KelabMama

Nak Kaya dan Dimudahkan Urusan Dunia, Akhirat? Jom Cuba Doa ‘Custom Made’ Dari Neelofa Ni

Sebut sahaja Neelofa, siapa yang tak kenal dengan wanita ini yang pernah menjadi seorang penggiat seni tidak lama dahulu. Bukan sahaja bergelar seorang pelakon, malahan juga pengacara, usahawan dan selebriti televisyen, nama Neelofa tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia.

Perkembangan Neelofa selalu mendapat perhatian umum. Kini, beliau dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Bilal. Sampai sekarang pun kita masih belum dapat tengok muka si comel yang satu ni. Betapa popularnya beliau, sehingga amalan dan doa-doa yang diamalkan Neelofa pun sentiasa menjadi topik perbualan ramai.

Tidak dinafikan yang kebanyakkan doa yang dikongsikan Neelofa berbentuk custom made atau disusun sendiri olehnya. Oleh itu, doanya rasa lebih dekat di hati kerana menggunakan bahasa Melayu yang lebih mudah difahami. 

Doa-Doa Susunan Neelofa

Kredit gambar: Pinterest

Doa Rezeki Melimpah Ruah di Dunia dan Akhirat

Ya Allah,
Yang Maha Pemurah,
Yang Maha Merancang,
Berikan aku rezeki seluas langitMu,
Rezeki yang berkat,
Rezeki yang tak pernah putus seperti air zamzam,
Rezeki yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia sepertimana air zamzamMu yang bertebaran di seluruh dunia,
Rezeki yang tak pernah putus,
Rezeki yang membawa kebaikan,
Rezeki yang membawaku ke syurgaMu,
Rezeki yang tak disangka-sangka,
Rezeki yang menjangkau akal fikiran,
Rezeki yang boleh membantu untuk aku berdakwah di negara Islam dan membantu membawa pendakwah-pendakwah ke seluruh dunia untuk mereka berdakwah,
Rezeki yang boleh membawa aku, ibu bapa, keluarga, sahabat, guru-guru dan kenalan aku ke syurgaMu Ya Allah.

Aamiin.

Doa Dipermudahkan Segala Urusan 

Kredit gambar: Barisan.co

#1.

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri
Dengan rahmat Mu aku memohon pertolongan,
Perbaikilah untukku urusanku semuanya
Dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata.

#2.

Kredit gambar: Freepik

Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.

#3.

Kredit gambar: World History Encyclopedia

SesungguhNya kita milik Allah dan akan kembali kepadaNya,
Ya Allah berikan aku pahala dalam musibahku ini dan gantikan yang lebih baik darinya.

Cara Berdoa Supaya Diperkenankan Hajat

Kredit gambar: New Straits Times

Sebelum kita membuat sesuatu permintaan kepada Allah SWT, seeloknya kita susun doa kita baik-baik. Walaupun zat Allah berbeza dengan sifat manusia namun ada beberapa hal kita perlu perhatikan seperti kita berinteraksi dengan manusia.

Ini semua agar doa kita lebih mendapat perhatian dan insya allah diperkenankan. 

Pertama sekali, mulakan doa dengan pujian. Pujian kepada Allah, tuhan yang maha kuasa. Berterima kasih kepada Allah atas nikmat yang diberikan hari itu dan hari sebelumnya. 

Kedua, selepas memuji Allah kita berselawat pula kepada kekasihNya iaitu Nabi Muhammad SAW. 

Ketiga, memohon ampun kepada Allah dengan beristighfar. Tahukah anda antara kelebihan beristighfar ialah dimakbulkan permintaan dan hajatnya. Oleh itu, marilah kita banyakkan lafaz istighfar supaya hati menjadi bersih. 

Kredit gambar: Titiktemu.co

Keempat, meletakkan sepenuh harapan dan hati ketika berdoa. Hadirkan hati dan bacalah doa dengan penuh ikhlas, terutamnya selepas setiap solat fardhu.   

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata bahawa Rasulullah bersabda, Allah berfirman,

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى

“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku”

Akhir sekali, barulah kita bacakan hajat yang ingin diminta kepada Allah SWT. sekadar peringatan buat Mama Siti dan Mama sekalian, ketika kita berdoa jangan cuma minta hal keduniaan tetapi juga minta agar urusan kita di akhirat dimudahkan. 

Contohnya, ketika berdoa untuk kemewahan, selitkan juga doa agar diberikan syafaat di hari akhirat kelak. 

Kesimpulannya, doa yang dibuat sendiri oleh pemohon itu lebih baik. Doa yang ditulis oleh seseorang ada sensitiviti tersendiri. 

Ini kerana hanya kita yang paham maksud tersurat dan tersirat doa-doa itu. Ambil lah contoh doa yang dikongsikan oleh Neelofa. 

Semoga doa yang kita panjatkan dengan penuh yakin dimakbulkan oleh Allah. Namun jika tidak berlaku seperti yang diharapkan, ketahuilah Allah menjawab doa hambaNya sesuai kemahuan Dia.