KelabMama

Dr Amalina Mohon Sumbangan Orang Ramai Bantu Adik Ainul Mardhiah

Mama ada terbaca kisah adik Ainul Mardhiah yang viral bulan lepas? Untuk pengetahuan, Ainul Mardhiah yang berusia 8 bulan menghidapi ketumbuhan di bahagian mulutnya, yang dikenali sebagai Germ Cell Tumor. ‘Gelombang Ainul Mardhiah’ bermula apabila rakaman videonya dengan ketumbuhan seberat 1.2 kg mendapat perhatian rakyat Malaysia. Ramai yang telah memberi sumbangan sehingga ada yang sanggup menjual barang kesayangan demi membantu adik Ainul serta ibu bapanya.

Adik Ainul Mardhiah berusia lapan bulan merupakan anak kepada pasangan Ahmad Safiuddin dan isterinya, Nurul Erwani, 24.

Terbaru, bapa kepada bayi tersebut, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, telah kongsikan satu berita gembira dengan rakyat Malaysia. Menurut perkongsian beliau di laman Facebooknya, Dr Amalina Che Bakri yang kini berpangkalan di sebuah hospital terkemuka di UK, bersama pakar-pakar di United Kingdom bersedia untuk membantu anaknya.

“Assalamualaikum. Update terkini, Dr Amalina di UK and team sudah respon. Mereka dah ready di sana dan minta kami buat MRI di sini.”

Ahmad Safiuddin Ahmad Razak

“Menurut kata Dr Amalina, pakar-pakar di UK ramai yang nak bantu Ainul. Apa pun jalannya, semoga Allah permudahkan. Semoga ada Allah dalam setiap langkah dan usaha kami.”

Ahmad Safiuddin Ahmad Razak

Dr Amalina Che Bakri yang pernah mencatat sejarah di Malaysia kerana keputusan cemerlang 17 A1 dalam SPM 2004, juga telah respon kepada berita itu serta memohon rakyat Malaysia menyumbang kepada adik Ainul. Kongsi Dr Amalina di laman Instagramnya,

Sumbangan tersebut bagi membantu keluarga adik Ainul membawanya ke United Kingdom untuk melakukan pembedahan. Untuk membuat sumbangan:

5541 1050 9928 (MAYBANK) | Ahmad Safiuddin Ahmad Razak

Dalam pada itu, rata-rata rakyat Malaysia turut membantu menghebahkan berita ini serta menitipkan doa agar urusan merawat adik Ainul dipermudahkan.

Menerusi laporan Sinar Harian, Ainul Mardhiah dilahirkan ketika usia kandungan ibunya tujuh bulan, dan dilahirkan dalam keadaan sudah menghidap kanser tersebut. Dia kemudiannya dirawat di Hospital Melaka, sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut ketika baru berusia 10 hari! Allahu…besar sungguh dugaan kamu.

Pada Oktober tahun lalu, ibu bapa Ainul dimaklumkan mengenai ketumbuhan baharu di bahagian leher bayi berkenaan, sebelum disarankan menjalani kimoterapi pada Disember.

Pesan Mama Siti

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, apa kata kita sama-sama memberi sedikit sebanyak sumbangan buat keluarga ini serta turut mendoakan kesihatan dan segala urusan adik Ainul. Semoga ahli keluarga adik Ainul juga tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. Semoga dipermudahkan semuanya ya. Sedih hati tengok anak kecil diduga sebegitu.