Di samping usaha untuk menghafal, memahami dan mengulangkaji mata pelajaran, sebagai umat Islam, anak-anak Mama juga perlu mengamalkan doa peperiksaan. Jangan lupa untuk praktikkan bersama amalan lain untuk mendapat redha dan pertolongan Allah SWT bagi memudahkan segala urusan anak-anak ketika menjawab peperiksaan nanti.
Mama Siti kongsikan koleksi doa peperiksaan yang boleh diamalkan anak-anak dan juga apa yang Mama dan Papa boleh lakukan sepanjang minggu peperiksaan mereka.
Kalau anak Mama masih kecil pun, Mama dah boleh mula ajar dari sekarang tau!
Senarai Doa Peperiksaan Yang Boleh Diamalkan Anak-anak
Berikut merupakan doa-doa yang boleh dihafal dan diamalkan iaitu :
#1. Doa Penerang Hati Versi I
اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya :
“Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang“.
#2. Doa Penerang Hati Versi II
اَللَّهُمَّ نَوِّرْ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ ﭐلأَرْضِ بِنُوْرِ شَمْسِكَ أَبَدًا بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya :
“Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani“.
#3. Doa Pembuka Hati
اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَقِنِيْ شَرَّ نَفْسِيْ
Maksudnya :
“Ya Allah, berikan aku petunjuk dan peliharalah aku dari kejahatan sendiri“.
#4. Doa Ketika Sedang Belajar
اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ
Maksudnya :
“Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif, Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang“.
#5. Doa Selepas Belajar
اَللَّهُمَّ إِنِِِّيْ أَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلِمْتَنِـيْهِ فَارْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ وَلاَ تَنْسَنِيـْهِ يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Maksudnya :
“Ya Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku melupainya, Wahai Tuhan Yang Sekalian Alam“.
#6. Doa Mohon Diberikan Akal Yang Cerdas
اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَأَعِذْنِى مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ
Maksudnya :
“Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah dari kejahatan nafsuku“.
#7. Doa Sebelum Menjawab Peperiksaan
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya :
“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya“.
#8. Doa Ketika Menjawab Peperiksaan
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya :
“Ya Allah, lapangkanlah dada (jiwaku) dan permudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku“.
Panduan Zikir Untuk Ibu Bapa Ketika Minggu Peperiksaan Anak-anak
Sepanjang anak-anak sedang menjawab peperiksaan, ibu bapa boleh amalkan zikir ini iaitu:
Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Ya Allah, alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x
Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan. 1x
Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul.
Allahumma 1x
Ya Baari’. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepada-Mu untuk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini.
Ya Allah, Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dengan pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah, aku tiada daya. 1x
Dalam pada itu, Mama juga boleh mengamalkan doa untuk melembutkan hati anak ini sebagai salah satu usaha agar anak-anak membesar menjadi anak yang taat dan mendengar cakap.
Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.