“Tak fahamlah, kenapa kita selalu sokong negara Palestin. Kenapa Palestin ini istimewa sangat ya? “
Mama Siti pun pernah ada persoalan yang sama. Lebih-lebih lagi ketika itu, masih muda remaja. Jadi ketika itu, Mama Siti hanya ikut-ikut orang sahaja. Orang baca doa, ikutkan sahaja lah.
Sampailah satu masa, Mama Siti fikir yang kita perlu cari dapatkan jawapan pada persoalan tentang kenapa Palestin selalu mendapat perhatian.
Palestin, Tanah Istimewa Dari Zaman Berzaman
Salah satu faktor ialah disinilah terletaknya salah satu masjid utama umat Islam. Bahkan Masjid Al-Aqsa ialah kiblat pertama kita semua.
Keduanya, dikatakan Nabi Ibrahim AS pernah terlibat dalam pembinaan Masjid Al-Aqsa suatu ketika dahulu. Begitu juga Nabi Musa AS yang pernah menyeru umatnya agar masuk ke tanah suci Palestin.
Kisah keagungan negara Palestin disempurnakan oleh Nabi Muhammad yang mengalami peristiwa israk dan mikraj di masjid Al-Aqsa.
3 Doa Untuk Palestin Agar Nasib Penduduknya Terbela
#1 Doa Untuk Palestin
اللَّهُمَّ أَعِزَّالْإِسْلَامَا وَ لْمُسلِمِين
اللَّهُمَّ انْصُرْإِخْوَاننَاَ الْمُسلِمِين المُجَاهِدِينَ فِي فِلِسْطِين
اللَّهُمَّ ثَبِّتْإِ يمَانَهُمْ وَأَ نْزِلِ السَّكِينَةَ عَلَىقُلُوبِهِم وَ وَحِّدْ صُفُوفَهُمْ
اللَّهُمَّ أَهْلِكِ الْكَفَرَةَ وَ المُشْرِكِينَ اللَّهُمَّ دَمِّرِ لْيَهُودا وَ إِسْرَآئِل
وَشَتِّتْ شَمْلَهُم وَ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ اللَّهُمَّ انْصُرْ عَلَى المُجَاهِدِينَ أَعْدَائِنَا وَ أَ عْدَاءَ الدِّين
بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ
Doa rumi:
‘Allahumma ‘a-izzal islama wal muslimina, Allahummanshur ikhwananal musliminal mujahidina fi filistin, Allahumma tsabbit imanahum wa anzilis-sakinata ‘ala qulubihim wa wahhid shufufahum, Allahumma ahlikil kafarata wal musyrikina Allahumma dammiril yahuda wa israila, Wa syattit syamlahum wa farriq jam’ahum, Allahummanshur ‘alal mujahidina a’daa-ana wa a’daa-addin
Birahmatika ya arhamar-rahimin wa shallallahu ‘alan-nabiy Muhammad’
Maksudnya:
“Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum muslimin, Ya Allah, bantulah kaum muslimin dan mujahidin di Palestin,
Ya Allah, kuatkanlah iman mereka dan turunkanlah kedamaian dalam hati mereka dan satukanlah saf mereka,
Ya Allah, hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrik. Ya Allah, musnahkanlah orang-orang Yahudi dan tentera Israel dan ceraikanlah kesatuan mereka,
Ya Allah, kalahkan mujahidin ke atas musuh-musuh agama kami dengan rahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasih,
Dan sampaikanlah selawat kami kepada Nabi Muhammad”
#2 Doa Qunut Nazilah
اللَّهُمَّ إنَّا نَسْتَعِينُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَسْتَهْدِيكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنُثْنِي عَلَيْكَ الْخَيْرَ كُلَّهُ نَشْكُرَكَ وَلَا نَكْفُرُكَ وَنَخْلَعُ وَنَتْرُكُ مَنْ يَفْجُرُكَ اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُدُ وَلَك نُصَلِّي وَنَسْجُدُ وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ نَرْجُو رَحْمَتَك وَنَخْشَى عَذَابَكَ إنَّ عَذَابَك الْجِدَّ بِالْكُفَّارِ مُلْحَقٌ
Doa rumi:
Allâhumma innâ nasta‘înuka wa nastaghfiruk, wa nastahdîka wa nu’minu bik wa natawakkalu alaik, wa nutsnî alaikal khaira kullahu nasykuruka wa lâ nakfuruk, wa nakhla‘u wa natruku man yafjuruk. Allâhumma iyyâka na‘budu, wa laka nushallî wa nasjud, wa ilaika nas‘â wa nahfid, narjû rahmataka wa nakhsyâ adzâbak, inna adzâbakal jidda bil kuffâri mulhaq
Maksudnya:
