Februari dan Mac 2025 merupakan bulan yang penuh cabaran bagi Mama Papa, terutamanya dalam menghadapi ‘dua acara’ besar iaitu kembali ke sekolah dan bulan Ramadan.
Bagi tahun 2025, sesi persekolahan akan bermula pada 16 Februari 2025 untuk negeri kumpulan A – Kedah, Kelantan, dan Terengganu – dan 17 Februari bagi negeri kumpulan B (selain daripada tiga negeri di atas).
Manakala, 1 Ramadan pula jatuh pada 1 Mac, iaitu lebih kurang dua minggu selepas permulaan persekolahan. Ketika ini, anak-anak akan menghadapi cabaran bersekolah dalam bulan Ramadan, di mana mereka perlu menyesuaikan diri dengan aktiviti harian serta keadaan berpuasa di siang hari.
Bagi Mama Papa, pasti agak pening memikirkan kos untuk menghadapi kedua-dua acara ini, terutamanya apabila minggu permulaan persekolahan hanya berbeza dua minggu sahaja sebelum Ramadan.
Persiapan Mama Papa untuk Persekolahan & Ramadan
Sama seperti
Tahun ini mesti agak mencabar bagi Mama Papa untuk menguruskan perbelanjaan sekolah dan ramadan. Mama Papa perlulah bijak dalam menguruskan kewangan. Selain itu, memahami konsep mana satu keperluan dan kehendak.
1. Perbelanjaan Sekolah
![kembali ke sekolah](https://www.kelabmama.com/story_wordpress/wp-content/uploads/2025/01/barang-persekolahan-anak.jpg)
Keperluan kembali ke sekolah perlu diutamakan lebih-lebih lagi dari segi yuran dan buku sekolah. Yuran sekolah merupakan perkara penting untuk Mama Papa lunaskan.
Itu belum termasuk dengan hidden cost yang telah di belanjakan oleh Mama Papa. Kebanyakan Mama Papa tidak peka akan hidden cost dan anggap ia perkara remeh-temeh sahaja.
Namun, dengan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4, sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban Mama Papa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.
Sedangkan Mama Papa tidak perasan kalau dihitung hidden cost itu sudah pasti Mama Papa terkejut akan jumlahnya.
![](https://www.kelabmama.com/story_wordpress/wp-content/uploads/2025/01/beli-baju-sekolah.jpg)
Bagi Mama Papa yang baru sahaja mendaftar anak untuk persekolahan ini sudah tentu banyak kos yang akan di belanjakan kerana perlu membeli semua barang yang baru dan menguruskan dari A to Z.
Mama Papa yang mempunyai seorang dua anak sekolah mungkin cost nya tidak terlalu banyak seperti Mama Papa yang mempunyai anak ramai dan perlu penuhi kelengkapan mereka semua. Kekadang cost yang di tetapkan juga boleh melebihi bajet yang disediakan.
2. Perbelanjaan Ramadan
![](https://www.kelabmama.com/story_wordpress/wp-content/uploads/2025/01/bazaar-ramadan.jpg)
Ramadan pula terbahagi kepada dua perbelanjaan iaitu puasa dan raya. Bulan ramadan sudah pasti juadah yang disediakan akan sedikit meriah berbanding hari-hari biasa.
Oleh itu, Mama Papa jangan membazir ketika membeli juadah berbuka. Serta membuat anggaran bahawa makanan yang dibeli akan habis dimakan untuk mengelakkan berlaku pembaziran.
Itu baru juadah berbuka sahaja belum termasuk dengan Mama Papa mahu mengadakan majlis iftar di luar. Boleh je Mama Papa membuat majlis iftar, tetapi perlulah mengikut bajet masing-masing.
Kredit gambar: KasihkuAmani Kredit gambar: iPrice
Jadi, Mama Siti sarankan kepada Mama Papa untuk adakan majlis berbuka di rumah sahaja. Sudah tentu banyak cost yang boleh di cut kalau lakukan di rumah, dan menjemput jiran tetangga dan saudara mara yang terdekat sahaja.
