Kita dah usaha tapi kenapa rezeki macam ‘sangkut-sangkut’? Tiba-tiba itu nak rosak, ini nak rosak. Itu belum ada masalah pengajian dekat tempat kerja lagi.
Kita perlu melakukan sesuatu agar dimudahkan perjalanan rezeki kepada diri dan keluarga kita. Oleh itu, Mama Siti kongsikan lima doa mudah rezeki yang boleh diamalkan setiap hari.
Senarai Doa Mudah Rezeki
#1 Ayat Seribu Dinar (Surah at-Talaq, 2-3)
Menurut laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menyimpulkan bahawa amalan membaca ayat 1000 dinar mestilah disertai dengan takwa dan tawakal kepada Allah SWT.
وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّـهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Waman yatta qillaha yaj’al lahu makhroja, Wa yarzuquhu min haihu la yahtasibu waman, Yatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu, Innalllah baalighu amrihi qad ja’alallahu, Likulli syai in qadran
Maksudnya: “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
#2 Doa Dari Rasulullah SAW
Doa ini diambil dari sebuah hadis sahih dimana baginda Nabi Muhammad SAW telah mengajarkannya kepada Anas bin Malik.
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالِي،وَوَلَدِي ,وَبَارِكْ لِي ,فِيمَا أَعْطَيْتَنِي
Allahumma aksir mali, wa wa ladi, wa barik li, fi ma a’ toitani
Maksudnya: Ya Allah, banyakkanlah daku harta, anak dan berkatilah apa yang Engkau berikan padaku
(Hadis riwayat Bukhari)
#3 Doa Nabi Isa AS (Surah Al-Maidah, 114)
رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُوْنُ لَنَا عِيْدًا لِأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Rabbana anzil ‘alaina ma idatan minassama i takunu lana ‘idan li auwalina wa akhirina wa ayatam mink, war zuqna wa anta khairur razikin
Maksudnya: Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu bagi orang orang yang bersama kami dan yang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan engkau, berilah kami rezeki dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama
#4 Doa Nabi Musa AS (Surah al-Qasas, 24)
Baginda telah memanjatkan doa ini untuk dua orang perempuan berbangsa Madyan. Kedua-dua perempuan itu perlu memberi kambing-kambingnya minum terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah.
Pada masa yang sama, tempat sumber air tersebut dikerumuni pengembala lelaki. Melihat keadaan itu, Nabi Musa AS berdoa kepada Allah dengan melafazkan doa ini.
رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
Robbi inni limaa anzalta ilayya min khayrin faqiir
Maksudnya: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan
#5 Istighfar
استغفر الله الذي لا اله الا هو الحي القيوم واتوب اليه
Astaghfirullahl lazi la ilaha illa huwa al-hayy al-qayyum wa atubu ilaihi
Maksud: Aku memohon ampun kepada Allah, yang tiada Tuhan selain daripadaNya, yang bersifat Maha Hidup dan Maha Memelihara dan aku bertaubat kepadaNya.
Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Insya Allah jika doa-doa ini diamalkan dengan yakin dan sabar, Allah akan mudahkan rezeki kita semua. Semoga Allah SWT mengurniakan sebahagian dari kurniaanNya kepada hambaNya.
Tingkatkan amal ibadah dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan di SINI!