KelabMama

HATI-HATI BILA MAMA DUKUNG ANAK KETIKA HAMIL, INI BAHAYANYA!

Mama tengah hamil tapi masih dukung anak? Anak yang masih kecil sememangnya memerlukan belaian mama. Salah satu belaian ibu yang digemari anak sudah tentu didukung mamanya.

Tapi, apabila mendapat tahu mama mengandung lagi, sudah tentu mama akan mengalami beberapa perubahan rutin terutamanya terhadap anak pertama mama.Mama sebenarnya kena berhenti mendukung anak yang lain semasa mama hamil!

Dukung Anak Ketika Hamil: Apakah Risikonya?

Semasa hamil, mama masih boleh dukung anak yang berusia 1-3 tahun yang beratnya 15kg ke bawah. Tapi bila dah masuk trimester ke3, sebaiknya mama kurangkan mendukung si sulung untuk menjaga kandungan mama.

Ini kerana kehamilan menghasilkan hormon rileks yang boleh melonggarkan sendi. Ia bertujuan untuk menyediakan ibu untuk proses bersalin. Jika mama terus dukung anak, mama mungkin akan mengalami sakit-sakit badan pada akibat tekanan ke atas badan.

Apabila perut semakin membesar, titik graviti lebih tertumpu pada bahagian punggung. Hal ini boleh menyebabkan mama mudah jatuh apabila mengangkat berat yang melebihi had kemampuan. Bahkan, mama boleh mengalami pendarahan malah keguguran tau!

Tips Dukung Anak Semasa Hamil

Wanita sebenarnya masih boleh aktif walaupun sedang mengandung. Malah,terdapat kajian yang menyatakan wanita boleh melakukan olahraga ketika hamil asalkan ia bersesuaian dan mendapat pengesahan doktor.

Sekiranya mama masih perlu dukung anak, ada beberapa tips yang boleh dilakukan supaya kandungan tetap dalam keadaan baik. Antaranya:

Bagaimana Nak Rapat Dengan Anak Walaupun Tanpa Mendukung Mereka?

Tak semua mama yang hamil mendapatkan rehat yang cukup semasa tempoh kehamilankan? Mama papa harus sentiasa ingat, di kala mama tengah mempersiapkan diri untuk menyambut bayi, anak kecil mama masih memerlukan belaian. Jangan sampai mereka rasa terabai dan tidak dipedulikan.

Pastinya mama merasa bersalah apabila tidak dapat melakukan aktiviti kebiasaan bersama si sulung. Tambahan lagi jika anak merasa sedih dengan keadaan tersebut.

Mama jangan risau ya. Bonding antara mama dan anak masih boleh dilakukan walaupun tanpa mendukung anak itu, sebaliknya teruskan berpimpinan tangan, mencium dan memeluk anak.Sentiasa ingat yang dia masih kecil dan perlukan mama.

Jalan terbaik ialah sentiasa mengingatkan anak yang dia bakal mendapat adik, dan kasih sayang mama terhadapnya tidak akan berkurangan.

Semoga bermanfaat kepada mama.