KelabMama

7 Doa Untuk Orang Sakit Mengikut Sunnah Rasulullah SAW Yang Boleh Diamalkan

Apabila ada orang yang sedang diuji dengan kesakitan, maka kita hendaklah sama-sama mendoakan agar kesihatan mereka segera pulih. 

Tambahan pula, menziarahi orang sakit termasuk dalam salah satu daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain. 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ: مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ؟، قَالَ: إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ، وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ،

 وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ، وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Maksudnya: “Hak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW berkata: Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya. Apabila kamu diundang maka penuhilah. jika Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah hamdalah serta balaslah (dengan doa: يرحمك الله). Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur” 

(Riwayat Muslim)

Manakala ada satu hadis yang merekodkan bahawa setiap kata-kata kita semasa menziarahi orang yang sakit akan diaminkan oleh para malaikat. 

Daripada Ummu Salamah R.anha, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ، أَوِ الْمَيِّتَ، فَقُولُوا خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ

Maksudnya: “Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan” 

(Riwayat Muslim)

Doa Untuk Orang Sakit Yang Boleh Dibacakan

  1. Doa Ketika Ziarah Orang Sakit

Doa ini diajarkan Rasulullah SAW ketika melawat sahabatnya yang sakit.

أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

As’alullahal azhima rabbal ‘arsyil ‘azhimi an yassfiyaka.

Maksudnya: “Aku memohon kepada Allah yang agung, Tuhan arash yang megah agar menyembuhkanmu” 

(HR Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

  1. Doa Ketika Ziarah Orang Sakit

لَا بَأْسَ طَهُوْرٌ إِنْ شَاءَ اللهُ

Lā ba’sa thahūrun insyā’allāhu

Maksudnya: “(Semoga) tidak apa-apa (sakit), semoga suci dengan kehendak Allah SWT” 

(HR Bukhari dan Ibnu Abbas)

  1. Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit
Kredit gambar: Freepik

Menjadi keutamaan seorang anak untuk melayani ibu bapa mereka lebih-lebih lagi ketika mereka sedang sakit. Selain menjaga makan, minum dan ubat-ubatan, kita juga hendaklah mendoakan agar sakit mereka segera diangkat. 

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِى لاَ شَافِىَ إِلاَّ أَنْتَ ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Allahumma rabban naas mudzhibal ba’si isyfi antasy-syaafii laa syafiya illaa anta syifaa’an laa yughaadiru saqoman.

Mkasudnya: “Ya Allah Wahai Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakitnya, sembuhkanlah mereka. (Hanya) Engkaulah yang dapat menyembuhkannya, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak kambuh lagi” 

( HR Bukhari dan Muslim)

  1. Doa Ketika Anak Sedang Sakit
Kredit gambar: Dream.co.id

Apabila telah menjadi ibu bapa, anak akan menjadi keutamaan dalam keluarga. Setiap hari, pasti Mama dan Papa doakan anak-anak.

Sekiranya anak jatuh sakit, mahu itu sakit yang ringan atau sakit yang berat, Mama dan Ayah akan berusaha sedaya upaya menjaga dan mendoakan mereka.

Agar memohon sakit anak-anak segera sembuh, Mama dan Ayah boleh bacakan doa ini untuk anak-anak.

امْسَحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ بِيَدِك الشِّفَاءُ لَا كَاشِفَ لَهُ إلَّا أَنْتَ

Imsahil ba’sa rabban nasi. Bi yadikas syifa’u. La kasyifa lahu illa anta

Maksudnya:

“Tuhan manusia, angkatlah penyakit ini. Di tangan-Mu lah kesembuhan itu. Tidak ada yang dapat mengangkatnya kecuali Engkau”

  1. Doa Agar Diberi Kesembuhan dan Pengampunan
Kredit gambar: Freepik

شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ

Syafakallahu saqamaka, wa ghafara dzanbaka, wa ‘afaka fii diinika wa jismika ilaa muddati ajalika.

Maksudnya: “Wahai (sebut nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengafiatkanmu dalam hal agama serta fisikmu sepanjang usia”

  1. Doa Agar Diberikan Rahmat dan Kasih Sayang
Kredit gambar: Freepik

رَبَّنَا اللَّهُ الَّذِي فِي السَّمَاءِ تَقَدَّسَ اسْمُكَ أَمْرُكَ فِي السَّمَاءِ وَالأَرْضِ كَمَا رَحْمَتُكَ فِي السَّمَاءِ فَاجْعَلْ رَحْمَتَكَ فِي الأَرْضِ اغْفِرْ لَنَا حُوبَنَا وَخَطَايَانَا أَنْتَ رَبُّ الطَّيِّبِينَ أَنْزِلْ رَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ وَشِفَاءً مِنْ شِفَائِكَ عَلَى هَذَا الْوَجَعِ فَيَبْرَأُ

Robbana-Allahullazi fis-samaai taqoddasas-muka amruka fis-samaai wal-ardhi kamaa rohmatuka fis-samaai faj-al rohmataka fil-ardhi. Ighfir lanaa huubanaa wa khotoyaanaa anta robbut-toyyibeen. Anzil rohmatan min rohmatika wa shifaan min shifaaika ‘alaa haazal-waja’i fa-yabra’u

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, terpujilah nama-Mu, jadilah kehendak-Mu di langit dan di bumi; karena rahmat-Mu ada di surga, berikanlah itu ke bumi. Ampunilah kami atas segala dosa dan jalan kami yang salah. Wahai Tuhanku, turunkan rahmat dari-Mu dan obat dari-Mu untuk menyembuhkan sakit ini, sehingga sembuh.

  1. Doa Untuk Diri Sendiri Yang Sedang Sakit
Kredit gambar: Freepik

Aisyah R.A melaporkan bahawa: Setiap kali Rasulullah s.a.w. sakit, dia akan membaca Mu’awwidhatayn (Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas) dan kemudian meniupkan nafasnya ke atas badannya. Apabila beliau sakit tenat, saya (Aisyah R.A) membaca (dua surah ini) dan menggosok kedua tangannya ke atas badannya dengan mengharap keberkatannya.

(Sahih Bukhari)

Kredit gambar: Wikipedia
Kredit gambar: Quran Sheikh

Semoga Allah memberikan kesembuhan buat rakan-rakan dan ahli keluarga kita yang sakit. Jadi hari ini kita tahu bahawa doa untuk orang sakit yang kita bacakan itu akan didengari oleh malaikat dan diaminkan. Tinggal lagi Allah yang berhak membuat keputusan ke atas orang sakit itu. 

Bukan sahaja perlu mendoakan ketika ziarah, doa untuk ibu bapa dan anak-anak. Bahkan doa untuk diri sendiri pun ada diajarkan oleh Nabi Muhammad. 

Kita berusaha, Allah yang menentukan. Harap-harap Allah menetapkan takdir yang baik untuk hamba-hambaNya.  Jom baca doa supaya dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan seharian kita!


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.