KelabMama

Doktor & Mama Cantik Ini Kongsikan Kepentingan Vaksin Pada Anak-Anak

Baru-baru ini, kerajaan melancarkan Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids). Walaupun ramai ibu bapa sudah mendaftarkan anak-anak mereka, namun, terdapat ramai lagi ibu bapa yang masih ragu-ragu dan bimbangkan kesan sampingan yang akan menjejaskan kesihatan dan aktiviti harian anak mereka.

Tetapi, tahukah Mama, jika anak-anak yang tidak divaksin terkena jangkitan virus COVID-19, mereka berisiko untuk mengalami komplikasi ‘post-COVID-19’ yang lebih teruk seperti gejala Multi-system Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C).

Kredit gambar: Malay Mail

Sebelum perkara yang tidak baik berlaku, mari kita membuat kajian dan dengarkan pendapat daripada sesama ibu, Dr Tengku Ezulia. Ibuencer ini menceritakan bertapa pentingnya vaksin untuk anak-anak, dan apa yang Mama semua kena buat jika risaukan komplikasi selepas divaksin.

Vaksin Untuk Anak-Anak, Yes Or No?

Nak vaksin ke tak anak?

Persoalan yang ramai parents tengah pening sekarang. Ramai yang dah ambil vaksin Covid19 untuk diri sendiri, siap ambil booster lagi. Tapi takut nak vaksin anak-anak.

Yes, I understand. Sebab orang dewasa pun lepas vaksin demam, sakit bengkak tangan etc. So I get your concern…takut nanti anak-anak yang tengah sihat tetiba pulak tak sihat lepas vaksin. 

We are expecting the Omicron wave to surge relentlessly in coming days. Oleh sebab infective rate Omicron ni tinggi, lebih ramai yang akan dapat jangkitan Omicron ni. Orang yang dah vaksin akan dapat flu-like symptoms dan sembuh selepas beberapa hari.

Kredit gambar: Freepik

Tapi the collateral damage is to the unvaccinated people and to the children. When they get infected, they can get serious infection and complications.

So, patut tak korang vaksin kan anak-anak? It’s up to you. Tapi kalau anak saya, memang saya akan vaksin.

Kredit gambar: Instagram Dr Tengku Ezulia

Kenapa Perlu Vaksinkan Anak Kita?

  1. Kanak-kanak boleh mengalami komplikasi seperti Multisystem Inflammatory Syndrome (MIS-C) sampai memerlukan rawatan di ICU atau komplikasi jangka panjang.
  2. Virus ini boleh menyebabkan kematian pada kanak-kanak.
  3. Kesian kanak-kanak terlepas sekolah, peluang belajar dan bermain dgn kanak-kanak lain.
Kredit gambar: Utusan

Risaukan komplikasi vaksin, apa yang Mama boleh buat?

  1. Monitor symptoms anak-anak selepas vaksin.
  2. KEBANYAKAN: Kanak-kanak mungkin mengalami kesan sampingan yang lebih kurang dengan selepas vaksinasi rutin lain. Ini tanda biasa bahawa tubuh mereka sedang membina immuniti badan. Kesan sampingan akan hilang dalam beberapa hari.
  3. JARANG-JARANG BERLAKU: Situasi yang jarang berlaku, vaksinasi Covid19 mungkin mengakibatkan kesan sampingan yang lebih serius, seperti tindak balas alahan yang teruk atau miokarditis dan perikarditis (keradangan otot jantung). Jadi sebab itu kena monitor simptom anak-anak dan cepat-cepat dapatkan rawatan.
Kredit gambar: Grepmed

Mitos VS Fakta

Yang penting, ingat ni:

MITOS: Kanak-Kanak tidak dpt jangkitan Covid19 yang teruk, jadi nak vaksin tidak berbaloi dgn risikonya.

FAKTA: Faedah vaksin Covid19 untuk kanak-kanak melebihi risiko vaksin.

Last sekali, korang as parents decide lah yang terbaik utk anak-anak sendiri. 

Haaa, ragu-ragu lagi tak Mama? Banyak sangat info yang Dr Tengku Ezulia kongsikan untuk penambahan ilmu Mama tentang vaksin untuk anak-anak. Mama Siti harap Mama dapat mengambil maklumat yang sahih dari sumber boleh dipercayai.

Jika Mama masih ragu-ragu mengenai vaksin untuk anak-anak ini, Mama boleh baca penerangan eksklusif Pakar Pediatrik daripada Kementerian Kesihatan, Dr Sangeetha Siniah mengenai topik ini. Daftarkan vaksin untuk anak-anak Mama sekarang dan selamat ber-vaksin!