KelabMama

Koleksi Zikir dan Doa Pagi Yang Tak Rugi Untuk Diamalkan Semasa Waktu Sahur Sehingga Subuh

Bersempena dengan bulan Ramadan ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah dan melakukan perkara-perkara yang boleh meningkatkan keimanan kita. Malah, antara waktu mustajab doa adalah seperti malam, atau sekarang lebih mudah diamalkan sejurus habis sahur sehingga masuknya waktu Subuh.

Senang cakap, lepas je Mama dan keluarga habis makan untuk bersahur, Mama boleh galakkan anak-anak untuk menunaikan beberapa solat sunat, mengamalkan doa pagi dan zikir-zikir sehingga masuknya waktu Subuh. Mama juga boleh mulakan hari dengan membaca doa bangun tidur sejurus Mama membuka mata. Alhamdulillah sahaja sudah memadai.

Malah, waktu pagi adalah tempoh yang sangat istimewa dan kelebihannya tidak terdapat di masa lain tau. 

Berpagian Mencari Rezeki

Kredit gambar: Putrimardii.wordpress.com

Allah memberikan keistimewaan kepada mereka yang memulakan harinya seawal pagi agar kita dapat menyambut keberkatan di waktu pagi. 

Kalau ada kelapangan dan peluang, apa kata kita sahut seruan ini. Tak rugi pun kalau celik mata awal-awal, kalau yang tak biasa mungkin ambil masa sikit nak jadikan rutin kan. Tak apa asalkan kita berusaha. 

Oh, Mama Siti teringat satu riwayat dari Nabi Muhammad SAW;

Rasulullah SAW bersabda: “Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluan hidupmu. Sesungguhnya pada pagi hari, terdapat berkah dan keberuntungan” 

(Riwayat at-Tabrani dan al-Bazzar)

Kita boleh perhatikan disini, ianya bukan sekadar cakap kosong. Rasulullah SAW pun seru kita untuk bangun pagi dan segera cari rezeki sebab ada berkat dan keberuntungan yang menunggu. 

Mama Siti tak nafikan dalam dunia ni ada macam-macam jenis kerja. Ada yang kena kerja tengah malam, petang dan awal pagi sebelum Subuh pun ada. Pada mereka yang perlu bekerja di malam hari, jangan putus asa okay, annda juga sedang berusaha. Pasti Allah gantikan dengan yang lebih baik. Jom kita lihat doa pagi dan zikir-zikir lain yang boleh diamalkan semasa waktu sahur mahupun semasa pagi hari biasa yang lain.

Doa Pagi Yang Boleh Diamalkan

  1. Doa Agar Ilmu, Rezeki, dan Amal yang Diterima
Kredit gambar: Risalahislam.com
  1. Doa Agar Diberkati Waktu Paginya

اَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوْتُ، وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ

‘Allahumma bika ashbahna, wa bika amsaina, wa bika nahya, wa bika namutu, wa ilaikan nusyur’

“Ya Allah, denganMu aku berpagi hari, denganMu aku bersore hari, denganMu kami hidup, denganMu kami mati. Hanya kepadaMu kami kembali.” 

(HR Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah)

  1. Doa Pagi Hari Memohon Perlindungan dari Makhluk
Kredit gambar: flickr

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

‘A’udzu bikalimatillahi taammati min syarri maa khalaq’

“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan ciptaanNya.”

(HR Muslim dan Ibnu Sina)

  1. Doa Perlindungan Dari Kejahatan, Kemalasan & Kedaifan Serta Azab Neraka & Kubur

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الملْكُ للهِ، وَالحَمْدُ للهِ

 لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ 

لَهُ الملْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

 رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا 

وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذِهِ اللَيْلَةِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهَا

 رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنَ الكَسْلِ وَسُوْءِ الكِبَرِ

 أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي القَبْرِ

‘Ashbahnā wa asbahal mulku lillāhi wal hamdu lillāhi, lā ilāha illallāhu wahdahū lā syarīka lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alā kulli syai’in qadīr. Rabbi, as’aluka khaira mā fī hādzihil lailata wa khaira mā ba’dahā, wa a’ūdzu bika min syarri mā fī hādzihil lailata wa khaira mā ba’dahā. Rabbi, a’ūdzu bika minal kasli wa sū’il kibari. A’ūdzu bika min ‘adzābin fin nāri wa ‘adzābin dil qabri’ 

