklumat lanjut, layari https://energizerchildsafety.com/3in1/malaysia/ .
Rujukan:
- Arifin, M.N.H. and S Retinasekharan, Delayed presentation of Button Battery Ingestion in a 6-year-old girl – A case report (2024), 4
Ketahui lebih menarik info yang menarik dan terkini untuk Mama Papa di SINI.