Apabila tiba musim Raya, perkara yang paling sinonim adalah pemberian duit raya. Ia sudah menjadi satu tradisi dan budaya dalam kalangan masyarakat kita.
Tetapi pada zaman sekarang, ramai juga yang sering mempertikaikan nilai pemberian duit raya kepada anak-anak kita. Malah, ada juga mak ayah sendiri yang pertikaikan jumlah tersebut.
“Alah, RM1 je you bagi dekat anak I?”
Apakah wajar untuk seseorang individu, tak kira mak ayah mahupun si anak tersebut sendiri mempersoalkan dan mempertikaikan nilai tersebut? Beradab atau tidak?
Apakah nilai serendah RM1 menjadi pemberian yang tidak perlu dihargai lagi? Ayuh kita rungkaikan.
Bagi sesetengah Mama Papa, jumlah sekecil itu membuatkan mereka berasa sedikit kecewa dan menganggapnya satu nilai yang tidak lagi valid dengan zaman sekarang. Tak kurang ada juga yang mempertikaikan nilai RM5!
Mereka katakan anak-anak mereka patut menerima sekurang-kurangnya RM10 seorang.
Jangan Pertikaikan Duit Raya!
Ini kerana ada sesetengah Mama Papa yang persoalkan dengan jumlah yang diberikan begitu kecil dan tak sesuai lagi di zaman ni.
Oh ye, ada jugak yang persoalkan jumlah duit raya yang berbeza antara kanak-kanak dan pelajar universiti.
“Eh RM1 je duit raya tapi budak universiti bagi RM20 pula, bagi lah banyak sikit dekat budak-budak ni.”
Mama Papa, Islam mengajar kita untuk bersyukur atas segala nikmat yang diberikan walaupun nilainya adalah kecil. Jadi, tak eloklah kita pertikaikan pemberian orang. Tambahan pula, tak ada nilai yang telah ditetapkan untuk diberikan kepada anak kecil mahupun dewasa.
Nak beri ke tak pun menjadi hak si pemberi itu sendiri!
Dengan pemberian RM1 juga dapat mengajar Mama Papa untuk bersyukur dan menghargai pemberian yang diberikan kepada anak-anak Mama Papa.
Bagi Mama Siti, tak perlu lah Mama Papa pertikaikan jumlah yang diberikan. Hormat juga pada kemampuan tuan yang memberi.
Sekiranya mereka beri dalam jumlah yang besar, Alhamdullilah itu rezeki anak-anak dan kalau jumlah yang lebih kecil, bersyukur dan didik anak untuk turut bersyukur dan terima dengan penuh kegembiraan dengan pemberian tersebut.
Oleh itu, baik Mama Papa mahu pun anak-anak perlu melihat setiap pemberian sebagai satu anugerah yang patut disyukuri, sambil menghargai nilai sebenar di sebaliknya.
Lupa Mama Siti nak pesan, make sure anak-anak tak buka sampul raya depan tuan rumah tau, dan ucapkan terima kasih kepada tuan rumah.
Mama Siti yakin sebanyak mana pun nilai yang diberikan kepada mereka, pasti anak-anak tak kisah asalkan dapat duit raya, anak-anak happy je.
Boleh ke Mama Papa nak gunakan duit raya anak-anak untuk berbelanja? Klik di SINI.