Solat sunat tarawih merupakan sunat muakkad yang dituntut oleh Islam. Setelah selesai solat tarawih, doa selepas solat tarawih akan dibacakan oleh imam. Bagi yang sudah tahu mengenai doa ini tentunya tiada masalah.
Tetapi bagi anda yang baharu pertama kali menunaikan solat sunat tarawih dan mendengar doa ini tentu ingin menghafal dan memahaminya. Sebenarnya terdapat pelbagai versi doa selepas solat terawih ini.
Contoh Doa Selepas Solat Tarawih Yang Mudah
Berikut adalah salah satu contoh doa selepas solat sunat terawih yang boleh anda baca dan menghafalnya.
“Bismillahirrahmanir rahim.
Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa ala Alihi wasohbihi ajmain, Allahummaj ‘alna bil imani kamilin, walifara idhika muaddin. Wa lissolati hafizin. wa lizzakati faa ilin, wa limaa ‘indaka tholibin, wa li ‘afwika raajiina wa bil hudaa mutamassikiin.
Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghiin. Wa bil qadaa i raa dhiin. Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaaya saabiriin. Wa tahta liwaa i sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.
Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimmi lin. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.
Allahummaj ‘alna fii haazihil lailatisy syahrisy syariifatil mubaarakati minassu Adaail maqbuuliin. Wa alaa taj ‘alnaa allaahumma minal asy qiyaa ilmarduudiin. ilaahana Aafinaa wa’fu annaa waghfir allaahumma lanaa. waliwaalidiina wali ummahaatina wali ikhwaaninaa wali akhawaatinaa wali azwaajinaa.
wali ahliinaa wali ahli baitinaa wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa wa jamii il muslimiina wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat. al ahya i minhum wal amwaat.
waktub allahum massalamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin.
Waqinaa syarrazh zholimin.
Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim lanaa yaa rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin, wa ‘ala lihii wa sohbihi wasssalam.
Walhamdulillahi robbil Aalamin.”
Maksudnya:
Segala puji untuk Allah tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmat-Nya dan mencukupkan pertambahannya.
Wahai tuhan kami, bagi-Mu pujian seperti yang selayaknya dan kemudian zat-Mu dan kebesaran permerintahan-Mu. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatnya.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisi-Mu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan.
Kami berpegang dengan petunjuk-Mu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmat-Mu, dan bersabar dengan bala bencana.
Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindungan-Mu dan dapat memasuki syurga-Mu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.
Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.
Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat.
Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.
Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami ke atas orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.
Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripada-Mu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani.
Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.”
Mama Siti doakan semoga semua doa yang telah anda panjatkan kepada Allah S.W.T ini dimakbulkan oleh-Nya!
Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.