Amalan membaca doa sebelum belajar sebenarnya tidak patut terhenti selepas habis sesi persekolahan tetapi ia wajar diteruskan untuk sepanjang hayat kita.
Belajar ilmu akademik di universiti, ilmu agama di masjid, ilmu solek dan kemahiran sukan yang baru semuanya boleh dimulakan dengan membaca doa sebelum belajar.
Doa sebelum belajar panjang dan pendek ada Mama Siti senaraikan dalam artikel ini. Paling penting kita mestilah menetapkan niat yang baik ketika menuntut sesuatu ilmu pengetahuan.
تَعَلّمُواالعِلْمَ وَتَعَلّمُوْا لِلْعِلْمِ السّكِيْنَةَ وَالْوَقَا رَ وَتَوَاضَعُوْا لِمَنْ تَتَعَلّمُوانَ مِنْهُ
Maksudnya: “Belajarlah kalian ilmu untuk ketenteraman dan ketenangan serta rendah hatilah pada orang yang kamu belajar darinya.”
(HR Thabrani)
7 Doa Sebelum Belajar Yang Boleh Diamalkan
رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا، وَارْزُقْنِيْ فَهْمًا وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الصَّالِحِيْنَ
‘Robbi zidnii ‘ilmaa, warzuqnii fahmaa, waj’alnii minash-sholihiin’
Maksudnya: “Ya Tuhanku, tambahkan lah ilmu kepadaku, dan kurnia kan lah aku kefahaman, Dan jadikan lah aku termasuk golongannya orang-orang yang soleh.”
رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا رَبِّ زِدْنِيْ عِلْمًا وَارْزُقْنِيْ فَهْمًا
‘Rodlitu billahi robba, wabi islaamidina, wabimuhammadin nabiyya warasulla Robbi zidni ilman nafi’a warzuqni fahma’
Maksudnya: “Aku reda Allah SWT sebagai Tuhanku, dan Islam sebagai agamaku, dan Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasulku. Ya Allah tambahkanlah kepadaku ilmu dan berikanlah aku pemahaman yang baik.”
اللَّهُمَّ انْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي ، وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي ، وَزِدْنِي عِلْمًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
‘Allahummanfa’ni bima ‘allamtani wa ‘allimni ma yanfa’uni wa zidni ‘ilman walhamdulillahi ‘ala kulli halin’
Maksudnya: “Ya Allah, berilah kemanfaatan atas segala ilmu yang Engkau ajarkan pada saya. Berilah saya ilmu yang bermanfaat dan tambahkanlah ilmu pada saya. Segala puji bagi Allah dalam setiap waktu.”
اَللّٰهُمَّ اخْرِجْنَا مِنْ ظُلُمَاتِ الْوَهْمِ وَاَكْرِمْنَا بِنُوْرِالْفَهْمِ وَافْتَحْ عَلَيْنَا بِمَعْرِفَتِكَوَسَهِّلْ لَنَآ اَبْوَابَ فَضْلِكَ يَآ اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
‘Allahumma akhrijnaa min dhulumaatil wahmi, wa akrimnaa binuuril fahmi, waftah ‘alainaa bima’rifatil ilmi, wasahhil lanaa abwaaba fadhlika yaa arhamar raahimin’
Maksudnya: “Ya Allah, keluarkanlah kami dari gelapnya keraguan, dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman. Bukakanlah untuk kami dengan kemakrifatan ilmu dan mudahkanlah pintu kurniaMu bagi kami, wahat Zat yang Maha Pengasih,”
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
‘Robbis rohlii shodrii, wa yassirlii amrii, wahlul ‘uqdatam mil lisaani yafqohu qoulii’
Maksudnya: “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.”
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ, وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ, وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ, وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا
‘Allahumma innii a’uudzu bika min ‘ilmin laa yanfa’u wa qolbin laa yakhsya’u wa du’aa-in laa yusma’u wa ‘amalin laa yurfa’u’
Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengar, dan amal yang tidak diterima.”
اَللّٰهُمَّ اَلْهِمْنَاعِلْمًانَفْقَهُ بِهِ اَوَامِرَكَ وَنَوَاهِيَكَ وَارْزُقْنَافَهْمًانَعْلَمُ بِهٖ كَيْفَ نُنَاجِيْكَ بِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَا. اَللّٰهُمَّ ارْزُقْنَافَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَاِلْهَامَ الْمَلاَءِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
‘Allaahumma alhimnaa ‘ilman nafqatu bihi awaa miraka wa nawaahiyaka warzuqnaa fahman na’lamu bihii kaifa nunaa jiika birahmatika yaa arhamar raahimiina
Allaahummar zuqnaa fahman nabiyyiina wa hifdhal mursaliina wa ilhaamal malaa ikatil muqarrabiina birahmatika yaa arhamar raahimiina’
Maksudnya: “Ya Allah, berilah kami ilham berupa ilmu, yang dengannya aku dapat memahami segala perintah dan larangan-Mu, dan kurniakanlah kami kefahaman, yang dengannya kami dapat mengetahui bagaimana kami bermunajat kepada-Mu, Wahai Zat yang Paling Pengasih
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman seperti pemahaman para Nabi, daya hafal seperti daya hafal para Rasul, dan ilham seperti ilham para malaikat yang selalu mendekatkan diri kepada Allah, berkat rahmat Engkau, wahai Zat yang Paling Pengasih di antara para pengasih.”
Layanan Islam Kepada Penuntut Ilmu
العلم قبل القول و العمل
Maksudnya: “Berilmulah sebelum kamu berbicara, beramal, atau beraktiviti.”
(HR Bukhari)
Hadis ini mengingatkan kita agar sentiasa mendahulukan sebelum memulakan sesuatu perkara. Sesungguhnya orang yang berilmu itu melindungi dirinya dari kejahilan.
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Jika seorang manusia mati, maka terputuslah darinya semua amalnya kecuali dari tiga hal; dari sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya.”
(HR Muslim)
Sebuah hadis yang tidak asing lagi di kalangan kita. Sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang bermanfaat.
Maksud ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menjadikan seorang Muslim mengetahui tugas, fungsi, dan peranannya di muka bumi.
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Maksudnya: “Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.”
(HR Muslim)
Sungguh benar, perjalanan kita mendapatkan pencerahan tentang sesuatu perkara itu tidak mudah. Banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga pengalaman pahit yang terpaksa dilalui.
Namun semua itu berbaloi kerana kita sebenarnya sedang menempah perjalanan ke syurga.
Belajarlah sebanyak mungkin ilmu yang ada didunia ini. Seimbangkan kedua-dua ilmu keduniaan dan ilmu akhirat agar kita menjadi muslim yang baik.
Namun jangan pula kita lupa untuk membaca doa sebelum belajar. Tujuannya supaya Allah merahmati dan mengizinkan hambaNya menikmati kefahaman ilmu dariNya.
Amalkan doa-doa sebelum belajar seperti yang Mama Siti kongsikan. Jika Mama masih tertanya-tanya bagaimana Islam melayani umatnya yang menuntut ilmu.
Fahamilah sesungguhnya ilmu pengetahuan menjadikan kita lebih bijak membuat keputusan, diterima manfaat dari ilmu selepas mati dan dimudahkan urusan kita ke syurga.
Semoga Allah menerima doa-doa kita semua hendaknya.
Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.