KelabMama

Doktor Pakar Kongsi 17 Perkara Selepas Bersalin Yang Mama Tak Boleh Pandang Ringan

Doktor Pakar Kongsi 17 Perkara Selepas Bersalin Yang Mama Tak Boleh Pandang Ringan

Selepas bersalin, normal untuk mama melalui tempoh berpantang bagi memulihkan tenaga luaran dan dalaman mama. Namun, ada perkara yang mama tak boleh ambil remeh atau pandang ringan kerana ianya boleh memudaratkan. Cuba baca 17 perkara ni yang telah dikongsikan oleh Dr. Zubaidi Haji Ahmad mengenai hal ini. 

17 Perkara Selepas Bersalin Yang Mama Tak Boleh Pandang Ringan

Tanda paling bahaya!

1. Kehilangan banyak darah dengan tiba-tiba atau berterusan, termasuk darah beku.

2. Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan (kesan sampingan suntikan epidural).

Jika mama mengalami sakit kepala yang teruk diiringi dengan mata kabur, muntah dan kaki bengkak selepas bersalin, pergi ke hospital dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan.

3. Tekanan darah tinggi bersama sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya.

4. Sakit di bahagian atas abdomen, mungkin mengalami sindrom HELLP (berlaku jika melahirkan kira-kira 48 jam selepas bersalin) beserta muntah, loya dan teramat penat.

5. Nafas pendek selepas selepas mendaki bukit. Dibimbangi mengalami masalah darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru (embolisme pulmonari).

6. Sakit dada sama ada akibat jangkitan kuman pada paru-paru atau ketegangan otot akibat meneran semasa bersalin. Ia juga mungkin tanda embolisme pulmonari.

7. Sakit pada bahagian betis, mungkin akibat trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ia adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan boleh membawa maut. Terutama jika ada tanda merah di pelipat, dan rasa panas di bahagian tersebut.

8. Berkelakuan pelik seperti mudah rasa gelisah. Fikiran kacau, mudah rasa gelisah, keliru dan delusi boleh jadi permulaan kepada psikosis pospartum.

9. Demam panas (38°C), sama ada disertai dengan menggigil atau tidak. Petanda jangkitan kuman terutama pada ruang antara vagina dah rektum (perineum), luka pembedahan caesar, saluran kencing atau di uterus (rahim) mama.

Demam melebihi 38°C disertai dengan menggigil merupakan simptom berbahaya buat ibu berpantang.

10. Tak dapat buang air kecil dalam 6 jam pertama selepas bersalin akibat kesan suntikan epidural.

11. Lendiran faraj yang berbau busuk, akibat jangkitan pada rahim atau faraj.

12. Sakit perut yang luar biasa terutama pada sekeliling jahitan pembedahan caesarean.

13. Buasir yang teruk atau bengkak pada lubang dubur selepas bersalin.

14. Rasa letih, tak bersemangat dan tak berminat untuk berjumpa orang selepas beberapa hari bersalin. Ia tanda kemurungan selepas bersalin (meroyan).

15. Terlintas untuk membunuh diri.

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85% sewaktu tempoh berpantang.

16. Sakit yang teruk pada perineum, mungkin bersama air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk, mungkin akibat jangkitan pada jahitan atau jangkitan saluran kencing.

16. Tak dapat kawal buang air besar. Najis keluar dengan sendiri dan tak dapat dikawal dengan baik. Boleh jadi disebabkan oleh koyakan atau darah beku (haematoma) pada lubang dubur.

17. Sembelit selepas beberapa hari melahirkan anak.

Kebiasaannya orang Melayu akan melakukan beberapa pantang dan pengambilan herba untuk mengembalikan tenaga dan mempercepatkan kesembuhan.

Antaranya ekstrak kacip fatimah, kunyit dan madu selama tempoh ini. Jangan lupa untuk minum air secukupnya dan makan makanan seimbang. Bak kata orang, fasa berpantang nilah yang menentukan kesihatan seorang ibu untuk jangka masa panjang. Jadi, jaga kesihatan mama. Kalau mama tak jaga kesihatan, macam mana nak jaga si kecil nanti kan?

Sumber: Dr. Zubaidi Hj Ahmad

BACA JUGA MEROYAN SELEPAS BERSALIN, IBU KONGSI TIPS LAWAN POSTPARTUM DEPRESSION

Pesan Mama Siti:

Lepas bersalin, banyak yang perlu mama pertimbangkan. Rehat yang cukup, diet yang sihat dan juga aktiviti yang boleh de-stress kan mama. Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun mama berpantang. Beri masa untuk diri mama sendiri. Barulah mama cepat sihat!