Sedar tak Mama dan Papa, sebenarnya kita besarkan anak-anak untuk kita tinggalkan ketika mereka sudah matang atau bila tiba panggilan pulang kita ke rahmatullah.
Oleh itu, banyakkan berdoa agar anak kita menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Amanah besar iaitu anak hendaklah dididik agar tergolong di kalangan orang-orang berjaya.
7 Doa Untuk Anak Berjaya Dunia Dan Akhirat
#1 Doa Melembutkan Hati Anak Yang Degil
Surah As-Syura, ayat 19:
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ
Maksudnya: “Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa “.
#2 Doa Agar Anak Lembut Hati, Pintar Dan Soleh
Cara Pertama
Surah Al Imran, ayat 200 dan diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latif dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ya ayyuhal lazina amanusbiru wa sabiru wa rabitu, wattaqullaha la’allakum tuflihun
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Cara Kedua
Baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 -5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak tiga kali.
Surah Taha 1-5:
طه. مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ. إِلَّا تَذْكِرَةً لِمَنْ يَخْشَىٰ. نْزِيلًا مِمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى. الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ
Taa haa
Maa anzal-naa ‘alai kal Quraana lee tashqaaa
Illah taz kira tall-limany yakh sha
Tan zeelam mim-man khala qal arda was-samaa waatill ‘ulaa
Ar-Rahmaanu ‘alal ‘Arshis tawaa
Maksudnya: “Thaahaa; Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah; Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah); Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi; (iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas ‘Arsy.”
Doa Nabi Daud
اَللَّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاوُدَالْحَدِيْد
Allahumma layyin li qalbahu, laiyinta li Daudal hadid
Maksudnya: ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi”.
#3 Doa Cegah Anak Terlalu Lasak Dan Nakal
Cara Pertama
Surah Ibrahim, ayat 40:
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Rabbij ‘alni muqimas Salaati wa min zurriyyati Rabbanaa wa taqabbal du’a’
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak dan cucuku sebagai orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku”.
Cara Kedua
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74:
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa Wazurriiyatinaa qurrata a’yunin wa ja’alnaa Lilmuttaqiina imamaa
Maksudnya: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
#4 Doa Supaya Anak Rajin Mengerjakan Solat
Surah Ibrahim ayat 40-41:
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ. رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Rabbij ‘alnee muqeemas Salaati wa min zurriyyatee Rabbanaa wa taqabbal du’a’
Rabbanagh fir lee wa liwaalidaiya wa lilmu’mineena Yawma yaqoomul hisaab
“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat ).
#5 Doa Supaya Anak Taat Kepada Perintah Allah
Surah Al-Baqarah, ayat 128:
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Rabbanaa waj’alnaa muslimaini laka wa min zurriyyatinaaa ummatam muslimatal laka wa arinaa manaasikanaa wa tub ‘alainaa innaka antat Tawwaabur Raheem
Maksudnya:
“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini . Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”.
#6 Doa Agar Anak Mendengar Kata
Cara Pertama
Surah Al-Anbiya ayat 69:
قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ
Qulna ya naru kuni bardan wasalaman A’ala ibraheem
Maksudnya: “Kami berfirman, Hai api, jadilah engkau sejuk, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim.
Cara Kedua
Surah Al-Hasyr, ayat 22-24:
.هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ .هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ .هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Maksudnya: “Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara , yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Asmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
#7 Doa Memohon Rahmat Dan Keberkatan
Surah Al-Imran ayat 8-9:
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ’ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Maksudnya: “Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji”.
Banyak doa yang boleh kita amalkan agar dipermudahkan urusan mendidik anak-anak agar menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat.
Kita digalakkan baca doa untuk anak-anak sedari awal lagi. Insya allah dengan izin Allah, anak yang diamanahkan itu sempurna akhlak dan didikannya.
Mama Siti kongsikan pelbagai tips amal ibadah di SINI.