Baginda Nabi Ibrahim AS merupakan seorang ulul azmi yang menerima cabaran berat dari Allah SWT.
Berkat ketabahan dan keazaman Nabi Ibrahim AS menghadapi situasi sukar itu, Allah SWT melahirkan ramai nabi dan rasul dari keturunannya.
Sepanjang menjadi utusan Allah, baginda mengamalkan doa-doa sebagai pedoman yang juga boleh diamalkan oleh kita pada hari ini.
Koleksi Doa-doa Nabi Ibrahim AS Yang Baik Diamalkan
#1 Doa Mohon Kemuliaan di Akhirat
مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ الْآخِرِينَ * وَاجْعَلْنِي لِسان صدق في بالصَّالِحِينَ * وَاجْعَلْ لى رَبِّ هَبْ لِي حُكْماً وَالْحِقْنِي الضَّالِّينَ * وَلَا تُخْزِنِي يَومَ يُبْعَثُونَ إِنَّهُ كَانَ مِنَ النَّعِيمِ * وَاغْفِرْ لَأَبِي
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh, dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang memasuki syurga yang penuh kenikmatan, dan ampunilah bapaku,kerana sesungguhnya ia adalah termasuk golongan orang-orang yang sesat, dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan.”
(asy-Syu’ara’: 83-87)
#2 Doa Dijauhkan Dari Fitnah
رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنا وَإِلَيْكَ أَنَبْنا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ * رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(al-Mumtahanah:4-5)
#3 Doa Memohon Dikurniakan Anak Yang Soleh
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
Maksudnya: “Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”
(ash-Shaaffaat: 100)
#4 Doa Agar Sentiasa Taat Kepada Allah SWT
رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ عَامِنَا وَأَجْنُبْنِي وَبَنِى أَن نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.”
(Ibrahim: 35)
#5 Doa Memohon Keampunan
رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ فَمَن تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غفُورٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat)”
(Ibrahim: 36)
#6 Doa Nabi Ibrahim Minta Rezeki
رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْنِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا
لِيُقِيمُوا الصَّلَوَةَ فَأَجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِى إِلَيْهِمْ وَارْزُقَهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.”
(Ibrahim:37)
#7 Doa Nabi Ibrahim Untuk Keturunannya
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَوةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
(Ibrahim: 40)
#8 Doa Mohon Ampun Untuk Diri dan Ibu Bapa
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”
(Ibrahim: 41)
Ketabahan Nabi Ibrahim AS wajar kita contohi. Hidup memang tak mudah tapi dengan adanya doa kita dapat terus bersabar.
Semoga doa-doa Nabi Ibrahim ini dapat kita amalkan dalam hidup supaya diri, keluarga dan urusan kita di dunia dan akhirat dipermudahkan.
Ikuti panduan ibadah dan amalan lain di SINI.