Bila kita ada hajat besar dalam hati, seboleh-bolehnya kita nak benda itu jadi kenyataan kan. Segala usaha kita dah buat tetapi yang izinkan sesuatu perkara berlaku cuma Allah SWT saja kan, Mama. Sebab itulah adanya solat sunat hajat dan doa yang khusus.
Solat dua rakaat yang didirikan demi mengharapkan pertolongan Allah memustajabkan doa kita. Baginda ada bersabda;
“Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat”
(Riwayat At-Tarmizi)
Doa Yang Dibacakan Selepas Solat Hajat
Bagi mereka yang sering mengerjakan solat hajat, bolehlah Mama dan ahli keluarga membaca doa ini:
Doa Solat Hajat Dalam Rumi:
‘Laa ilaha illallohul hakiimul kariim. Subhaanallohi robbil ‘arsyil ‘azhiim. Alhamdu lillaahi robbil ‘aalamiin. As aluka muujibaari rohmatika wa ‘azaa-ima maghfirotika wal ghoniimata ming kulli birri wassalaamata ming kulli itsmin Laa tada’ lii dzamban illa ghofartahu walaa hamman illaa farojtahu walaa haajatan hiya laka ridhon illa qodhoitahaa yaa arhamar roohimiin’
Maksudnya: Tidak ada Tuhan kecuali Allah. Tuhan yang Maha Penyantun lagi Maha Pemurah. Maha Suci Allah, Tuhan Pemilik ‘Arsy yang Maha Agung. Segala nikmat karunia hanyalah milik Allah. Penguasa alam semesta. Aku mohon kepada-Mu (dengan amat sedih) untuk mendapatkan kepastian rahmat-Mu, kepastian ampunan-Mu, keberhasilan untuk mendapatkan kebaikan, dan keselamatan dari setiap dosa. Janganlah Engkau biarkan satu dosa pun pada diriku, melainkan Engkau beri pengampunannya. Janganlah Engkau biarkan satu pun kesulitan, melainkan Engkau singkirkan dia, tiada kebutuhan yang Engkau reda, melainkan Engkau penuhi (untukku), wahai (Tuhan) yang Maha Pemurah lagi Maha Belas Kasih.
Berdoa Semasa Sujud Terakhir
Merujuk kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, setiap sujud dalam solat-solat kita ialah peluang untuk berdoa kepada Allah. Itulah waktu dimana seorang hamba berada paling dekat dengan tuhannya.
Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد ، فأكثروا الدعاء
Maksudnya: “Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud).”
(Riwayat Muslim dan al-Nasaie)
Zikir dan Bacaan Sebelum Berdoa Hajat
Mulakan dengan istighfar – Allah memperkenankan doa hamba-hambaNya. Namun terlebih dahulu seorang hamba itu harus memberikan hak Allah daripada diri mereka.
Contohnya melakukan kebaikan dan menjauhkan kemungkaran. Istighfar membuka banyak jalan keluar bagi masalah manusia.
Jadi, sebelum kita memohon sesuatu hajat, baik kita minta maaf dekat Allah dulu.
Berselawat – Nabi Muhammad SAW ialah kekasih Allah. Dia insan yang sangat dicintai Allah. Mana mungkin Allah abaikan doa dari orang yang berselawat kepada individu yang sangat istimewa itu.
Ubay bin Ka’ab juga pernah berkata:
Wahai Rasulullah, bagaimana pandangan kamu sekiranya aku jadikan seluruh doaku untuk berselawat kepadamu? Rasulullah bersabda, “Jika begitu, Allah akan mencukupkan apa yang kamu inginkan dari urusan dunia dan akhiratmu dan diampunkan dosamu.” – HR Ahmad dan Tirmidzi
Membaca Al-Fatihah – Surah ini tidak diletakkan pada permulaan al-quran dengan sia-sia. Surah Al-Fatihah ada petunjuk, kesyukuran pengharapan serta banyak lagi kelebihan.
Fadhilat Solat Hajat
- Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
Minda dan hati kita jadi lebih rileks. Setidaknya, sekarang kita mulai sedar Allah akan takdirkan kita dengan sesuatu yang baik.
- Menjadi lebih ikhlas menerima ketentuan Allah.
Ada keadaan dimana permintaan kita tidak diperkenankan Allah. Mungkin kita boleh tukar persepsi ini kepada sebenarnya Allah sedang melindungi kita terhadap sesuatu keburukkan.
Allah ada berfirman,
- Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
Sememangnya inilah harapan ini. Semoga apa yang kita minta sama seperti apa yang Allah takdirkan nanti.
Kita ni manusia yang lemah, sentiasa perlukan pertolongan Allah. Doa hajat buatkan kita sedar yang kita tak ada kuasa apa-apa.
Ada dua waktu yang boleh kita panjatkan doa selepas solat hajat. Pertama ketika sujud dan yang kedua ketika selesai solat.
Manakala, sebelum berdoa selepas solat kita hendaklah beristighfar, berselawat dan membaca al-fatihah dahulu. Biarlah susunan doa kita lebih cantik dan tersusun. Kita puji Allah dan Rasul dulu baru kita bagitahu hajat kita kan, Mama.
Mama Siti harap doa-doa Mama dikabulkan. Semoga Allah berikan jalan untuk merealisasikan apa pun impian Mama.
Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.