KelabMama

Mengupas Lebih Lanjut Tentang Penyakit Pembunuh Senyap Wanita Bersama Pakar Sakit Puan, Dr Elyana Noordin

Adakah Mama mencari ilmu tambahan tentang kesihatan Mama terutamanya tentang Kanser Ovari? Apa langkah pertama yang harus Mama lakukan dan berapa jumlah survival rate Kanser Ovari ni?

Mama Siti sangat beruntung sebab dapat menemu bual bersama Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Sunway Medical Centre Velocity (SMCV), Dr. Nor Elyana Noordin, yang tekun berkongsi semua info yang Mama perlu tahu tentang kanser ovari dan kesihatan wanita untuk Mama semua.

Jom lihat penerangan Dr Elyana yang menjawab soalan Mama semua.

1. Kanser ovari merupakan kanser yang paling misteri dan ia juga dikatakan sebagai ‘pembunuh senyap’ wanita. Adakah benar ia sangat sukar untuk dikesan dari awal?

“Kanser ovari adalah kanser ginekologi (kanser sakit puan) yang tertinggi di Malaysia dan dikebanyakan negara lain”

Dr. Elyana: Kebanyakan kanser ovari dikesan diperingkat lewat; iaitu pada tahap 3 dan 4. Ia boleh dikatakan pembunuh senyap kerana gejala kanser ovari tidak ketara dan menyerupai simptom yang dianggap biasa.

Antara simptom kanser ovari ialah:

Jika seseorang mempunyai gejala seperti di atas, ia tidak bermakna beliau sememangnya mempunyai kanser. Tetapi jika gejala di atas berlaku secara berterusan dan keterlaluan, sila dapatkan pemeriksaan kesihatan.

2. Apakah tanda-tanda seseorang itu berkemungkinan terdedah kepada kanser ovari? Dan apakah rawatan pertama yang disyorkan oleh pakar setelah pesakit disahkan menghidap barah ini?

Rundingan bersama pakar.

Dr. Elyana: Rawatan untuk kanser ovari bergantung kepada tahap kanser semasa ia dikesan dan keadaan pesakit (seperti jika ada masalah kesihatan lain).

“Secara keseluruhannya, rawatan kanser ovari melibatkan pembedahan sama ada buang ovari yang terkesan sahaja atau buang keseluruh sistem peranakan wanita, ini bergantung kepada umur pesakit dan tahap kanser”

Selain pembedahan, kemoterapi juga akan dilakukan mengikut tahap kanser.

3. Siapakah atau golongan yang bagaimana berisiko untuk mendapat kanser ovari? Adakah faktor genetik (mempunyai bekas pesakit kanser ovari dalam salasilah keluarga) juga berisiko tinggi?

Dr. Elyana: Golongan yang berisiko untuk mendapat kanser ovari adalah:

Selain daripada risoko-risiko di atas sejarah, sejarah keluarga juga penting.

“Hampir 10% kes kanser ovari berlaku dikalangan mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidapi kanser ovari”

Lebih ramai ahli keluarga yang mempunyai kanser ovari, lebih tinggi risiko seseorang itu untuk mendapat kanser yang sama.

Setakat ini, terdapat sekurang-kurangnya dua sindrom kanser ovari yang diwarisi dari keterunan:

4. Bagaimana pula dengan kanak-kanak perempuan? Apakah kemungkinan untuk mereka menghidap barah ini?

Dr. Elyana: Secara keseluruhannya, kanser ovari jarang berlaku kepada kanak-kanak. Jika ia berlaku, kanak-kanak/remaja lebih berkemungkinan untuk mendapat jenis kanser ovari yang berikut:

  1. “Germ cell tumor”
  2. “Ovarian stromal tumor”

5. Apabila disahkan menghidap kanser ovari pada tahap yang kritikal ini, adakah ia masih boleh dirawat dan bagaimana kebarangkalian untuk sembuh sepenuhnya kepada pesakit tersebut?

Sesi Pemeriksaan

Dr. Elyana: Rawatan masih boleh dijalankan. Secara amnya, apabila tahap kanser adalah rendah semasa diagnosis dibuat, lebih tinggi kebarangkalian untuk pesakit sembuh atau dalam istilah perubatan, kita rujuk kepada “survival rate” iaitu kadar kelangsungan hidup (sila rujuk rajah di bawah).

Untuk tahap 1, kadar kelangsungan hidup ialah 90%, ini bermakna selepas 5 tahun diagnosis kanser ovari dibuat, 90% pesakit masih lagi hidup. Ini adalah sekadar anggaran sahaja kerana setiap pesakit berbeza dan ini bergantung kepada faktor kesihatan, umur, gred kanser dan respon kanser kepada rawatan yg diberikan.

TAHAPKADAR KELANGSUNGAN HIDUP 5 TAHUN (%)
I90
II70
III39
IV17

6. Sejauh mana bahayanya kanser ovari? Adakah ia boleh merebak ke organ-organ atau tubuh badan kita yang lain, dan menyebabkan berlakunya kanser lain?

Dr. Elyana: Seperti kanser-kanser lain, kanser ovari juga boleh merebak kebahagian badan yang lain. Ini dipanggil metastasis. Ia boleh merebak ke paru-paru, hati, sistem limpa, usus dan bahagian badan yang lain.

7. Bagaimana pula dengan kemungkinan untuk ketumbuhan tersebut muncul semula bagi pesakit yang sudah sembuh?

Dr. Elyana: Kemungkinan untuk kanser berlaku semula memang ada. Secara amnya, apabila tahap kanser ovari tinggi – lebih tinggi tahap kemunculannya semula setelah dirawat. Setiap pesakit yang telah dirawat akan dipantau dengan rapi pada 5 tahun pertama, dan dipantau setiap tahun selepas 5 tahun.

TAHAPKADAR KEMUNCULAN SEMULA (%)
I10
II30
III70-90
IV90-95

8. Sekiranya seseorang individu telah menjalani pembedahan buang rahim, mengapa masih wujud risiko untuk beliau mendapat kanser ovari ini? Boleh doktor terangkan dengan lebih lanjut?

Dr. Nor Elyana Noordin – Perunding Obstetrik dan Ginekologi

Dr. Elyana: Rahim dan ovari adalah organ berbeza. Jika pesakit menjalani pembedahan buang rahim, ovari masih ada didalam badan dan berfungsi seperti biasa.

Maka, risiko untuk mendapat kanser rahim adalah sama dengan wanita yang tidak pernah menjalani pembedahan.

9. Adakah masih mempunyai harapan buat pesakit kanser ovari mengandung dan menimang cahaya mata?

Dr. Elyana: Jika pesakit mempunyai diagnosis kanser ovari tahap I, selalunya hanya ovari yang terkesan akan dibuang, maka pesakit masih lagi boleh mengandung.

Tetapi jika kanser berada pada tahap kritikal, lazimnya pembedahan untuk mengeluarkan sistem peranakan (rahim/ovari/tiub fallopio) akan dilakukan, dan ini bermakna pesakit tidak boleh mengandung.

10. Boleh doktor kongsikan langkah pencegahan dan gaya kehidupan/pemakanan yang sangat disyorkan untuk para wanita di luar sana bagi mengurangkan risiko menghidap penyakit ini?

Dr. Elyana: Tiada langkah yang spesifik untuk mencegah kanser ovari. Sebaiknya,


Semoga dengan perkongsian Dr. Elyana ini membantu para wanita di luar sana. Untuk pelbagai info menarik mengenai kesihatan Mama, Mama boleh dapatkan DISINI.