“Tuhan kami, kami memohon pertolongan Mu, meminta ampunan Mu, mengharap petunjukMu, beriman kepadaMu, bertawakal kepadaMu, memujiMu, bersyukur dan tidak mengingkari atas semua kebaikanMu, dan kami menarik diri serta meninggalkan mereka yang menderhakai Mu. Tuhan kami, hanya Kau yang kami sembah, hanya kepadaMu kami hadapkan solat ini dan bersujud, hanya kepadaMu kami berjalan dan berlari. Kami mengharapkan rahmatMu. Kami takut pada seksa Mu karena seksa Mu yang keras itu akan menimpa orang-orang kafir”
#3 Doa Untuk Palestin
اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِالْيَهُودِ الْمُعْتَدِيْن الَّذِيْنَ قَتَلُوا إِخْوَانَنَا الْمُسْلِمِيْنَ فِيْ فِلِسْطِيْن ، اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِهِمْ فَإِنَّهُمْ
لاَ يُعْجِزُونَكَ ، اللَّهُمَّ شَتِّتْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَاجْعَلِ الدَّائِرَةَ عَلَيْهِمْ ، اللَّهُمَّ أَحْصِهِمْ عَدَداً
وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً ، اللَّهُمَّ أَنْزِلْ عَلَيْهِمْ وَعَلىَ مَنْ عَاوَنَهُمْ بَأْسَكَ الَّذِي لاَ يُرَدُّ عَنِ
الْقَوْمِ الظَّالِمِيْن
اللَّهُمَّ أَنْجِ إِخْوَانَنَا الْمُسْلِمِيْن الْمُسْتَضْعَفِيْنَِ فِيْ فِلِسْطِيْنَ ، اللَّهُمَّ الْطُفْ بِهِمْ وَارْحَمْهُمْ وَأَخْرِجْهُمْ
مِنَ الضِّيْقِ وَالْحِصَارِ ، اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْهُمُ الشُّهَدَاءَ وَاشْفِ مِنْهُمُ الْمَرْضَى وَالْجَرْحَى ، اللَّهُمَّ كُنْ لَهُمْ
ولاَ تَكُنْ عَلَيْهِمْ فَإِنَّهُ لاَ حَوْلَ لَهُمْ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِكَ
اللَّهُمَّ انْصُرِ الْمُجَاهِدِيْنَ فِيْ فِلِسْطِيْنَ اللَّهُمَّ انْصُرْهُمْ عَلَى الْيَهُوْدِ وَمَنْ عَاوَنَهُمْ مِنَ الْكُفَّارِ وَالْمُنَافِقِيْنَ
، اللَّهُمَّ سَدِّدْ سَهْمَهُمْ وَوَحِّدْ صُفُوْفَهُمْ وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ عَلَى الْحَقِّ يَا حَيُّ يَاقَيُّوْمُ
Maksudnya:
“Ya Allah turunkanlah hukuman Mu atas kaum Yahudi yang telah melakukan kezaliman dengan membunuh saudara-saudara kami kaum muslimin di Palestin, Ya Allah hukumlah mereka sesungguhnya mereka tak mampu melemahkanMu,”
“Ya Allah cerai beraikan mereka porak porandakan kesatuan mereka dan turunkanlah balasanMu atas mereka, Ya Allah kumpulkan dan binasakanlah mereka dan janganlah Kamu sisakan sedikit pun dari mereka,”
“Ya Allah turunkanlah atas mereka dan semua pihak yang membantu mereka, balasanMu yang tidak dapat ditolak oleh kaum pembuat kezaliman”
“Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara Islam kami yang lemah di Palestin. Ya Allah, kasihanilah mereka dan keluarkan mereka dari keterasingan dan kesempitan yang sedang mereka alami saat ini,”
“Ya Allah terimalah syuhada mereka dan sembuhkanlah yang luka dan sakit dari kalangan mereka,”
“Ya Allah tetaplah bersama mereka dan jauhilah musuh-musuh mereka kerana tiada daya dan kekuatan bagi mereka kecuali dari Mu”
“Ya Allah turunkanlah pertolongan Mu buat kaum mujahidin di Palestin, Ya Allah tolonglah mereka menghadapi kaum Yahudi dan penolong-penolong mereka dari kalangan kafir dan kaum munafik,”
“Ya Allah tepatkan lah bidikan mereka, rapatkanlah saf perjuangan mereka dan satukanlah kalimat mereka di atas kebenaran Ya Hayyu Ya Qayyum.
Begitulah bagaimana Mama Siti beralih daripada hanya ikut-ikut kepada menjawab persoalan. Rupanya amalan kita akan lebih terasa jika kita faham apa yang sedang dilakukan.
Istimewanya Palestin kerana disinilah hubungan rapatnya dengan kisah nabi-nabi. Kedaulatannya harus kita pelihara walaupun hanya sekadar doa.
Semoga Allah memberikan syahid kepada mereka yang terkorban dan memberikan kebaikan kepada mereka yang masih berjuang.
Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.