KelabMama

Panduan Lengkap Adab, Sunnah dan Doa Naik Kenderaan Yang Boleh Diamalkan

Muslim women holding quran watching through the airplane window

Ada kata-kata yang berbunyi ‘malang tidak berbau’. Sesungguhnya, pernyataan itu ada benarnya. Bayangkan kita sebenarnya terdedah dengan pelbagai kemungkinan walau dimana sahaja kita berada.

Mahu itu yang baik atau buruk, semuanya hanya Allah yang tahu. Oleh itu, kita sebagai makhluk perlu sentiasa meminta Allah melindungi diri sendiri dan orang lain dari bencana.

Membaca doa naik kenderaan ialah sunnah yang diajarkan baginda Nabi SAW. Pada waktu dulu, kenderaan yang menjadi tunggangan baginda ialah unta. 

Namun kini, kita menggunakan kereta, kapal terbang, kapal laut, dan banyak lagi jenis pengangkutan untuk bergerak dari satu destinasi ke tempat yang ingin dituju.

Artikel ini mengumpulkan doa-doa ketika menaiki kenderaan darat, laut dan udara. Semoga dengan mengamalkan doa-doa ini, Allah memberikan kita perlindungan dari sebarang marabahaya.

Doa Naik Kenderaan Darat

Kredit gambar: Astro Awani
Kredit gambar: akuislam.com

“Subhanal ladzi sakhkhara lana hadza wa ma kunna lahu muqrinin. Wa inna ila Rabbina la mun qalibuun”

Maksudnya: Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.

Doa Naik Kenderaan Udara dan Laut

Kredit gambar: redzwang.blogspot.com

“Bismillahi majraaha wamursaahaa inna rabbi laghofuurur rahiim”

Maksudnya: Dengan nama Allah ketika mula bergerak (perjalanan) dan berhenti (berlabuh atau mendarat); Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang).

Doa Lengkap Naik Kenderaan 

بِسْـمِ اللهِ وَالْحَمْـدُ لله، سُـبْحانَ الّذي سَخَّـرَ لَنا هذا وَما كُنّا لَهُ مُقْـرِنين، وَإِنّا إِلى رَبِّنا لَمُنـقَلِبون، الحَمْـدُ لله، الحَمْـدُ لله، الحَمْـدُ لله، اللهُ أكْـبَر، اللهُ أكْـبَر، اللهُ أكْـبَر، سُـبْحانَكَ اللّهُـمَّ إِنّي ظَلَـمْتُ نَفْسي فَاغْـفِرْ لي، فَإِنَّهُ لا يَغْفِـرُ الذُّنوبَ إِلاّ أَنْـت

Maksudnya: Dengan nama Allah. Segala puji bagi Allah. Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya. Sesungguhnya kepada Tuhan kamilah kami akan kembali. Segala puji bagi Allah, Segala puji bagi Allah, Segala puji bagi Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Maha Suci Engkau, aku telah menzalimi diriku. Ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.

Adab Menaiki Kenderaan

Kredit gambar: carparts.com
  1. Membaca Basmalah iaitu kalimah بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Memulakan perjalanan dengan kalimah Allah itu sangat disarankan kepada manusia. Ia menunjukkan bahawa manusia itu tiada tempat pergantungan lain selain Allah SWT. 

  1. Membaca doa naik kenderaan
  2. Dimulakan dengan langkah kanan

Daripada Aisyah RA: “Rasulullah SAW selalu mendahulukan anggota tubuh sebelah kanan dalam setiap perbuatan Baginda seperti bersuci, bersisir dan memakai sandal.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  1. Tertib contohnya berbaris dan mengikut giliran
  2. Memandu kenderaan secara berhemah

Diambil dari kisah seorang pemuda yang ditegur Nabi SAW untuk tidak bertawakal semata-mata. Sebaliknya, baginda menyuruh pemuda tersebut untuk mengikat untanya dan kemudian barulah bertawakkal. 

Begitu juga dengan keadaan sekarang ini. Kita berusaha sebaik mungkin, memandu dengan berhati-hati, selebihnya kita serahkan kepada Allah agar memudahkan urusan perjalanan kita.

Sunnah Memulakan Perjalanan

Kredit gambar: Mekanika
  1. Menunaikan solat sunat dua rakaat

Sabda Nabi Muhammad S.A.W maksudnya:

”Perkara yang terbaik yang ditinggalkan oleh seorang lelaki kepada ahli keluarganya apabila dia bermusafir ialah menunaikan solat sunat dua rakaat.”

  1. Melantik ketua 

Dari Abu Sa`id Al-Khudri dan Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

“Apabila 3 orang keluar melakukan perjalanan safar, maka hendaklah mereka melantik seorang ketua dari salah seorang mereka.” (Sunan Abi Daud)

  1. Berdoa sepanjang musafir

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam musafir (perjalanan) dan doa orang tua terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Doa-doa orang yang melakukan perjalanan jauh antara doa yang diangkat oleh Allah. Jika Mama sedang bermusafir jauh atau dekat, perbanyakkan doa yang baik-baik untuk diri dan orang lain. 

Kesimpulannya, Islam itu ialah agama yang menyeluruh. Dari sebesar-besar perkara kepada sekecil-kecil perkara, agama ini memberikan panduan agar umatnya mendapat keyakinan. 

Kalau nanti ada yang menimpa kemalangan walaupun telah membaca doa dan melakukan adab yang disarankan, janganlah kita menyalahkan Allah.

Sesungguhnya, hanya Allah yang tahu natijah kehidupan manusia selepas itu. Sebagai hambaNya kita berusaha menjaga keselamatan diri, berdoa, dan biarkan hal lain diuruskan Allah. Jom baca doa Nabi Yunus pula!