Sebenarnya ramai yang tak sedar terlalu kerap gunakan earphone boleh menyebabkan pekak. Sekarang gunakan earphone sebagai salah satu cara untuk dengar muzik atau pun untuk call dengan orang lain.
Lagi-lagi yang suka tidur sambil pakai earphone ini boleh mempercepatkan kepada masalah pendengaran kita. Jom kita baca perkongsian daripada Dr. Samhan tips untuk mengelakkan menjadi pekak.
Tips Elak Menjadi Pekak di Usia Muda
1. Elakkan Penggunaan Earbud
Earbud ni ada speaker kecik dengan kelantangan besar yang boleh berikan kesan lebih besar pada pendengaran berbanding dengan headphone yang hanya akan dipakai di luar telinga. Gantikan penggunaan earbud kepada headphone.
2. Tetapkan Masa Penggunaan Tak Lebih dari 90 Minit
Sebenarnya ramai yang tak tahu bahawa penggunaan earphone atau headphone akan menghasilkan satu gelombang elektromagnetik yang boleh menganggu fungsi otak.
Sebab tu, setiap 90 minit penggunaan earphone, kita kena rehatkan telinga supaya kesihatan telinga kita tak merosot sehingga menjejaskan pendengaran.
3. Beri Masa Rehat untuk Telinga Perbaiki Kerosakan
Telinga kita perlukan 16 jam untuk perbaiki kerosakan yang disebabkan oleh bunyi kuat sepanjang malam.
4. Tetapkan Tahap Bunyi tak Lebih dari Separuh
Kekalkan penggunaan volume earphone kita pada paras 60 peratus atau lagi baik kurang dari 60.
Biasanya dari mendengar bunyi dengan volume yang rendah kerana kekuatan bunyi yang melebihi 90 desibel hingga 15 minit secara berterusan akan menyebabkan gegendang telinga alami kerosakan yang teruk.
5. Minimumkan Penggunaan Earphone
Bagi yang suka pakai earphone 24 jam sehari, siang dan malam tu, tabiat macam ni kena buang. Kita kena ingat telinga ni salah satu anggota badan kita yang perlukan rehat secukupnya untuk berfungsi dengan baik.
Apakah Kesan Bila Pakai Earphone Terlalu Lama?
1. Kehilangan Pendengaran
Pendengaran manusia bukan je akan terganggu melalui bunyi yang terlalu kuat, tapi penggunaan phone telinga juga turut memberi kesan.
2. Jangkitan di Telinga
Jangkitan ini boleh berlaku secara tak sedar. Ianya sebab pendengaran kita akan merosot secara perlahan dalam jangka masa yang lama.
3. Pening Kepala
Kalau kita sedar, time kita pakai earphone dalam tempoh yang lama kita akan rasa agak pening dan berpinar-pinar. Kalau ada rasa pening kepala tu better kita stop kejap pakai earphone.
4. Mengalami Tinitus
Benda ni akan terjadi bila kita mendengar bunyi berdesing sama ada dalam kepala atau telinga kita. Jadi elakkan sebelum berlaku seperti ini.
Kalau nak gunakan earphone boleh je. Tapi kita mestilah kurangkan penggunaan earphone untuk elakkan kita menjadi pekak. Hadkan masa pengunaan dan kalau boleh ikut tips yang dikongsikan oleh doktor.
Apa yang Mama Papa perlu buat kalau anak jatuh katil? Klik di SINI.