Solat sunat tasbih merupakan solat sunat yang dibacakan sebanyak 300 tasbih. Ia ialah solat yang membuka pintu-pintu keampunan Allah SWT kepada hambanya dari awal kehidupan seseorang hinggalah saat dia mengerjakan solat tasbih.
Kata Nabi SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib;
Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali.“
( Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah )
Solat Tasbih Siang dan Malam Berbeza Rakaat?
Uniknya untuk solat sunat tasbih ialah pada bilangan salam dalam solatnya. Sebenarnya bilangan rakaatnya sama sahaja cuma cara melakukannya yang berbeza.
- 4 rakaat 1 kali salam: Siang hari
- 4 rakaat 2 kali salam: Malam hari
Apabila menunaikan solat tasbih pada waktu siang, hendaklah dikerjakan sebanyak empat rakaat dalam satu salam.
Manakala jika dilakukan pada waktu malam, hendaklah dikerjakan dengan dua salam. Dalam kata lain, solat sunat tasbih didirikan dengan dua rakaat dengan salam yang pertama. Kemudian bangun semula untuk melakukan baki dua rakaat.
Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih
Kaifiat melakukan solat tasbih sama seperti solat sunat yang lain kecuali perlu dibacakan tasbih dalam beberapa gerakkan solat. Bilangan tasbih pada setiap rakaat ialah 75 tasbih.
Secara keseluruhan, 300 tasbih akan dibacakan dalam empat rakaat solat tasbih iaitu 75 tasbih setiap satu rakaat.
Niat Solat Tasbih Dua Rakaat (Malam)
أُصَلِّيْ سُنَّةَ التَّسْبِيْحِ رَكَعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
‘Usalli sunnatat tasbihi rak’ataini lillahi taala’
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala
Niat Solat Tasbih Empat Rakaat (Siang)
أُصَلِّيْ سُنَّةَ التَسْبِيْحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعَالَى
‘Usalli sunnat tasbīhi arba‘a rak‘ātin lillāhi ta‘ālā’
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala
Bacaan Tasbih Dalam Solat
سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
‘Subhaanallah wal hamdulillah wa laailaaha illa alloohu wallaahu akbar wa laa hawla wa laa quwwata illa billaahil ‘aliyyil ‘azim’
Maksudnya: Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada tuhan melainkan Allah, dan Allah maha besar dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang maha tinggi lagi maha agung.
- Selepas membaca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah – 15 kali tasbih
- Rukuk – 10 kali tasbih
- Iktidal – 10 kali tasbih
- Sujud pertama – 10 kali tasbih
- Duduk antara dua sujud – 10 kali tasbih
- Sujud kedua – 10 kali tasbih
- Duduk sebentar sebelum berdiri – 10 kali tasbih
Doa Solat Tasbih
اَللّٰهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِينِ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّغْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى أَخَافَك
اَللّٰهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ مَخَافَةً تَحْجِزُنِيْ عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتَّى أَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلًا أَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى أُنَاصِحَكَ بِالتَّوْبَةِ خَوْفًا مِنْكَ حَتَّى أَخْلُصَ لَكَ النَّصِيحَةَ حَيَاءً مِنْكَ
وَحَتَّى أَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا وَحَتَّى أَكُوْنَ أُحْسِنَ الظَنَّ بِكَ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّورِ
‘Allahumma inni as’aluka taufîqa ahlil huda, wa a’mala ahlil yaqin, wa munashahata ahlit taubah, wa ‘azma ahlis shabri, wa wajala ahlil khasyyah, wa thalaba ahlir raghbah, wa ta’abbuda ahlil wara’i, wa ‘irfana ahlil ‘ilmi hatta akhafak.
Allahumma inni as’aluka makhafatan tahjizuni ‘an ma’ashika hatta a’mala bi tha’atika ‘amalan astahiqqu bihi ridhaka wa hatta unashihaka bit taubah, khaufan minka hatta akhlusha lakan nashihata haya’an minka
Wa hatta atawakkala ‘alaika fil ‘umuri kulliha wa hatta akuna ‘uhsinuz zhanna bika, subhana khaliqin nur’
Maksudnya:
“Ya Allah, kepadaMu aku meminta petunjuk mereka yang terima hidayah, amal-amal orang yang yakin, ketulusan mereka yang bertaubat, keteguhan hati mereka yang bersabar, kebimbangan mereka yang takut (kepadaMu), doa mereka yang berharap, ibadah mereka yang warak, dan kebijaksanaan mereka yang berilmu agar aku menjadi takut kepadaMu.
Ya Allah, masukkanlah rasa takut di kalbuku yang dapat menghalangi diri ini untuk menderhakaiMu. Dengan demikian aku dapat melakukan amal soleh yang membawaku kepada keredhaanMu, dan aku bertaubat setulusnya karena takut kepadaMu.
Dengan itu pula aku beribadah secara tulus karena malu kepadaMu. Dengan rasa takut itu aku menyerahkan segala urusanku kepadaMu. Karena itu juga aku dapat berbaik sangka selalu kepadaMu. Maha Suci Engkau Pencipta cahaya”
Kelebihan Doa & Solat Sunat Tasbih
- Membuka pintu keampunan dari dosa-dosa yang awal hingga masa kini.
- Diampunkan dosa-dosa kecil dan besar.
- Diampunkan dosa yang dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.
Daripada Ibnu Abbas r.a;
“Rasulullah SAW telah bersabda kepada Abbas bin Abdul Muthalib;
Wahai Al-Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan;
(Hadis riwayat Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Solat Sunat Tasbih, Peluang Hapuskan Dosa Lampau
Sungguh 300 kali bacaan tasbih dalam solat ini tidak ada yang sia-sia. Begitu baiknya tuhan kita, sehingga Dia memberikan jalan kepada hambaNya memohom ampun atas dosa-dosa lampau.
Saking banyaknya keutamaan solat sunat tasbih bahkan Nabi Muhammad pun ada berpesan untuk mendirikannya setiap hari atau seminggu sekali hinggalah sekali seumur hidup.
Selesai sudah mengethaui tentang doa solat tasbih, jom baca tentang doa taubat pula! Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.