Wajah yang berseri membuat sesiapa yang memandangnya berasa tenang. Selain mengamalkan rutin penjagaan wajah, orang Islam disarankan untuk berdoa.
Namun apalah gunanya kalau wajah yang awet muda itu tidak disulam dengan akhlak yang baik.
Dalam artikel ini, Mama Siti kongsikan doa-doa penyeri wajah dan doa memperbaiki akhlak sesuai sunah Nabi Muhammad SAW.
Koleksi Doa-doa Penyeri Wajah
#1 Surah Yusuf, Ayat 4
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ
‘Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin’
Maksudnya: Ingatlah ketika Nabi Yusuf berkata kepada ayahnya:
“Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka sujud dan tunduk memberi hormat kepadaku”
#2 Surah Taha, Ayat 39
وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةَ مِنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي
‘Wa-alqaytu ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii ‘
Maksudnya: “Dan aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanku”
Cara amalkan doa penyeri wajah daripada surah Yusuf dan surah Taha:
- Doa penyeri wajah bagi kedua-dua surah ini perlu dilakukan secara berurutan sebanyak tiga kali.
- Seterusnya, sapukan ke seluruh bahagian muka dan niatkan dalam hati.
Nota: Doa ini juga sesuai dibacakan untuk mempercepatkan jodoh seseorang.
Syarat-syarat Baca Doa Penyeri Wajah Surah Yusuf dan Surah Taha
Tidak boleh memisahkan ayat-ayat dari surah Yusuf ayat 4 dengan surah Taha ayat 39. Pertama sekali, baca keratan ayat surah Yusuf kemudian sambung dengan surah Taha.
Ulang turutan itu sebanyak tiga kali. Dinasihatkan untuk mengamalkannya setiap kali selepas solat.
Penting untuk Mama niatkan dalam hati dengan perkara-perkara yang baik. Contohnya yang baik ialah memohon agar kita disenangi oleh orang sekeliling. Manakala contoh yang tidak baik pula ialah ingin bersaing kecantikan dengan orang lain.
#3 Surah al-Waqiah, Ayat 35– 38
(36)إِنَّا أَنشَأْنَهُنَّ إِنشَاءُ (35) فَجَعَلْنَهُنَّ أَبْكَارًا
(38)عُرُبًا أَتْرَابًا (37) لِأَصْحَابِ الْيَمِينِ
‘Innā ansya’nāhunna insyā’ā (35) Faja‘alnāhunna abkārā (36) Uruban atrābā (37) Li’aṣḥābil-yamīn (38)’
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa (35) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh) (36) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya (37) Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan (38)
Cara Amalkan Doa Penyeri Wajah Surah al-Waqiah
- Sediakan segelas air putih.
- Kemudian, bacakan surah al- Fatihah sebanyak satu kali.
- Teruskan dengan membaca ayat kursi sebanyak satu kali.
- Selepas itu, barulah kita membaca surah al- Waqiah ayat 35 hingga 38 sebanyak tujuh kali.
- Selesai membaca empat ayat itu tadi, tiupkan ke dalam air dan minum airnya. Dalam masa yang sama, Mama niatkan agar ikhtiar ini membantu menyerikan wajah.
- Ritual amalan ini hendaklah dilakukan setiap kali selepas solat Isyak.
#4 Doa Melihat Cermin
اَللَّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِيْ
‘Allaahumma kamaa hassanta khalqi fahassin khuluqi’
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sebagaimana telah Kau elokkan kejadianku, maka elokkan lah akhlak ku”
Kita dapat simpulkan disini cara mengamalkan doa penyeri wajah hendaklah mengikut urutan dan mematuhi pantang larangnnya.
Harap Mama Siti agar kita semua menjaga hati agar tidak menjadikan kecantikan diri sebagai alat bandingan dengan perempuan lain.
Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.