KelabMama

Betulkan ‘Body Clock’ Dengan 5 Doa Susah Tidur (Insomnia dan Gangguan)

doa susah tidur

Ada orang tak boleh tidur malam sebab penyakit insomnia, ada juga yang tak boleh tidur malam sebab gangguan makhluk lain. 

Waktu malam memang Allah SWT ciptakan untuk kita berehat. Jelas disebutkan waktu malam kerana wujudnya perbezaan kualiti tidur pada waktu malam dan siang. 

Sangat penting untuk tidur pada waktu malam kerana Mama akan tidur selari dengan irama sirkadian (circadian rhythm) ataupun jam badan dalaman (body clock).

Berikut Mama kongsikan lima doa susah tidur agar Mama boleh tidur nyenyak di waktu malam. 

Koleksi Doa Susah Tidur 

Kredit gambar: South China

#1 Doa Susah Tidur 

اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ أَهْدِئْ لَيْلِيْ وَأَنِمْ عَيْنِي

Allahumma gharatin nujum wa hada ‘atil uyun. Wa anta hayyun qayyumun. La ta khudzuhu sinatun wa la naum. Ya hayyu, ya qayyum, ahdi’ layli wa anim ‘ayni

Maksudnya: “Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.”

(Hadis riwayat Ibnu Sunni, Tabrani dan Zaid bin Tsabit)

#2 Doa Susah Tidur 

“Ya Allah, Tuhan pentadbir tujuh petala langit dan segala apa yang dibawah naunganNya. Tuhan penguasa tujuh petala bumi dan segala apa yang dikandungkan Nya dan Tuhan yang empunya syaitan-syaitan dan segala apa yang telah disesatkan.

Jadilah Tuhanku untukku sebagai pelindung. Aku mohon perlindungan Mu daripada bencana kejahatan makhluk Mu sekaliannya. Dengan bahawa mengalahkan aku oleh sesiapa juga daripada makhluk-makhluk Mu itu. Dan juga daripada melakukan penganiayaan atas diriku.

Maha gagah perlindungan Mu. Maha besar pujian kepada Mu. Dan tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya selain daripada Mu. Dan tiada Tuhan yang wajib ditaati melainkan Tuhanku.”

(Buku Wirid dan doa, karya Haji Jamaluddin Hashim)

#3 Doa Susah Tidur Kerana Gangguan

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“A’uudzu bi kalimatillaahit-taammati min syarri maa kholaq.

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada kejahatan makhluk-Nya.”

#4 Doa Susah Tidur Kerana Gelisah (Anxiety)

Kredit gambar: Freepik

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَمَا أَظَلَّتْ

وَرَبَّ الأَرَضِينَ وَمَا أَقَلَتْ 

وَرَبِّ الشَّيَاطِينِ وَمَا أَضَلَّتْ

كُنْ لِي جَارًا مِنْ شَرِ خَلْقِكَ كُلِّهِمْ جَمِيعًا أَنْ يَفْرُطَ عَلَيَّ أَحَدٌ مِنْهُمْ وَأَنْ يَبْغَى عَلَيَّ

عَن جَارُكَ

وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ

وَلَا إِلَهَ إِلَّا انْتَ

“Allahumma Robbas samaawaatis sab’i wa maa azhollat, 

wa robbal ardhi na wa maa aqollat, 

wa robbish syayaatina wa maa adhoollat, 

kun lii jaaron min syarri kholqika kullihim jamii’an an yafrutho ‘alayya ahadun minhum wa an yabgho ‘alayya ‘an jaaruka 

wa jalla sanaa uka, 

wa laa ilaaha ghoiruka, 

wa laa ilaaha illaa anta”

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan tujuh langit dan semua yang dinaunginya, Tuhan bumi dan semua yang dimuatnya, Tuhan syaitan dan semua yang disesatkannya, jadilah pelindungku dari kejahatan semua makhluk Mu, hendaklah tiada seorang pun di antara mereka yang berani berbuat semberono terhadap diriku dan tiada pula yang berani berbuat aniaya terhadapku. Kuatlah perlindunganMu dan agunglah pujianMu, tiada Tuhan selain Engkau dan tiada Tuhan kecuali Engkau.” 

(Hadis riwayat Tirmidzi)

#5 Doa Susah Tidur Agar Tidur Lena

للَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسى إِلَيْكَ وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِى إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرى إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لاَ مَلْجَأَ وَلَا مَنْحَى مِنْكَ إِلا إِلَيْكَ، أَمَنْتُ بكتابكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبَسَيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْت

“Allahuma aslamtu ilaika wawajjahtu wajhii ilaika, wafawwadhtu amrii ilaika waalja’tu dzahrii ilaika raghbatan wa raghbatan ilaika laa maljaa walaa manjaa minka illa ilaika amantu bikitaabikalladzii anzaita wa binabiyyikalladzii arsalta”

“Ya Allah, aku pasrahkan diriku kepadaMu, aku pasrahkan urusanku kepadaMu, aku hadapkan wajahku kepada-Mu, aku bertumpu kepadaMu kerana aku ingin dan takut kepadaMu. Tiada tempat kembali dan tiada penyelamat selain dariMu, melainkan kepadaMu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan NabiMu yang telah Engkau utuskan”.

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Seboleh-bolehnya, usahakan untuk tidur di waktu malam. Pertamanya sebab ianya merupakan sunnatullah iaitu hukum alam. Kedua adalah untuk menjaga kesihatan tubuh badan melalui tidur. 

Mama Siti juga ada sertakan doa susah tidur untuk Mama yang mengalami masalah insomnia dan juga gangguan syaitan. Semoga Allah permudahkan usaha kita mendapat rehat yang secukupnya. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.