Atau pun boleh merancang untuk membuat potluck bersama-sama. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan antara satu sama lain. Masing-masing membawa juadah sendiri sudah tentu dapat mempelbagaikan lagi juadah ketika berbuka.
![](https://www.kelabmama.com/story_wordpress/wp-content/uploads/2025/01/baju-raya-online.jpg)
Untuk persiapan raya, Mama Siti pasti Mama sudah mula membuat persediaan, terutama dengan diskaun menarik yang ditawarkan sekarang, lebih-lebih lagi bagi pembelian secara online.
Ini juga salah satu langkah yang bijak untuk Mama membeli keperluan raya. Membeli secara dalam talian bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga, tetapi Mama juga boleh membuat perbandingan harga dengan mudah, mencari promosi istimewa, serta menikmati penghantaran terus ke rumah.
Dengan pilihan yang pelbagai serta diskaun menarik, Mama boleh mendapatkan barangan yang diingini tanpa perlu bersesak di kedai.
Sekurang-kurangnya dapat merasa pakai baju baharu di pagi raya nanti. Raya kedua, ketiga dan seterusnya Mama Papa pakailah baju raya tahun lepas-lepas.
Antara perbelanjaan ketika hari raya:
- pakaian raya
- duit raya
- kos pengangkutan kampung
- makan/ jamuan raya
- duit kecemasan
Jangan lupa, Mama Papa perlu bijak membuat perbandingan harga yang ditetapkan oleh peniaga. Ini kerana, ekoran harga barangan yang akan meningkat setiap kali menjelang musim perayaan.
3. Menyediakan Bekal Makanan Anak-anak
Bagi anak-anak yang tidak berpuasa Mama perlu sediakan makanan untuk mereka. Kerana sepanjang bulan ramadan kebanyakkan kantin tidak akan beroperasi.
Kebanyakan sekolah kebangsaan (SK) sekarang mengamalkan polisi “tutup kantin” untuk sepanjang bulan ramadan kecuali SJKC atau SJKT.
![kembali ke sekolah](https://www.kelabmama.com/story_wordpress/wp-content/uploads/2023/03/kantin-tutup-bulan-puasa.jpg)
Walau bagaimanapun Mama Papa jangan bimbang. Pihak sekolah akan memberi kelonggaran kepada murid yang dalam proses untuk belajar berpuasa serta murid non muslim.
Anak-anak akan dibenarkan untuk membawa bekal dan makan di tempat yang disediakan oleh pihak sekolah.
Jadi, Mama perlu sediakan bekal yang sihat untuk anak-anak. Sekiranya mereka tidak tahan untuk berpuasa boleh lah makan bekal yang disediakan oleh Mama. Takkan nak biarkan anak-anak makan roti sepanjang bulan puasa ini.
![kembali ke sekolah](https://www.kelabmama.com/story_wordpress/wp-content/uploads/2023/03/bekal-anak-untuk-bulan-puasa-1.jpg)
Anak-anak yang masih kecil tidak perlu dipaksa untuk berpuasa penuh. Cukup sekadar melatih mereka dengan berpuasa selama 3 atau 4 jam dulu. Supaya mereka boleh adapt untuk berpuasa penuh nanti.
Perkara ini juga untuk mengelakkan timbul sebarang masalah kesihatan yang anak-anak akan hadapi sekiranya Mama Papa memaksa mereka untuk berpuasa penuh satu hari. Ini adalah kerana tahap ketahanan badan berbeza bagi setiap anak.
Mama Siti nasihatkan Mama Papa perlu peka dan bijak dalam merancang dan mengawal kewangan. Lebih-lebih lagi Mama Papa akan mengeluarkan jumlah perbelanjaan yang besar untuk kedua acara ini.
Persiapan kembali ke sekolah untuk anak-anak perlu diberi keselesaan dan sambutan raya puasa pula tidak semestinya perbelanjaan yang sederhana tidak akan meriah.
Mama perlukan idea membuat lunch box yang ringkas untuk anak-anak sepanjang ramadan ini? Klik di SINI.