KelabMama

“Kanak-Kanak Terlalu Kecil Untuk Memilih Minat Mereka” – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Kebaikan Sukan Untuk Anak

Baru-baru ini, Dr Sheikh Muszaphar kongsikan beberapa tips di satu post Instagram beliau tentang anak kembarnya, Adam dan Noah. Menurut post tersebut, anak kembar lelaki mereka mahu jadi seperti kakak-kakak mereka. Kakak-kakak kepada Adam dan Noah telah memasuki kelas taekwondo sejak mereka berumur 3 tahun lagi. Awal bukan?

Pasangan ibu bapa ini memilih sukan taekwondo kerana ia mendidik anak mereka agar menjadi lebih berdisplin, menimbulkan rasa hormat dan bertanggungjawab hasil daripada didikan sukan itu, jelas Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, Dr Halina

Sekarang, kembar lelaki pula mahu mengikut jejak kakaknya! Wow! Agaknya selalu nampak kakak mereka cool je pergi kelas taekwondo, mereka pun nak turut serta!

Rahsia Minat Anak Bermula Daripada Ibu Bapa

Kredit Gambar: Instagram Dr Sheikh Muszaphar

Kanak-kanak kecil terlalu kecil untuk memilih sukan yang mereka suka. Sebagai ibu bapa, kita memilih apa yang kita fikir terbaik untuk mereka. Saya telah memilih renang & Taekwondo untuk anak-anak saya dengan harapan mereka akan terus melakukannya sehingga tamat pembelajarannya.

Bella & Tasha memulakan sukan ini sejak mereka berumur 3 tahun dan masih melakukannya dan saya berharap anak lelaki akan melakukan perkara yang sama.

1. Mulakan sejak usia muda

Jika anda memulakan mereka pada usia yang muda dan menyukai sukan itu, ada peluang yang sangat baik mereka akan terus melakukannya. Mulakan mereka dari umur 3 tahun.

2. Sediakan mereka dari segi mental

Terangkan kepada anak-anak tentang sukan itu. Anak-anak akan lebih seronok jika mereka lebih memahami sukan ini.

3. Tidur nyenyak

Pastikan anak-anak mendapat rehat yang baik pada hari sebelumnya untuk mengelakkan tantrum, murung, rasa marah dan lain-lain yang mungkin akan merosakkan hari kelas tersebut.

4. Jadikan sukan itu menyeronokkan dan mengujakan

Adalah penting untuk anak-anak menikmati sukan. Mereka tidak jemu jika mereka seronok melakukannya.

5. Berada bersama mereka

Ibu bapa juga perlu berada di kelas atau pusat sukan tersebut supaya mereka berasa selesa. Ini dapat membina keyakinan mereka apabila mereka tahu Papa dan Mama turut ada bersama.

Kredit Gambar: Instagram Dr Sheikh Muszaphar

6. Beritahu mereka betapa bangganya anda

Beritahu anak anda betapa anda berbangga dengan usaha dan pencapaian mereka. Kanak-kanak suka perasaan yang membanggakan ibu bapa mereka.

7. Pelukan dan cium

Saya tidak percaya untuk memberi hadiah kepada kanak-kanak. Sebaliknya, berikan mereka pelukan dan ciuman. Ia adalah hadiah terbaik yang boleh diberikan oleh ibu bapa kepada anak.

8. Apa yang diharapkan daripada mereka

Terangkan kepada anak anda apa yang diharapkan daripada mereka. Tentang kelas tersebut, para pelajar yang lain, latihan dan lain-lain. Ini akan membina keyakinan mereka dan mengatasi rasa bimbang dan kerisauan.

Anak-anak biasanya akan berasa takut kerana tidak mengetahui sebab mereka melakukan aktiviti atau sukan tersebut.

9. Hari pertama sangat penting

Kalau anak-anak suka dan gembira dengan kelas pertama sukan tersebut, maksudnya mereka nak lagi, dan lagi serta tak sabar menunggu kelas yang seterusnya.

Ini pun menunjukkan Mama dan Papa telah membuat keputusan yang tepat buat anak anda.

10. Awas! Lihat tanda tertekan dan stres anak-anak

Beri perhatian dan berhati-hati dengan sebarang tanda tekanan daripada anak-anak. Hilang selera makan, tantrum, mencari alasan untuk tidak pergi ke kelas adalah sebahagian daripadanya. Ketahui sebabnya dan biarkan mereka ambil rehat yang mereka inginkan, jika perlu. Jangan paksa kerana memaksa hanya akan memburukkan keadaan.

Berikut merupakan tips yang dikongsikan Dr Sheikh Muszaphar yang dapat membantu Mama di luar sana. Ia sangat penting untuk memulakan sukan pada usia yang awal demi perkembangan diri mereka.

Rumah Menjadi Arena Taekwondo

Dr Halina juga memuat naik gambar di Instagram tentang hari pertama Adam dan Noah ke kelas taekwondo.

Mereka sangat bertuah kerana dilahirkan dengan kawan baik mereka…

Hari ini kelas percubaan mereka di taekwondo.. nak jadi macam kakak.. Moga diterima.. kalau dah pandai taekwondo, sure anak-anak kitorg bila bergaduh nanti naik level lagi.. Hahaha.. double flying kick, back kick, segala jenis kick ada.. now diorg copy kakak-kakak je.. hehe..

Kredit Gambar: Instagram Dr Sheikh Muszaphar

Mama Siti sangat adore dengan semangat dan sokongan ibu bapa yang mendorong anak-anak mereka ke arah yang lebih bermakna. Bukan mudah untuk konsisten dan disiplin anak-anak. Dengan cara ini, parenting akan lebih mudah untuk hari mendatang kelak. Bertuah anak-anak mereka kerana dapat superdad dan supermum! Syabas Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina!

Pada penghujung hari, kunci yang paling menggembirakan pada kejayaan anak-anak ialah penglibatan positif daripada ibu bapa

Jane D. Hull

Kredit: Instagram Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina