Kebolehan menghafal sesuatu benda dengan mudah terutamanya berkaitan ilmu pastinya dianggap suatu anugerah. Masakan tidak? Jika Mama dan Papa dikurniakan anak-anak yang mudah ingat dengan segala perkara dipelajari, pastilah ia membanggakan anda berdua, bukan?
Namun, bagaimana pula dengan kanak-kanak yang agak sukar mengingati pelbagai perkara?
Mama: “Tadi kat sekolah abang belajar apa?”
Anak: “Belajar yang sama macam hari tu juga A-B-C.”
Mama: “Ok hari tu abang ingat sampai D jerr kan? Hari ini cuba sebut lagi Mama nak dengar. Abang pun cerita ramai kawan-kawan hari tu berjaya hafal sampai huruf Z kan, abang pula?”
Anak: “A-B-C-D-E-F errrr. Hmm, dah tak ingatlah Mama.”
Selain runsing dengan tahap pembelajaran anak apabila mereka sukar menghafal, emosi Mama dan Papa juga tentulah terasa seperti diuji apabila benda yang sudah diajar berkali-kali namun anak masih lagi lupa.
Sabar. Sebelum anda terus marah dan meletakkan kesalahan di bahu anak kerana menganggap mereka yang sukar nak ingat tentang pelajaran, apa kata Mama dan Papa cuba dulu beberapa tips sesuai untuk diamalkan.
Ini termasuklah amalan doa-doa khas bagi menguatkan ingatan atau mengembalikan semula ingatan bagi sesebuah situasi yang terlupa.
Tahukah anda terdapat beberapa doa sesuai untuk dibaca bagi memudahkan perkara-perkara penting dihafal? Apa doa tu? Jom Mama Siti kongsikan dalam artikel kali ini.
1. Doa Mengingati Semula Perkara Yang Terlupa
Salah satu doa Mama Siti biasa dengar dan disarankan untuk membaca apabila kita terlupa dengan sesuatu benda yang kita pernah ingat sebelum ini.
Seperti suatu kejadian seseorang pernah diceritakan kepada Mama Siti, beliau terlupa password untuk access kepada file kerjanya.
Selama ini beliau hanya saved password siap-siap dan setiap kali log in, account pun terpapar automatik. Namun, masalah berlaku bila beberapa sistem dalam komputer pejabat tu dinaiktaraf menyebabkan banyak file dan account perlu di log in semula.
Puas sahabat Mama Siti ini fikirkan password yang telah dicipta sehinggalah beliau teringatkan satu ayat ini yang pernah disebut-sebut. Berkali-kali beliau baca sambil cuba mengingati semula kata lalaun tadi, dan dengan izin Allah lebih kurang tujuh ke lapan kali diulang doa berkenaan, akhirnya dia ingat kembali password tersbeut.
Mungkin boleh diamalkan bagi membantu anak-anak anda untuk ingat apa yang pernah dihafal sebelum ini? Jom kita tengok doa tersebut.
سُبْحَانَ مَن لا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو. اللهُمَّ ذُكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
Subhaana man laa yanaamu walaa yashuu. Allahumma zakkirnii maa nasiit
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai. Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa.
2. Doa Untuk Mudah Menghafal
Doa mudah menghafal berikut ini diambil daripada Kitab Perukunan Melayu Besar yang sebahagian besar isinya merupakan karya Syekh Muhammad Arsyad Banjar.
فَفَهَّمْنَا سُلَيْمَانَ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُدَ الجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ وَكُنَّا فَاعِلِيْنَ يَا حَيُّ، يَا قَيُّوْمُ، يَا رَبَّ مُوْسَى وَهَارُوْنَ وَرَبَّ إِبْرَاهِيْمَ، وَيَا رَبَّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْهِمْ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ ارْزُقْنِيَ الفَهْمَ وَالعِلْمَ وَالحِكْمَةَ وَالعَقْلَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Fafahhamnā Sulaimāna, wa kullan ātaynā hukman wa ‘ilman, wa sakhkharnā ma‘a dāwūdal jibāla yusabbihna wat thayra, wa kunnā fā‘ilīn. Yā hayyu, yā qayyūmu, yā rabba Mūsā wa Hārūn, wa rabba Ibrāhīm, way ā rabba Muhammadin shallallāhu ‘alayhi wa sallama ‘alayhim ajma‘īn. Allāhummarzqniyal fahma, wal ‘ilma, wal hikmata, wal ‘aqla, bi rahmatika, yā arhamar rāhimīn.
Maksudnya : Kami memberikan pemahaman kepada Sulaiman. Setiap dari mereka Kami berikan kebijaksanaan dan ilmu. Kami tundukkan gunung dan burung kepada Dawud. Mereka bertasbih. Kami lah yang melakukan itu semua. Wahai zat yang hidup, wahai zat yang tegak, wahai Tuhan Musa, Harun, Tuhan Ibrahim, wahai Tuhan Muhammad SAW. Ya Allah, karuniakan aku pemahaman, ilmu, kebijaksanaan, dan akal dengan rahmat-Mu wahai zat yang maha pengasih.
3. Doa Mudah Menghafal Seperti Yang Diajarkan Rasulullah SAW
Rasulullah SAW turut mengajarkan doa untuk mudah menghafal al-Quran kepada Ali bin Thalib yang boleh diamalkan setiap hari.
اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي بِتَرْكِ الْمَعَاصِي أَبَدًا مَا أَبْقَيْتَنِي وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَكَلَّفَ مَا لَا يَعْنِينِي وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ فِيمَا يُرْضِيكَ عَنِّي اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ الَّتِي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يَا أَللَّهُ يَا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُلْزِمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كَمَا عَلَّمْتَنِي وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ عَلَى النَّحْوِ الَّذِي يُرْضِيكَ عَنِّيَ اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ الَّتِي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يَا أَللَّهُ يَا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُنَوِّرَ بِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَنْ تُطْلِقَ بِهِ لِسَانِي وَأَنْ تُفَرِّجَ بِهِ عَنْ قَلْبِي وَأَنْ تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي وَأَنْ تَغْسِلَ بِهِ بَدَنِي فَإِنَّهُ لَا يُعِينُنِي عَلَى الْحَقِّ غَيْرُكَ وَلَا يُؤْتِيهِ إِلَّا أَنْتَ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Allaahummarhamnii bitarkil ma’aashii abadan maa abqaitanii. War hamnii an atakallafa maa laa ya’niinii, warzuqnii husnan nazhari fiimaa yurdhiika ‘annii.
Allaahumma badii’as samaawati wal ardhi dzal jalaali wal ikraam, wal ‘izzatil latii kaa turaamu. As-aluka yaa allaahu, yaa rahmaanu bi jalaalika wa nuuri wajhika an tulzima qalbii hifzha kitaabika kamaa ‘allamtanii, warzuqnii an atluwahu ‘alan nahwilladzii yurdhiika ‘annii.
Allaahumma badii’as samaawaati wal ardhi, dzal jalaali wal ikraam, wal ‘izzillatii laa turaam, as-aluka yaa Allaahu, yaa Rahmaanu bi jalaalika wa nuuri wajhika an tunawwira bikitaabika basharii wa an tudhliqa bihi lisaanii, wa an tufarrij bihi ‘an qalbii, wa an tasyrah bihi shadrii, wa an taghsil bihi badanii. fainnahu laa yu’iinunii ‘alal haqqi ghairuka, wa laa yu`tiihi illaa anta, wa laa haula wa laa quwwata illaa bika al ‘aliyyil ‘azhiim.
Maksudnya: Ya Allah, rahmatilah aku untuk meninggalkan kemaksiatan selamanya selama Engkau masih menghidupkanku, dan rahmatilah aku untuk tidak memberatkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat bagiku, berilah aku rezeki berupa kenikmatan dan perkara yang mendatangkan keredhaanMu.
Ya Allah, wahai pencipta langit dan bumi, wahai Dzat yang memiliki keagungan, kemuliaan dan keperkasaan yang tidak mungkin boleh dicapai oleh makhluk. Aku memohon kepadaMu ya Allah, wahai Dzat yang Mahapengasih, dengan kebesaran-Mu dan cahaya wajah-Mu agar mengawasi hatiku untuk menjaga kitab-Mu.
Sebagaimana Engkau telah mengajarkannya kepadaku, dan berilah aku rezeki untuk sentiasa membacanya hingga membuat-Mu redha kepadaku.
Ya Allah, Pencipta langit dan bumi, Dzat yang memiliki kebesaran, kemuliaan dan keperkasaan yang tidak mungkin diinginkan oleh makhluk.
Aku memohon kepada-Mu ya Allah, wahai Dzat yang Maha Pengasih, dengan kebesaranMu dan cahaya wajah-Mu agar Engkau menyinari hatiku dan membersihkan badanku,
Sesungguhnya tidak ada yang dapat membantuku untuk mendapatkan kebenaran selain Engkau, dan juga tidak ada yang memberikan kebenaran itu selain dengan izni-Mu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.”
4. Doa Agar Tidak Mudah lupa
Memetik penjelasan Ahmad Zacky El-Syafa dalam Buku Panduan Doa dan Zikir Keselamatan Ratibul Haddad, doa agar tidak mudah lupa yang boleh dibaca ialah:
يَا قَيُّوْم فَلَا يَفُوُتُ شَيْءٌ مِنْ عِلْمِهِ وَلَايَئُودُهُ
Yaa ‘allaamal ghuyub falaa syaiun yafuutuhu min ‘ilmihii min ‘ilmihi wala yaudhu.
Maksudnya: Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib, maka tidak ada sesuatu pun yang luput dari pengetahuan-Nya dan semua itu tidak menyusahkan-Nya.
5. Doa Dimudahkan Menyerap Ilmu
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلماً نافعاً، وَرِزْقاً طيباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Allahumma inni as-aluka ilman naafi’an, wa rizqan tayyiban, wa ‘amalan mutaqabbalan
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.
Demikian itulah beberapa doa untuk mudah menghafal berserta tipsnya. Semoga dengan mengamalkan doa agar tidak mudah lupa ini dapat memberikan kelancaran dalam menghafal.
Amalan Untuk Menguatkan Ingatan
Selain dengan berdoa, berzikir dan membaca surah Al-Quran yang tertentu, terdapat juga banyak amalan yang kita boleh amalkan untuk menguatkan memori kita:
- Mengamalkan solat tahajjud pada setiap malam.
- Makan buah delima sebiji sekali seminggu.
- Baca surah Al-Fatihah dan selawat kepada Rasulullah pada air zam-zam. Kemudian minumnya sebanyak 3 teguk pada waktu pagi. Ulang kesemuanya pada waktu petang dan sebelum tidur.
- Sentiasa menjaga wudhu.
- Makan ketika lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.
- Makan kurma safawi dan mariami Madinah yang tinggi kualitinya.
- Minum segelas susu sebelum dan selepas tidur.
- Bersiwak.
- Berpuasa.
- Baca Al-Quran.
- Solat sunat istikarah sebelum tidur.
- Jaga waktu tidur – tidur awal dan cukup.
- Potong kuku, rambut dan bulu pada hari Isnin, Khamis atau Jumaat sahaja.
- Tidak menghisap rokok.
- Tidak melihat tayangan lucah, kotor atau mendedahkan aurat.
- Amalkan solat dhuha setiap hari.
- Elakkan makanan berkolestrol dan berlemak tinggi.
Pelbagai lagi panduan lengkap dan amalan seharian ada di SINI sesuai untuk Mama dan seisi keluarga amalkan!