Pembelajaran peribadi yang disokong oleh teknologi, gamifikasi dan gandingan antara guru dengan teknologi, sedang membentuk masa depan pendidikan digital.
COVID-19 Mencabar Pendidikan Pada Skala Global
Pandemik COVID-19 benar-benar menimbulkan cabaran kepada sistem pendidikan, ibu bapa dan pelajar di seluruh dunia. Walaupun pendidikan prasekolah, rendah dan menengah kebanyakannya dilakukan secara bersemuka sebelum wabak pandemik, dalam tempoh sebulan sahaja, kebanyakan pusat pendidikan di seluruh dunia berpindah kepada kelas dalam talian.
Menurut UNICEF1, semasa pandemik, kebanyakan pusat memilih arahan digital pada platform maya: pendekatan ini digunakan oleh 74-77% negara secara purata untuk pendidikan rendah dan menengah atas. Namun begitu, beberapa kaedah alternatif juga turut dibangunkan seperti kurikulum penyiaran, pelajaran rasmi kendiri dan perkhidmatan sokongan dalam talian untuk ibu bapa dan para pelajar2. Pada masa yang sama, hampir 30% kanak-kanak di seluruh dunia mendapati bahawa mereka tidak mempunyai akses kepada pembelajaran jarak jauh disebabkan oleh kekurangan peralatan, kekurangan akses kepada internet atau keadaan kehidupan mereka sendiri. Bagi memastikan hak untuk mendapat pendidikan, pemecutan transformasi digital telah diumumkan sebagai salah satu matlamat global yang menjadi tumpuan UNESCO3.
Dari sudut yang lain pula, sebelum berlakunya pendemik, sektor Teknologi Pendidikan yang berkembang pesat membuktikan bahawa penyelesaian transformasi digital ini telah pun wujud: platform dengan program pembelajaran jarak jauh, pengalaman pembelajaran langsung, teknologi AR & VR dan tenaga pengajar yang memiliki keupayaan digital yang mapan.
Sektor Teknologi Pendidikan yang setaraf dengan pendidikan am, turut bertindak balas terhadap cabaran yang dihadapi oleh komuniti global hari ini: dengan membangunkan cara untuk menjadikan e-pembelajaran lebih mudah diakses, diperibadikan dan berkesan serta membantu pembuat keputusan untuk bertindak balas terhadap krisis global.
Trend dalam E-pembelajaran Yang Telah Membentuk Model Pendidikan Pasca-COVID Baharu Kepada Anak-anak Kita
- Pembelajaran peribadi yang disokong teknologi mentakrifkan haluan pembelajaran setiap pelajar
“Terdapat asas yang semakin meningkat tentang bukti kukuh bagaimana pembelajaran peribadi yang disokong teknologi boleh meningkatkan hasil pembelajaran”, kata4 pakar Teknologi Pendidikan, Gill A. Francis dan Louis Major. Mereka menjalankan kajian di 12 buah negara di seluruh dunia, yang menunjukkan bahawa pemperibadian adalah kunci untuk ‘mengajar pada tahap yang betul’.
Dalam sesebuah kelas, tahap pengetahuan kanak-kanak selalunya terdiri daripada pelbagai jenis, dan sifat penyesuaian teknologi pendidikan menyelesaikan masalah ini. Para saintis menyedari bahawa ‘diperibadikan’ tidak bermakna ‘dikhaskan secara individu’: dengan bantuan kaedah berpandukan data dan analisis prestasi, platform Teknologi Pendidikan boleh memperibadikan program untuk seorang pelajar dan untuk sekumpulan 50 orang pelajar.
Apabila sekolah terpaksa ditutup, fleksibiliti kurikulum menjadi sangat penting kerana pelajar tiba-tiba menyedari bahawa diri mereka berada dalam suasana pembelajaran yang berbeza, yang dirasakan janggal bagi kebanyakan mereka.
Pembelajaran peribadi yang disokong teknologi berdasarkan pendekatan dipacu data diguna pakai di Novakid, platform ESL (Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dalam talian untuk kanak-kanak berumur 4-12 tahun. Analisis data untuk setiap pelajaran khusus membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar. Selain analisis data, kurikulum juga diubah suai bergantung pada keperluan pembelajaran kanak-kanak yang dikenal pasti.
