KelabMama

Doa Panjang Umur: Panduan Amalan Harian Agar Hidup Diberkati dan Dirahmati Allah SWT

Memanjatkan doa panjang umur untuk diri sendiri amat digalakkan agar usia kehidupan kita diberkati, dikurniakan kesihatan baik yang berpanjangan dan juga dilimpahkan rezeki yang banyak. Berdoa juga merupakan salah satu cara kita mendekatkan diri dengan Allah dan mengharapkan pertolongan Allah dalam setiap hal.

Terdapat beberapa pilihan doa yang boleh kita sama-sama amalkan dan di bawah ini Mama Siti telah senaraikannya untuk memudahkan Mama dan seisi keluarga membaca dan mengamalkannya.

Pilihan Doa Panjang Umur Yang Baik Untuk Diamalkan

Berikut merupakan beberapa pilihan doa panjang umur serta kesihatan dan kesejahteraan diri yang boleh diamalkan:

Kredit gambar: www.detik.com

#1. Doa Panjang Umur I

اَللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمُورَنَا وَصَحِّحْ أَجْسَادَنَا وَنَوِّرْ قُلُوْبَنَا وَثَبِّتْ إِيْمَانَنَا وَأَحْسِنْ أَعْمَالَنَا وَوَسِّعْ أَرْزَقَنَا وَإِلَى الخَيْرِ قَرِّبْنَا وَعَنِ الشَّرِّ اَبْعِدْنَا وَاقْضِ حَوَائِجَنَا فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالۤاخِرَةِ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ

Allahumma thawwil ‘umurana, wa shahhih ajsadana, wa nawwir quluubana, wa sabbit iimaananaa wa ahsin a’maalanaa, wa wassi’ arzaqanaa, wa ilal khairi qarribnaa wa ‘anisy-syarri ab’idnaa, waqdhi khawaa-ijana fiddiini waddunyaa wal aakhirati innaka ‘alaa kulli syai-in qodiir.

Maksudnya:

“Ya Allah! Panjangkanlah umur kami, sihatkanlah jasad kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, baikkanlah amalan kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami pada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, kabulkanlah segala keperluan kami dalam pada agama, dunia, dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

#2. Doa Panjang Umur II

Alloohumma Innaa nas-aluka salaamatan fid diini wa ‘aafiyatan fil jasadi wa ziyaadatan fil ‘ilmi wa barokatan fir rizqi wa taubatan qoblal maut wa rohmatan ‘indal maut wa maghfirotan ba’dal maut.

Maksudnya :

Ya Allah kami memohon kepadaMu keselamatan dalam agama, dan kesejahteraan pada tubuh dan penambahan ilmu, dan keberkahan rezeki, serta taubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati, dan ampunan sesudah mati“.

#3. Doa Panjang Umur III

Doa ini dibacakan oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika beliau mendoakan anak Ummu Sulaim iaitu Anas bin Malik r.a ketika isterinya mengandung.

اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ، وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ

Allahumma aktsir malahu wa waladahu wa barik fima a’thoithu.

Maksudnya:

“Ya Allah, perbanyaklah harta dan anaknya, serta berkahilah apa yang engkau karuniakan padanya”.

(Hadis Riwayat Bukhari no. 6334)

#4. Doa Untuk Keselamatan Hidup

Allahummaftah lana abwabal khair, wa abwabal barakah, wa abwaban ni’mah, wa abwabar rizqi, wa abwabal quwwah, wa abwabas shihhah, wa abwabas salamah, wa abwabal ‘awafiyah, wajan nahabafiyah, ‘alualiya wakarif bi haqqil Qur’anil ‘azhim wa nabiiyikal karim syarrad duniya wa ‘adzabal akhirah. mursalin, walhamdulillahi rabbil ‘alamin.

Maksudnya:

Ya Allah, bukakanlah untuk kami pintu kebaikan, pintu keberkatan, pintu kenikmatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu afiyah, dan pintu keselamatan, pintu syurga. Ya Allah jauhkanlah kami dari segala ujian dunia dan azab akhirat. Palingkanlah kami dari kejahatan dunia dan azab akhirat dengan hak al-Quran yang agung dan darjat nabi-Mu yang mulia. Semoga Allah mengampuni kami dan mereka. Wahai yang Maha Pengasih. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang memiliki keagungan, dari segala sifat mereka. Semoga salam tercurah ke atas para rasul. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

#5. Doa Untuk Kesihatan Mental Dan Fizikal

اَللَّهُمَّ افِنِى اللَّهُمَّ افِنِى اللَّهُمَّ افِنِى

Allahumma aafinii fii bodiii Allahumma ‘aafiinii fi sam’ii Allahumma ‘aafinii fii basharii.

Maksudnya:

Ya Allah sihatkanlah tubuhku. Ya Allah, sihatkanlah pendengaranku. Ya Allah, berikanlah penglihatanku. Tiada Tuhan selain Engkau.”

Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah Mukmin ayat 60 agar memohon kepada-Nya sebarang permintaan.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Wa qala rabbukumud’ụni astajib lakum, innallazina yastakbirụna ‘an ‘ibadati sayadkhulụna jahannama dakhirin.

Maksudnya:

Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina-dina.”

Oleh itu, perbanyakkanlah berdoa kepada Allah S.W.T dan semoga setiap doa yang dipanjatkan itu akan dimakbulkan-Nya. InsyaAllah! Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kemewahan tanpa batasan, jom baca doa Nabi Sulaiman!


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!