Awas Mama! Sekarang banyak dengar kes anak-anak sakit, wad di hospital pun semakin penuh. Memang musim sakit untuk anak kecil tambah lagi dengan kes COVID-19 yang meningkat. Alamak, risau betul Mama Siti!
Lagi merisaukan jika anak-anak sakit semestinya cabaran memberi si kecil makan ubat bukan? Kalau yang senang, senang lah. Kalau yang degil, bergelut dengan Mama pula? Macam-macam perangai sampai Mama pun tak tahu dah nak buat apa.
Untuk Mama yang perlukan tips, Mommy El ada kongsikan macam mana dia bagi anak lelakinya, Rayyan makan ubat.
Sakit Yang Berpanjangan
Isnin lalu, Mommy El memberitahu Instagram followers nya, Rayyan telah menghidap penyakit pneumonia. Elfira mengaku bahawa Rayyan sudah lama sakit dan sudah berjumpa dengan pelbagai doktor untuk menentukan penyakit apa yang menjangkiti anaknya itu.
Sampai ke hospital, doktor nasihatkan untuk buat x-ray, dan keputusannya menunjukkan Rayyan menghidap pneumonia. Sebelum masuk wad pun dah kena buat ujian COVID-19, kesian Rayyan. Sebelum warded doktor menyuruh Elfira untuk monitor dulu kerana ward pun sudah penuh.
Sementara itu, Elfira tekad berkongsi tentang bagaimana cara dia memberi anaknya ubat. Jom kita baca!
Dugaan Seorang Mommy El
Bila kena bagi Rayyan makan ubat sorang sorang ni, memang kena perketatkan permainan kita sebagai seorang ibu.
Cara-Cara Pemberian Ubat Yang Efektif
- Balut dia dan angkat kepala dia sedikit.
- Duduk atas dia bagi tangan tak gerak (Jangan duduk betul pulak).
- Pegang muka dia kuat kuat.
- Bagi dia nganga, spray ubat berdekatan dengan tekak dia (Near tu maksudnya dekat ye ibu ibu bukan pada) Cara ini jugak di demokan oleh Dr.
Sekian terima kasih.
Fuhhh mommy setiap kali bagi ubat, bukan sebab dia tapi sebab kaki mommy memang akan auto lemah bila tengok ubat. So ni memang cabaran paling mencabar.
Orang yang tak suka ubat, kena bagi orang lain makan ubat.
Untuk baca dengan lebih lanjut, boleh jemput tengok post Mommy El di bawah.
Wah, kesian Mommy Elfira struggle sangat bagi Rayyan makan ubat. Syabas Mama Siti ucapkan kerana berjaya bagi ubat dan siap kongsikan tips untuk Mama di luar sana untuk cuba. Bukan senang nak bagi ubat dekat si manja, meragam lagi menangis lagi, adui pening dibuatnya!
Kini, Rayyan pun berada di hospital dan harap-harap semakin pulih. Banyak cabaran Mommy Elfira dan suami tetapi mereka tetap berusaha untuk selagi boleh. Mama Siti turut mendoakannya.
Harap-harap perkongsian ini bermanfaat untuk Mama dan sekeluarga. Dengan pertolongan Encik suami juga mesti Mama akan berjaya! Sekarang musim kanak-kanak banyak masuk hospital dan sakit. Mama jaga diri tau! Selamat mencuba!