KelabMama

Elak Tersilap Dos! Tips Beri Ubat Kepada Kanak-Kanak

Coretan Mama Siti kali ni akan membincangkan tips efektif daripada Encik Fahmi Hasan untuk beri ubat pada si manja mama mengikut dos yang betul. Tapi, sebelum tu Mama Siti nak tanya, macam mana mama bagi ubat pada anak mama? Ha, cuba ingat balik waktu mama mengalami kesukaran masa anak mama sakit dulu.

Bila si kecil sakit, benda yang paling susah untuk kita hadapi mestilah time sesi makan ubat. Perit betul melalui sesi tersebut. Nak buat macam mana, kalau yang betul-betul degil tu, sampai terpaksa pegang tangan dan kaki semata-mata nak makan ubat. Ada juga yang jenis makan ubat sikit-sikit. Ada pula yang telan sikit saja dah muntah. Terpaksa lah mama ambil dos lain.

Tapi sebenarnya penting untuk kanak-kanak dapat dos yang tepat. Tapi kalau terlebih dos boleh membahayakan. Kurang dos pula buat ubat tidak berkesan. Mama nak tahu alat apa yang patut digunakan untuk beri ubat kepada anak?

1- Picagari (syringe)

Sesuai untuk beri ubat kepada kanak-kanak sejak dari bayi. Ia ada senggatan untuk ukur dos dengan tepat. Pastikan nombor di senggatan tu jelas kelihatan. Pancut ubat dengan perlahan dan terkawal ke arah dalam pipi untuk elakkan bayi tersedak.

Cari picagari yang sesuai dengan anak seperti plastik, saiz kecil dan ada muncung.

2- Penitis (dropper)

Alat ini juga sesuai untuk bayi. Konsepnya sama dengan picagari. Ada senggatan untuk mengukur dos. Biasanya satu picitan dropper sudah dibuat untuk mengukur satu dos. Tapi semak dahulu jumlah dos sebelum beri kepada bayi/anak.

Penggunaan penitis dapat mengurangkan rasa ubat sekiranya ubat dipancutkan ke arah dalam pipi ataupun bawah lidah.

3- Dosage Cup (bekas pengukur)

Sesuai untuk kanak-kanak yang sudah boleh minum dari cawan. Ia boleh ukur ubat dengan jumlah yang lebih besar. Senggatan di dosage cup mungkin tunjuk isipadu dalam ml atau mengikut ukuran sudu.

Bekas pengukur digunakan untuk kanak-kanak yang sudah boleh minum menggunakan bekas.

4- Sudu

Yang terakhir dan paling biasa digunakan adalah sudu. Guna sudu mudah, tapi ada risiko dos kurang tepat. Sukatan untuk sudu:

Penggunaan sudu akan menyebabkan sukatan untuk ubat cecair tidak tepat dan akan menyebabkan kesukaran menentukan dos.

Pemilihan alat pendosan yang betul dapat memastikan ubat diberi dalam dos yang tepat. Selain itu, ia akan memudahkan proses pemberian ubat dan mengurangkan risiko ubat tertumpah sewaktu ubat diberikan. Keliru tentang ubat? Tanya saja ahli farmasi. Mereka mesti boleh tolong!

Sumber: Fahmi Hassan

BACA JUGA CARA BERI SI KECIL UBAT PUNGGUNG, UBAT SAPU ATAU UBAT TITIS

Pesan Mama Siti:

Jadi, pilihlah alat yang sesuai mengikut umur anak mama dan yang paling penting, mama perlu peka dengan dos yang disarankan. Jangan ikut suka hati saja dan jangan pula memaksa! Rumah boleh jadi macam kapal pecah kalau anak mama menberontak tak nak makan ubat.