Hai Papa & Mama! Dah mula rasa bahang raya? Mama Siti ada berita best untuk dikongsi – Sunway Pyramid bawakan satu acara raya yang super meriah iaitu EIDisi Manis!
Kalau Papa & Mama tengah fikir nak cari tempat best untuk shopping, berbuka puasa, cipta kenangan manis dan feeling suasana raya yang penuh glamour, Sunway Pyramid adalah destinasi wajib singgah tahun ni!
Bayangkan suasana meriah dengan dekorasi yang cantik, aktiviti menarik, dan pelbagai promosi yang menanti. Serius, tak lengkap sambutan raya kalau Papa & Mama tak jejak kaki ke sini; tempat sempurna untuk mencipta kenangan manis bersama anak-anak dan keluarga tersayang!

Tahun ini, Sunway Pyramid hadir dengan tema yang cukup unik iaitu “EIDisi Manis” yang menggabungkan elemen tradisi dan moden dengan penuh warna-warni!

Daripada dekorasi yang memukau hinggalah ke aktiviti menarik, bazar meriah, tawaran makanan hebat, serta inisiatif amal, semuanya ada di satu tempat dan disediakan khas untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri Papa & Mama sekeluarga!
Bila kempen ini akan berlangsung?
Kalau nak merasai suasana penuh kemanisan dengan penuh nostalgia, Papa & Mama boleh mula berkunjung ke Sunway Pyramid bermula 7 Mac 2025 ini.
Semua dekorasi dan aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan bertempat di LG2 Orange Concourse & GF Oasis Lobby. Kempen ini juga akan berakhir pada 6 April 2025.
Jadi, Papa & Mama janganlah berlengah, 7 Mac nanti, teruslah bawa keluarga dan hebahkan kepada yang lain untuk bersama-sama berkunjung ke sini tau?
Jom Mama Siti kongsikan semua butiran menarik tentang kempen EIDisi Manis ini!
Apa yang Best di EIDisi Manis Sunway Pyramid?
Dekorasi EIDisi Manis Sunway Pyramid yang Mempesona
Seperti biasa, Sunway Pyramid tidak pernah mengecewakan dalam bab dekorasi perayaan! Tahun ini, Sunway Pyramid menyajikan tema yang pasti menggamit kenangan iaitu pencuci mulut dan kuih-muih tradisional sebagai simbol kebersamaan dan kegembiraan.

Bila sebut tentang kuih raya, siapa je yang tak teruja, kan? Manisnya kuih raya bukan sekadar pada rasa, tapi juga pada makna dalam menghidupkan suasana, mengeratkan silaturahim, dan mencipta momen indah bersama keluarga.

Sebaik sahaja melangkah masuk, Mama Siti yakin Papa & Mama pasti terpegun dengan hiasan bertemakan pencuci mulut manis – simbolik kemanisan perayaan raya! Kuih-muih tradisional digayakan dalam konsep moden, lengkap dengan warna-warna ceria yang memikat hati.
Dekorasi utama yang menampilkan elemen kuih-muih raya ini diinspirasikan daripada pelbagai juadah tradisional yang akan dihiasi dengan gaya moden seperti kuih kapit, dodol, dan bahulu tetapi tetap mengekalkan ciri keunikan budaya kita. Warna-warna ceria juga dipilih untuk menaikkan lagi mood raya yang penuh kemeriahan!
Papa & Mama boleh bergambar di insta-worthy spots yang diinspirasikan oleh keunikan biskut raya seperti tart nenas, kuih bangkit, dan dodol.
Bayangkan gerbang masuk dihiasi replika semperit bunga dahlia yang berwarna-warni, lantai yang menyerupai corak batik daripada lapisan kek lapis Sarawak, dan suasana kedai manisan klasik yang akan membawa Papa & Mama mengimbau kenangan zaman kanak-kanak!
Setiap sudut sesuai untuk bergambar – confirm feed media sosial Mama meletup dengan aura Raya!
Kolaborasi Eksklusif dengan Artis Tempatan – thatDania
Tahun ini, Sunway Pyramid berkolaborasi dengan illustrator & animator berbakat, Dania Mah a.k.a thatDania!