[Imam an-Nawawi dalam kitabnya Al Adzkar]

“Kami dan kuasa Allah berpagi hari. Segala puji bagi Allah. Tiada tuhan selain Allah yang maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kuasa dan puji. Dia kuasa atas segala sesuatu. Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebaikan malam ini dan malam sesudahnya. Aku memohon perlindunganMu kejahatan malam ini dan malam sesudahnya. Tuhanku, aku memohon perlindunganMu dari kemalasan dan kedaifan masa tua. Aku memohon perlindunganMu dari siksa neraka dan siksa kubur

  1. Sayyidul Istighfar

اللَّهُمَّ أنْتَ رَبِّي لا إلَهَ إلَّا أنْتَ

 خَلَقْتَنِي وأنا عَبْدُكَ

 وأنا علَى عَهْدِكَ ووَعْدِكَ ما اسْتَطَعْتُ

 أعُوذُ بكَ مِن شَرِّ ما صَنَعْتُ

 أبُوءُ لكَ بنِعْمَتِكَ عَلَيَّ

 وأَبُوءُ لكَ بذَنْبِي فاغْفِرْ لِي

 فإنَّه لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلَّا أنْتَ

‘Allaahumma Anta Rabbi Laa ilaaha illaa Anta 
Kholaq-tanii Wa Ana ‘Abduka 
Wa Ana ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’tu 
A’uzu-bika Min Syarrimaa Sona’tu
Abuu-U Laka Bini’matika ‘Alayya
Wa Abuu-U Bidzanmmbi Faghfirlii
Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuba Illaa Anta’

“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.”

Zikir-zikir di Pagi Hari

  1. Ayat Kursi

Kredit gambar: Wikimedia Common 

  1. Membaca 3 Qul Sebanyak 3 kali
Kredit gambar: Pinterest

Surah 3 Qul terdiri daripada Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq & Surah An Naas. Mereka yang membaca 3 Qul sebanyak 3 kali setiap hari akan mendapat fadhilat iaitu diberikan kecukupan dari segala perkara untuknya. 

Seperti yang dinyatakan dalam riwayat di bawah;

“Siapa yang mengucapkannya masing-masing tiga kali ketika waktu pagi dan petang, maka segala sesuatu akan dicukupkan untuknya”  (HR. Abu Daud & Tirmidzi)

  1. Al Ma’thurat
Kredit video: YouTube

Himpunan doa dan zikir dari baginda Rasulullah SAW yang telah disusun oleh Imam Hassan Al Banna.

Buku Al Ma’thurat yang terdapat di pasaran kebanyakannya telah lengkap dengan bilangan bacaan yang perlu diulang. Mama juga boleh mendengarkan bacaan Al-Ma’thurat di YouTube mahupun Spotify. Selain itu, cara bacaan di waktu pagi dan petang juga telah disediakan untuk membezakan cara membacanya. 

Kelebihan Mengamalkan Zikir-zikir dan Doa Pagi

Kredit gambar: Indonesiainside.id

“Berdoalah kepada-Ku, Aku akan mengabulkannya. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (QS. Al Mu’min: 60)

Kalau kita perhatikan maksud doa-doa tadi, perasan tak isinya adalah permohonan kita kepada Allah agar diberikan pintu rezeki dan supaya rezeki tersebut diberkati? 

Allah bahkan berkata orang yang sombong akan dimasukkan ke neraka Jahanam. Nauzubillah. Semoga dengan kita merendah diri meminta kepadaNya akan diterima amal baik yang dilakukan. 

Allah akan bagi lebih kalau kita bersyukur. Ada rezeki yang mengalir bila kita berterima kasih kepada tuhan yang maha memberi. Seperti firman Allah dalam ayat;

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih” 

(Surah Ibrahim, ayat 7)

Paling utama adalah kita sebagai hamba harus sentiasa yakin dengan janji Allah dan sabda baginda Rasulullah. Kata-kata itu doa, jadi berkatalah yang baik-baik kerana semula yang dituturkan sentiasa menjadi perhatian tuhan yang maha mendengar.

Jadi, Mama boleh cuba untuk mengamalkan zikir dan doa pagi ini bermula sekarang, sepanjang bulan Ramadan. InshaAllah lebih mudah untuk istiqamah sehingga ke bulan-bulan seterusnya dan lihat bagaiman aktiviti seharian menjadi lebih tenang dan diberkati, inshaAllah.