“Dengan pendekatan ini, kanak-kanak yang berbeza memerlukan bilangan sesi yang berbeza untuk menyempurnakan kursus yang sama. Hasilnya, kami yakin bahawa kanak-kanak tersebut benar-benar menguasai bahan yang diberikan. Selain itu, pembelajaran peribadi membantu menyesuaikan kandungan kelas: bergantung pada penilaian guru terhadap kemahiran bahasa tertentu, kanak-kanak ditawarkan latihan dan pelajaran tambahan secara automatik,” kata Max Azarov, Ketua Pegawai Eksekutif Novakid.
- Gamifikasi Meningkatkan Penglibatan Pelajar
Mekanik permainan telah terbukti dapat memberi motivasi, meningkatkan pembelajaran dan membantu kanak-kanak belajar dengan lebih berkesan. Pendapat ini dikongsi bersama5 oleh salah seorang pakar gamifikasi terkenal di dunia, Gabe Zikhermann: menurut hasil penyelidikan beliau, penggunaan mekanik permainan meningkatkan penguasaan kemahiran baru sebanyak 40%, hasil daripada neurotransmitter dopamin, yang dihasilkan semasa permainan.
Gamifikasi telah lama muncul sebagai trend dalam Teknologi Pendidikan sebelum wabak COVID-19 melanda. Walau bagaimanapun, dalam konteks pandemik, apabila langkah kuarantin menggabungkan ruang sekolah dan rumah secara keseluruhan, begitu juga dengan pembelajaran dan hiburan, pendidikan terpaksa bersaing secara langsung dengan YouTube, Netflix, Minecraft dan TikTok untuk menarik perhatian dalam persekitaran yang sama.
“Tanpa dapat disangkal lagi, salah satu trend EdTech hari ini ialah gamifikasi. Kanak-kanak yang telah menghabiskan seluruh hidup mereka dikelilingi oleh teknologi, mempunyai persepsi yang berbeza terhadap kandungan pendidikan. Menjadikan pembelajaran sebagai suatu permainan adalah salah satu cara paling hebat untuk menjadikan e-pembelajaran menarik bagi natif digital”, Ketua Pegawai Eksekutif Novakid, Max berkongsi pendapatnya.
- Guru dan Tutor Pasti Hadir (dan Tidak Akan Bercuti) Dengan Pembelajaran Digital
Tiada teknologi setakat ini yang dapat menggantikan guru. Malah, teknologi meningkatkan peranan guru: daripada penyampaian ilmu hingga penciptaan ilmu secara bersama.
“Daripada kesemua segmen Teknologi Pendidikan yang berkembang pesat, pembelajaran kanak-kanak akan kekal, mungkin sebagai satu-satunya segmen yang belum dapat diganti sepenuhnya oleh program dan perkhidmatan digital – ini memerlukan pemansuhan peranan penting seorang guru,” kata Azarov.
Masih belum terdapat natif digital dalam kalangan guru. Itulah sebabnya isu kecekapan digital mereka menjadi salah satu perkara yang paling penting dalam agenda pendidikan pasca COVID-19.
“Saya rasa beberapa tahun akan datang bergantung pada berapa banyak yang sanggup kami laburkan pada para pendidik dan semua sokongan tambahan di sekolah, yang penting untuk mendayakan pembelajaran. Ini adalah individu yang akan melahirkan pemimpin negara pada masa hadapan,” kata6 Adriana Umaña-Taylor, Profesor Pendidikan di Harvard Graduate School of Education.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Novakid hari ini.
Rujukan:
- UNICEF: Covid-19: Are children able to continue learning during school closures?
- Andreas Schleicher: The Impact of COVID-19 on Education Insights from Education at a Glance 2020
- UNESCO: One year into COVID: prioritizing education recovery to avoid a generational catastrophe
- Louis Major and Gill A. Francis: Rapid Evidence Review: Technology-supported personalised learning
- Gabe Zichermann: Gamification in Education. What Works, Why and How
- Harvard Graduate School of Education: What the Future of Education Looks Like from Here