Siapa thatDania?
Dania adalah seorang illustrator dan animator bebas dari Kuala Lumpur yang dikenali dengan gaya seni yang ceria, berwarna-warni dan penuh humor. Karya beliau sering mengangkat tema permainan & kehidupan harian yang relatable.
Seronoknya! Papa & Mama mesti tak sabar nak tengok kejutan seni yang menanti, kan?
Keseronokan untuk Si Kecil dengan Aktiviti Raya Menarik!
Tak lengkap pengalaman raya tanpa aktiviti menarik! Papa & Mama serta anak-anak boleh mencuba pelbagai aktiviti interaktif di sini:
- Cetakan Foto & Check-in Instagram
Ambil gambar di photobooth bertemakan kuih-muih raya dengan props unik! Pastikan Papa & Mama serta anak-anak pakai baju raya yang sedondon untuk gambar yang paling cun!
- Permainan Tradisional
Raya lebih bermakna bila ada aktiviti menyeronokkan untuk si kecil.
Kembalikan nostalgia zaman kecil dengan bermain Congkak & Batu Seremban bersama anak-anak. Bestnya bila kita dapat tunjuk skill permainan zaman dulu-dulu!

Jadi, jom bawa anak-anak dan seisi keluarga untuk main Congkak & Batu Seremban bersama Happy Dumpy. Nostalgia sungguh!
Berkongsi Rezeki dengan Amal
Nak buat kebaikan sempena Ramadan & Raya? Bulan Ramadan juga adalah masa untuk berkongsi rezeki. Sunway Pyramid bekerjasama dengan usahawan tempatan dan rakan amal seperti Kita Refill (13-16 Mac) dan Hometoomuch (21-23 Mac) untuk membantu mereka yang memerlukan.
Bukan itu sahaja, Sunway Pyramid juga menjalankan kempen inisiatif amal untuk membantu golongan yang memerlukan dengan turut bekerjasama dengan SJ Echo dan ADUN Subang, kempen ini bertujuan untuk menyumbang kepada keluarga yang kurang bernasib baik.
Setiap produk yang terjual akan menyumbang RM1 kepada golongan memerlukan. Selain itu, Papa & Mama juga boleh menyertai gerai kebajikan khas untuk memberikan sumbangan keperluan asas atau wang tunai kepada keluarga yang memerlukan.
Sama-sama kita sebarkan kebaikan dalam menggalakkan semangat berkongsi dan memberi pada musim perayaan ini!
Hadiah & Ganjaran Raya Menanti Papa & Mama!

Nak hadiah percuma? Sunway Pyramid ada pelbagai penebusan eksklusif yang boleh Papa & Mama dapatkan hanya dengan membeli-belah!
- Tier 1: Belanja RM350 & ke atas (maksimum 2 resit) untuk sampul duit Raya manis. Pemegang Kad HSBC hanya perlu belanja RM250 untuk menikmati tawaran ini!
- Tier 2: Belanja RM1,500 & ke atas (maksimum 3 resit) dan tebus bekas tiffin Raya eksklusif. Pemegang Kad HSBC hanya perlu belanja RM1,400 untuk membawa pulang hadiah eksklusif ini!
- Ganjaran Pembeli Terbanyak: Jadi antara 15 pembeli teratas & menangi Set Produk Shu Uemura bernilai RM1,000!
Cabutan Bertuah EIDisi Manis Sunway Pyramid – Menangi Kereta Baru!

Siapa tak nak menang hadiah besar, kan? Sepanjang kempen ini, setiap penebusan di Redemption Booth secara automatik akan didaftarkan untuk cabutan bertuah. Papa & Mama berpeluang menang kereta baru iaitu Mitsubishi Xpander, Proton e.MAS 7 dan Proton S70!
Wah, mesti raya Papa & Mama tahun ini lebih gempak kan?
Sunway Pyramid Destinasi Utama untuk Shopping Raya!
Baju raya dah ada? Kuih raya cukup tak? Kalau belum, Sunway Pyramid adalah destinasi terbaik untuk Papa dan Mama dapatkan semua keperluan Hari Raya!
Dari fesyen terkini, aksesori cantik, barangan runcit, hingga hadiah eksklusif untuk insan tersayang – semua ada dalam satu tempat!
Tak perlu pergi jauh-jauh, terus datang ke Sunway Pyramid ini untuk mendapatkan semua keperluan Papa & Mama sekeluarga!


