KelabMama

“Curang Itu Pilihan” 7 Doa Untuk Keluarga, Erat Kesetiaan dalam Rumah Tangga

Hati setiap manusia itu dipegang Allah. Dia lah yang berkehendak memperkenan atau menangguhkan doa-doa hambaNya.

Namun begitu, Allah SWT juga mengurniakan nafsu kepada kepada kita. Disebabkan itulah kata Nabi SAW;

“…Sesungguhnya hati manusia itu berada di antara dua jari daripada jari-jari Allah SWT yang mana Dia akan membolak-balikkannya mengikut kehendak-Nya.”

(Riwayat al-Tirmizi)

Bacaan doa-doa untuk keluarga perlu dijadikan amalan selepas solat terutamanya untuk menjamin kesetiaan antara pasangan.

Selain itu, melalui amalan berdoa, kita mengharapkan Allah merahmati ahli keluarga kita semua. Dan Dia sangat suka kepada hamba yang berharap kepada zatnya.

Doa Untuk Kesejahteraan Ahli Keluarga 

#1 Doa Mohon Keampunan

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ

‘Qālā rabbanā ẓalamnā anfusana wa il lam tagfir lanā wa tar-ḥamnā lanakụnanna minal-khāsirīn’

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pasti kami termasuk di kalangan orang-orang yang rugi”

Surah al-A’raf ayat 23

#2 Doa Lembut Hati (Suami & Isteri)

Dibaca untuk melembutkan hati pasangan dan anak-anak.

Kredit gambar: Facebook

Bacaan rumi:

‘ ṭā hā (1)

mā anzalnā ‘alaikal-qur`āna litasyqā (2)

illā tażkiratal limay yakhsyā (3)

tanzīlam mim man khalaqal-arḍa was-samāwātil-‘ulā (4)

ar-raḥmānu ‘alal-‘arsyistawā (5) ‘

Maksudnya: Taa’ Haa (1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan (2) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintahNya (3) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi (4) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy (5)

(Surah Taha ayat 1-5)

#3 Doa Untuk Pasangan dan Anak-Anak

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

‘Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyatina qurrota a’yun waj’alna lil muttaqina imama’

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami (pasangan) dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”

#4 Doa Mengawal Diri daripada Amarah (Panas Baran)

اللَّهمَّ برِّد قَلبي بالثَّلجِ والبرَدِ ، والماءِ الباردِ ، اللَّهمَّ نقِّ قلبي منَ الخطايا كما نَقَّيتَ الثَّوبَ الأبيضَ منَ الدَّنَسِ

‘Allahumma barid qolbi bith salji, wal baradi, wal mailbarrid. Allahumma naqqi qolbi, minnal khotoya kama naq qaitath thaubal baidho minnad danas’

Maksudnya: Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji, air embun, dan air yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana  Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran.

#5 Doa Mohon Rahmat dan Bimbingan

 رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

‘Rabbanaaa aatinaa mil ladunka rahmatanw wa haiyi’ lanaa min amrinaa rashadaa’

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”

Surah al-Kahfi ayat 10

#6 Doa Menghindar Diri Daripada Perangai & Nafsu Jahat

اللهم إنّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْأَسْوَاءِ وَالْأَهْوَاءِ

‘Allahumma inni a’uzdubika minal aswa i wal ahhwa i’ 

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada perangai buruk, dan kerakusan hawa nafsu.

#7 Doa Dikurniakan Hidayah Seisi Keluarga

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنت الْوَهَّابُ

‘Rabbanaa laa tuzigh quloobanaa ba’da iz hadaitanaa wa hab lanaa mil ladunka rahmah; innaka antal Wahhab’

Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

 Surah Ali Imran ayat 8

Kenapa Allah Tidak Mewariskan Iman ? 

Kita boleh mengambil kisah andalan daripada bapa saudara Nabi SAW, Abu Talib yang mati dalam keadaan bukan Islam. 

Kisah itu mempamerkan kuasa Allah yang maha esa yang mentakdirkan setiap kejadian mengikut kehendakNya dan bukan disebabkan status seseorang. 

Benarlah lagu dari kumpulan Raihan, iman memang tidak dapat diwarisi walaupun memiliki ahli keluarga yang alim dan abid. 

Hanya Tuhan Yang Berkuasa Ke Atas Hati Manusia

Bagi memastikan diri sendiri dan keluarga sentiasa mendapat perhatian Allah, maka hendaklah kita perbanyakkan berdoa agar hati tidak berbolak hati ke arah yang dibenciNya.

Tuhan berkehendak tetapi kita juga diberikan peluang untuk menjadikan peribadi ahli keluarga menjadi lebih baik dengan berdoa. Insya Allah.


Tingkatkan kerohanian dengan pelbagai ilmu keagamaan di SINI.