KelabMama

Egg Beef Muffin Menu Sihat Buat Anak

Egg Beef Muffin Menu Sihat Buat Anak

Seorang ibu akan cuba pikat selera anak dengan pelbagai gaya sajian. Salad, kek, sup macam-macam kita cuba sebab nak suruh si manja makan. Tapi kadang-kadang si dia tetap tolak dek kerana hilang selera atau mungkin bosan! Hari ni Mama Siti nak share dengan mama satu resepi mufin istimewa: Egg Beef Muffin dari Puan Nur Suriya Nawawi.

Biasa kita dengar muffin ni selalu dikaitkan dengan benda manis dan tak sihat, contohnya coklat, gula dan krim. Tapi kali ni, semua bahan-bahan yang digunakan, semua bahan semulajadi yang dijamin sihat dan berkhasiat. Dengan kombinasi rasa daun bawang, lada benggala, serbuk kari dan telur – inilah resepi muffin yang unik dan lazat. Tak percaya? Cubalah buat di rumah!

Bahan-bahan:

*Kalau nak lagi sedap, mama boleh juga guna tauhu telur. Blend sekali dengan isi ayam atau apa-apa bahan favourite mama seperti udang, tuna. meatball, atau sotong. Ikut citarasa masing-masing.

Cara-caranya:

Caranya memang senang sangat. Ini langkahnya step-by-step.

1. Tumis Daging Kisar

Pertama sekali, tumiskan daging kisar. Bila dah garing sikit masuk serbuk kari dan tambah daun bawang.

Settle? Boleh letak tepi dulu.

2. Sediakan Loyang

Sekarang, sediakan loyang untuk membubuh bahan-bahan. Sapukan dengan minyak masak di sekelilingnya.

3. Masukkan Bahan

Mula-mula, letak lada benggala.

Seterusnya, boleh letak daging kisar yang dah siap dimasak awal-awal tadi.

Kemudian, letak cheese (tak wajib pun). Tapi kalau letak, rasanya lebih lemak dan sedap.

4. Pecahkan Telur

Selepas itu, pecahkan telur dalam mangkuk dan tuangkan telur hingga agak-agak hampir penuh loyang.

5. Taburkan Daun Bawang

Akhir sekali, taburkan daun bawang di atasnya.

6. Bakar

Okay done! Sekarang dah boleh bakar pada suhu 180°C , dalam 20-24 minit.

Inilah hasilnya.

Senangnya resepi mufin ni. Kalau mama buat pun takkan ambil masa yang lama pun. Ada yang macam mana rasa egg beef muffin ni? Ha, rasa dia macam murtabak gitu. Sedap dan berkhasiat! Menurut Puan Nur Suriya, ini adalah resepi diet Atkins.

Kalau mama dah boring asyik makan nasi atau roti setiap pagi, cubalah bertukar ke menu ni. Boleh dijadikan sajian breakfast dan minum petang. Nak jadikan snek untuk makan depan tv pun boleh. Ramai yang dah cuba, mama bila lagi?

Sumber: Nur Suriya Nawawi via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

BACA JUGA RESEPI CUPCAKE TANPA GULA UNTUK SI MANJA

Pesan Mama Siti:

Kalau mama bosan makan makanan berat, boleh gantikan egg muffin untuk kenyangkan perut. Resepi ringkas muffin ni sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak dengan penyediaan yang mudah. Kalau yang dah cuba tu, alhamdulillah, sedap kan? Kalau belum lagi, Mama Siti ucapkan selamat mencuba!