Antara kedai fesyen pilihan yang Papa & Mama boleh membeli-belah adalah seperti Khatam, Kapten Batik, Qhalesaa, Christy Ng, Floramiya, Naelofar Hijab, Rimba, Tapas dan banyak lagi pilihan menarik lain, yang pastinya berbaloi untuk setiap pembelian Papa & Mama.
Tak lengkap raya kalau tak shopping kan? Sunway Pyramid adalah destinasi sehenti untuk Papa & Mama yang wajib kunjung!
Jadi terus nikmati tawaran hebat sepanjang kempen EIDisi Manis yang Sunway Pyramid anjurkan dengan pemberian diskaun besar-besaran untuk koleksi baju raya, set hamper dan kuih raya eksklusif serta promosi barangan runcit dan kelengkapan rumah.
Makan Sedap, Berbuka Puasa dengan Tawaran Menarik
Bila perut anak-anak sudah mula berkeroncong, Papa & Mama tak perlu tercari-cari tempat nak berbuka puasa! Sunway Pyramid menawarkan pelbagai restoran dengan promosi berbuka puasa menarik.
Sama ada Papa suka makanan kampung atau Mama mengidam hidangan fusion moden, atau anak-anak inginkan makanan yang mereka gemari, semuanya ada!


Antara tempat makan menarik yang boleh Papa & Mama cuba seperti Laem Chaeron, Yakiniku Kuro, Dandy’s, Red Cup, Semangkuk Mi Tarik Lamian Lanzhou China, Dolly Dim Sum, A’Decade, Banana Bro dan banyak lagi restoran dengan menu istimewa dan promosi hebat.
Dari makanan Melayu, Barat, Jepun, hingga Timur Tengah – semuanya tersedia dengan tawaran istimewa sepanjang kempen EIDisi Manis ini.
Papa & Mama boleh tempah awal supaya tak perlu berebut tempat ya!

Siap Ada Manis Journey Rewards!
Nikmati ganjaran hebat dengan Manis Journey Rewards! Hanya berbelanja RM30 dalam satu resit di mana-mana tiga restoran F&B sepanjang tempoh kempen untuk menebus hadiah istimewa anda.
Jangan lepaskan peluang, sertai sekarang dan nikmati pengalaman makan yang lebih bermakna!
Sesuai untuk Perjumpaan Keluarga, Rakan-Rakan & Majlis Syarikat
Sama ada nak berbuka puasa bersama keluarga atau adakan gathering besar-besaran, Sunway Pyramid adalah tempat paling sesuai!
Papa dan Mama boleh buat tempahan di restoran pilihan untuk nikmati waktu berkualiti bersama insan tersayang.
Ruang makan yang selesa dan menu yang memikat pasti membuat semua orang rasa gembira. Tak perlu pening kepala nak cari tempat, Sunway Pyramid ada semuanya!
Sokong Usahawan Tempatan
Raya bukan sekadar membeli-belah, tapi juga peluang untuk menyokong perniagaan tempatan. Salah satu cara terbaik untuk merasai semangat raya adalah dengan menyokong perniagaan kecil dan memberi kembali kepada komuniti.
Sunway Pyramid bekerjasama dengan ramai peniaga tempatan untuk menyediakan bazar khas yang menampilkan pelbagai produk kreatif, berkualiti dan eksklusif.
Jom bantu usahawan kecil dengan menyokong vendor-vendor tempatan di bazar khas! Bukan sahaja dapat barangan berkualiti tinggi, tapi turut membantu komuniti kita berkembang.


Booth khas seperti Khatam, Rimba, Happy Dumpy dan banyak lagi menawarkan produk unik dan berkualiti di LG2 Orange Concourse dan GF Oasis Lobby.
Dengan berkunjung dan membeli-belah di Sunway Pyramid, Papa & Mama sebenarnya dalam usahasama membantu menyokong usahawan tempatan dengan membeli dari vendor bazaar yang menawarkan produk kreatif dan berkualiti tinggi.
Ini peluang kita bantu komuniti dan dapatkan produk handmade berkualiti!
#SapotLokal
Jom Meriahkan Raya di Sunway Pyramid!

Papa & Mama, inilah masanya untuk cipta kenangan manis bersama keluarga dan tersayang. Sama ada shopping, berbuka puasa, atau menikmati suasana perayaan, Sunway Pyramid adalah destinasi terbaik untuk raya penuh kemanisan.
Sunway Pyramid bukan sekadar pusat membeli-belah biasa, tetapi satu taman hiburan berkonsepkan raya dengan dekorasi menarik, aktiviti seronok, serta pelbagai promosi hebat yang menanti Papa & Mama!
Kalau nak sambut Raya dengan penuh warna-warni dan kenangan indah, Sunway Pyramid adalah destinasi pertama wajib singgah Papa & Mama tahun ini!
Jadi, untuk raya kali ini, jom kita sambut dengan penuh kemeriahan di Sunway Pyramid. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati EIDisi Manis yang penuh dengan kegembiraan, kebersamaan & ganjaran hebat. Mark kalendar Papa & Mama sekarang!
Jumpa Papa & Mama di Sunway Pyramid, okay? Selamat berpuasa dan beraya!