Nabi Adam AS manusia pertama diciptakan dan baginda lah juga manusia pertama yang memohon ampun kepada tuhannya, Allah SWT.
Baginda telah melafazkan beberapa doa dan istighfar ketika diturunkan ke bumi. Berikut Mama Siti kongsikan koleksi doa Nabi Adam AS.
Koleksi Doa Nabi Adam AS
#1 Doa Mohon Taubat Dan Rahmat Allah SWT
(Surah Al-A’raf; Ayat 23)
Doa ini juga turut dikenali dengan doa istighfar Nabi Adam AS. Tujuannya adalah untuk memohon ampun dari Allah SWT atas kesalahan yang lepas.
رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ
Rabbana zalamna anfusana wa illam tagfir lana wa tarhamna lanakunanna minal khasirin.
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kamu, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi.”
Kepentingan Doa Ini
Doa Nabi Adam AS yang pertama ini mengandungi rasa penyesalan atas dosa yang terlanjur dilakukan sebelum ini.
Wujudnya doa ini agar ianya menjadi petunjuk ke jalan yang lurus dan juga sebagai pedoman dalam hidup manusia di dunia.
Paling penting sekali, doa ini ialah tanda kembali, bertaubat, menghina diri, menyerah diri dan berasa sangat memerlukan Allah SWT dalam hidupnya.
#2 Doa Harian Nabi Adam AS
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ سِرِّيْ وَعَلاَنِيَتِيْ فَاقْبَلْ مَعْذِرَتِيْ، وَتَعْلَمُ حَاجَتِيْ فَأَعْطَنِيْ سُؤْلِيْ، وَتَعْلَمُ مَا فِيْ نَفْسِيْ فَاغْفِرْلِيْ ذَنْبِيْ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا دَائِمًا يُبَاشِرُ قَلْبِيْ، وَأَسْأَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا حَتَّى أَعْلَمَ أَنَّهُ لَنْ يُصِيْبَنِيْ إِلاَّ مَا كَتَبْتَهُ عَلَيَّ، وَالرِّضَا بِمَا قَسَمْتَهُ لِيْ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ.
Allahumma innaka ta’lamu sirrii wa’alaa niyatii faqbal ma’dzirotii, wata’lamu haajatii fa a’thonii sulii, wata’lamu maa fii nafsii faghfirlii dzanbii, allahumma innii asalyka iimaanang daaimang katabtahu ‘alayya, warridhoo bimaa qosamtahulii yaa dzaljalaali wal ikroom.
Maksudnya: “Ya Allah, sungguh Engkau tahu apa yang tersembunyi dan nampak dariku, kerana itu terimalah penyesalanku. Engkau tahu keperluanku, maka kabulkanlah permintaanku. Engkau tahu apa yang ada dalam diriku, maka ampunilah dosaku. Ya Allah sungguh aku memohon kepadaMu iman yang menyentuh hatiku dan keyakinan yang benar sehingga aku tahu bahawa tidak akan menimpaku kecuali telah Engkau tetapkan atasku. Ya Allah berikanlah rasa rela terhadap apa yang Engkau beri untuk diriku.”
#3 Istighfar Nabi Adam AS
لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ ، رَبِّ عَمِلْتُ سُوءًا وَظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي أَنْتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ ، لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ رَبِّ عَمِلْتُ سُوءًا وَظَلَمْتُ نَفْسِي فَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ ، لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ ، رَبِّ عَمِلْتُ سُوءًا وَظَلَمْتُ نَفْسِي ، فَتُبْ عَلَيَّ ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
“La ilaha illa anta subhanaka wabihamdika rabbi ‘amiltu su-an wa dzalamtu nafsi faghfirli anta khoirul ghofirin la ilaha illa anta subhanaka wa bihamdika robbi ‘amiltu su-an wa dzolamtu nafsi farhamni innaka arhamur rohimin la ilaha illa anta subhanaka wa bihamdika robbi ‘amiltu su-an wa dzolamtu nafsi fatub ‘alayya innaka antat tawwabur rohim”.
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Engkau, Maha suci Engkau dan segala puji untukMu. Tuhanku, aku telah melakukan dosa dan menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku kerana Engkau sebaik-sebaik pemberi ampunan. Tiada Tuhan selain Engkau, Maha suci Engkau dan segala puji untukMu. Tuhanku, aku telah melakukan dosa dan menzalimi diriku sendiri, maka kasihanilah aku, sesungguhnya Engkau sebaik-baik pengasih. Tiada Tuhan selain Engkau, Maha suci Engkau dan segala puji untukMu. Tuhanku, aku telah melakukan dosa dan menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku, sesungguhnya Engkau sebaik-baik penerima taubat dan Maha Penyayang.”
Keutamaan Doa Nabi Adam AS
Untuk siapa doa-doa ini perlu dibaca? Bilakah masa yang sesuai untuk kita amalkannya?
Menjawab kepada persoalan itu, Mama Siti suka nak kongsikan agar doa Nabi Adam AS ini dibacakan ketika kita sedar akan kesalahan di masa lalu dan ingin memohon agar Allah mengampuninya.
Mudah-mudahan dengan ucapan maaf yang berulang-ulang kali itu, Allah SWT ampunkan dosa-dosa kita semua. Tiada apa yang diimpikan dari seorang hamba selain mendapat rahmat dari tuhannya.
Allah maha pengampun. Jangan pernah ragu sama ada Allah akan menerima permohonan maaf kita atau tidak. Sesungguhnya Dia suka kepada hamba yang kembali kepadaNya.
Gandakan taubat dengan amalkan doa taubat di SINI!