Kanak-kanak perempuan yang berat badannya kerap dikritik dan menjadi ejekan ibu bapa atau rakan-rakannya, cenderung untuk membesar sebagai remaja atau gadis gemuk. Anda mungkin boleh menggunakan panggilan lain yang lebih sopan selain menggelar mereka gemuk walaupun hakikat tubuh badan mereka sememangnya gempal. Kesan yang mereka alami terutama kanak-kanak perempuan yang sudah ada sifat malu dalam diri lebih hebat daripada yang anda sebagai orang dewasa tahu.
- Kajian oleh Dr. Janet Tomiyama dari University of California, Los Angeles, Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun kerap dipanggil gemuk oleh ibu bapa atau rakan-rakannya, bermaksud dia mempunyai risiko hampir dua kali ganda untuk berkemungkinan membesar sebagai remaja gemuk pada usianya 19 tahun nanti. Kajian mendapati perbuatan mengkritik atau melabel gemuk ke atas kanak-kanak perempuan pada usia tersebut boleh membuatkan dia tertekan sehingga makan terlalu banyak.
- Fakta tersebut telah diperoleh hasil kajian ke atas 1,213 kanak-kanak perempuan Afrika-Amerika dan 1,166 kanak-kanak perempuan berkulit putih, yang mana 58 peratus daripada mereka dilabel gemuk oleh rakan-rakan, adik-beradik,saudara-mara, guru atau rakan-rakan. Ketinggian dan berat badan mereka diukur untuk dibuat perbandingan pada usia 10 dan 19 tahun. Hasil kajian mendapati kanak-kanak perempuan yang digelar gemuk adalah 1.66 kali lebih cenderung untuk menjadi gemuk pada usia 19 tahun.
- Selain itu, lebih ramai orang yang memanggil mereka gemuk, risiko mereka menjadi gemuk semakin tinggi. Kajian Dr. Tomiyama yang disiarkan dalam jurnal pediatrik JAMA, mengulas bahawa berat badan seorang gadis pada peringkat awal usia sebenarnya sangat produktif. Katanya, hanya disebabkan dia dilabel sebagai gemuk memberi kesan yang boleh diukur hampir satu dekad kemudian. Walaupun selepas kami mengeluarkan statistik mengesan faktor lain seperti berat badan mereka sebenar, pendapatan, bangsa dan apabila mereka mencapai akil baligh, kesannya masih kekal,” katanya.
- Seorang lagi penyelidik Jeffrey Hunger, pelajar PhD dari Universiti California di Santa Barbara menambah, dilabelkan sebagai gemuk boleh menyebabkan mereka bimbang mengalami stigma dan diskriminasi yang dialami oleh individu berlebihan berat badan. Penyelidikannya menunjukkan bahawa mengalami atau menjangkakan berat badan stigma meningkatkan tekanan dan boleh membawa kepada makan berlebihan,” ujarnya.
- Satu kajian berasingan oleh Dr Tomiyama , yang diterbitkan dalam jurnal Social and Personality Psychology Compass, mendapati tiada kaitan antara diet dan kesihatan yang lebih baik. Beliau mendapati tiada berkait langsung dengan jumlah penurunan berat badan, sama ada kecil atau besar, dengan mana-mana hasil kesihatan. Semua orang menganggap bahawa kehilangan berat badan yang lebih banyak akan membuatkan anda lebih sihat, namun kadar kematian terendah tercatat pada orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Pada indeks jisim badan yang dilabel gemuk pada usia 30 tahun, tiada risiko peningkatan kematian,” kata Dr. Tomiyama.
Sumber: Agensi