KelabMama

Stres Simpan Duit Kahwin! Hantaran Lagi, Kenduri Lagi…Nak Kongsi Atau Pihak Lelaki Tanggung Semua?

cincin dan duit kahwin

Kredit gambar: Mohd Shukri Mohd Yassin / Shutterstock.com

Bagi masyarakat Melayu, mas kahwin, atau lebih tepat “wang hantaran” yang dihadiahkan oleh pengantin lelaki kepada keluarga pengantin perempuan adalah antara RM10,000 dan RM18,000 untuk perkahwinan sederhana dan RM50,000 untuk perkahwinan mewah. Sumber: MalayMail. Senang cakap, duit kahwin yang harus disediakan untuk majlis perkahwinan tersebut.

Ini belum lagi termasuk kos perbelanjaan kenduri pihak lelaki dan pelbagai perbelanjaan lain yang biasanya digunakan dalam kenduri kahwin.

Sampai sekarang ramai yang tak habis-habis bergaduh, sama ada pihak lelaki perlu tanggung semua kos, ataupun berkongsi bersama?

Jangan gaduh-gadu, takkan baru nak mulakan keluarga dah bermasalah kan? Mama Siti tak kata ianya perkara yang mudah, tetapi tidak ada yang mustahil jika dilakukan dengan cara yang betul.

Berikut adalah tips bagaimana ingin menjalankan kenduri kahwin anda dengan berjaya.

6 Tips Menyimpan Duit Kahwin

#1 Merancang

Menetapkan bajet merupakan langkah pertama yang penting. Pasangan perlu membuat rancangan perbelanjaan yang komprehensif dengan mengambil kira pendapatan dan perbelanjaan mereka.

Dengan menetapkan had bagi perbelanjaan harian, bulanan, dan tahunan, mereka dapat mengawal aliran wang dengan lebih baik.

Ini membantu mereka menumpukan dana kepada keperluan asas serta menyediakan ruang bagi keperluan tak terduga.

#2 Tabung Khas

Akaun simpanan khas untuk dana kecemasan adalah penting. Tabung ini bertindak sebagai perlindungan kewangan dari situasi tak terduga seperti kerosakan harta benda, masalah kesihatan mendadak, atau kehilangan pekerjaan.

Menabung secara konsisten untuk tabung ini memberikan ketenangan fikiran dalam menghadapi cabaran yang tidak dijangka.

#3 Pinjaman Kahwin?

“Ya, memang betul perkahwinan memberi kita pengalaman seperti raja dan ratu dalam sehari, tapi janganlah terlalu cepat melabur semua simpanan dalam sehari sahaja.

Sebenarnya, yang lebih penting adalah masa selepas perkahwinan. Masih banyak keperluan lain seperti perabot rumah, barang dapur, dan macam-macam lagi yang perlu disediakan untuk kehidupan berumahtangga.”

#4 Perbelanjaan Berkualiti

Memilih perbelanjaan yang berkualiti dan membezakan keperluan yang penting daripada kehendak adalah penting. Mengetahui perbezaan ini membantu dalam pengurangan pembaziran wang.

Pasangan perlu membuat keputusan pintar dalam membelanjakan wang bagi memenuhi keperluan sebenar.

#5 Komunikasi Terbuka

Ramai sebenarnya yang menganggap bahawa topik kewangan sebagai topik yang “peribadi”. Walaupun tidak dinafikan, namun komunikasi yang jujur ​​dan terbuka antara pasangan adalah kunci kejayaan dalam sebuah pekahwinan.

Anda perlu berbincang mengenai matlamat kewangan, menetapkan keutamaan, dan membuat keputusan bersama-sama memupuk kefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain.

#6 Perkahwinan: Tanggungjawab Bersama

Mama Siti tidaklah ingin memihakkan mana-mana pihak. Tetapi kita perlu ingat bahawa kejayaan dalam dunia perkahwinan adalah sesuatu yang diinginkan bagi semua pihak.

Dan Mama Siti juga faham sesetengah wanita berpendapat bahawa kos perkahwinan perlu ditanggung kesemuanya oleh pihak lelaki kerana tanggungjawab mereka sebagai “ketua keluarga”.

Berkongsi tanggungjawab kewangan membantu meringankan beban semua individu. Pasangan boleh membuat keputusan bersama dalam urusan kewangan seperti pembayaran bil, pengurusan pinjaman, serta perbelanjaan untuk keperluan rumah tangga.

Iya, perkahwinan itu dipimpin oleh seorang suami, namun pada zaman sekarang yang penuh dengan ujian ini, ianya bukanlah semudah ringan di bibir mengucap. Sebagai seorang wanita juga kita perlu membantu pasangan sebaik yang mungkin dalam kesemua aspek.

Semoga pasangan-pasangan baru akan mendapat kehidupan yang aman, dan keluarga Sakinah, Mawaddah, Wa Rahmah. Amin.


Inginkan perkahwinan yang berkah? Baca Artikel INI.